Tuesday, 8 October 2013
Goh Leong San Letak Jawatan Ketua Pembangkang Melaka?
Akhirnya ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong daripada DAP Goh Leong San hari ini meletakkan jawatan ketua pembangkang negeri.
Ini ekoran kekesalannya terhadap tindakan rakan-rakan dalam parti yang mempersoalkan pujiannya terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron baru-baru ini.
Wakil rakyat yang dikatakan tidak berpuas hati itu ialah Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Lai Kuen Ban (Kota Laksamana).
Goh mendakwa situasi memaksanya meletakkan jawatan kerana tidak lagi dapat mewakili pembangkang.
ADUN Duyong itu mendakwa, dua wakil rakyat itu yang beliau tidak menamakannya berpunca daripada ucapan usul terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Melaka dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Berita Harian pada 3 Oktober lalu antaranya melaporkan Goh sebagai berkata, Goh, ADUN Duyong sejak 1995 itu menyifatkan Idris berpengetahuan luas, banyak membaca dan sistematik!
Tora Malaya..
Sunday, 6 October 2013
DAP Melaka Menuju Perpecahan?
Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron berbual mesra dengan Goh Leong San (dua kanan)
DAP Melaka menuju perpecahan apabila pengerusinya Goh Leong San berkata beliau sudah bosan dengan karenah pemimpin-pemimpin pusat tertentu yang campur tangan dalam hal ehwal parti itu di peringkat negeri.
“Saya tidak lagi akan bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memaksa saya supaya melepaskan jawatan secara tidak adil dan tanpa alasan yang konkrit, ” katanya dilaporkan The Star.
Beliau berkata terdapat dua puak dalam DAP Melaka dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak menghormati pengerusi negeri dan ahli-ahli utama dalam jawatankuasa perhubungan negeri, namun tidak ada tindakan pembetulan daripada pemimpin-pemimpin DAP pusat.
ADUN DAP Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong berkata krisis dalaman DAP Melaka sukar untuk dipulihkan.
“Saya benar-benar kecewa bahawa perbezaan kita telah mencapai tahap itu.
“Terdapat harapan tipis untuk perdamaian,” katanya yang merupakan seteru politik Leong San.
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka 2 Oktober lalu, Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San dilaporkan Agendadaily telah memuji kepimpinan dan ketokohan Ketua Menteri, Datuk Idris Haron.
Dalam ucapannya itu, Leong San yang juga ADUN Duyong sejak 1995, menyifatkan Idris sebagai Ketua Menteri Melaka yang berpengetahuan luas, banyak membaca dan sistematik.
Katanya, Idris yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, mempunyai misi yang amat jelas membangunkan rakyat dan negeri ini selaras dengan wawasan Melaka Maju Fasa Kedua.
“Di Dewan yang mulia ini, saya memuji kebijaksanaan dan kematangan Ketua Menteri baru yang dapat menerima pandangan dan cadangan pihak kerajaan atau pembangkang. Dengan kefasihan berbahasa Inggeris, Arab dan Jepun, saya penuh yakin Melaka di bawah kepemimpinan Idris akan mencapai wawasannya tercapai.
“Walaupun baru empat bulan mengenalinya, namun Ketua Menteri bersikap rasional dan boleh menerima pandangan daripada sesiapa saja,” katanya.
Turut melahirkan nada sama ketika membahas usul terima kasih berkenaan ialah seorang lagi wakil DAP, Chin Choong Seong (DUN Kesidang).
Dalam pada itu, Leong San ketika ditemui ketika sidang berhenti rehat semalam, untuk mendapatkan komen lebih lanjut mengenai tindakannya memuji Idris, sekali lagi mengulangi kenyataannya itu.
“Saya tidak berniat memujinya namun beliau berhak menerima pujian. Kami dari kalangan pembangkang ada bertemu beliau bagi memohon bantuan menyelesaikan pelbagai isu berbangkit dan beliau melayan kami dengan baik.
“Beliau melakukan tugasnya dengan baik tanpa banyak publisiti. Melaka sememangnya bertuah mendapat pemimpin seperti Idris. Pendekatannya dalam menyelesaikan pelbagai isu sewajarnya mendapat pujian kerana beliau tidak bertindak mengikut emosi atau membabi buta,” katanya.
Ekoran pujian itu, Leong San telah dikritik hebat oleh dua rakannya dari DAP iaitu ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan ADUN Kota Laksamana, Lai Keun Ban.
Bercakap kepada media, Leong San berkata beliau hilang sabar apabila berlaku salah laku beberapa ADUN parti itu yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
“Saya bersedia membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika pemimpin Pusat parti gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi,” katanya.
Tora Malaya..
Pengerusi DAP Melaka Ugut Dedah Salah Laku Parti?
DAP Melaka kini berdepan kemelut perpecahan apabila Pengerusi negeri, Goh Leong San bersedia mendedahkan perbuatan salah laku beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Tindakan itu diambil berikutan kata Leong San, beliau semakin hilang sabar dengan pemimpin Pusat DAP kerana campur tangan dalam hal ehwal parti itu di negeri ini.
Katanya, beliau akan mendedahkan beberapa dokumen penting berhubung pemilihan calon dalam PRU-13 lalu jika pucuk pimpinan parti itu masih gagal menyelesaikan masalah dalaman yang dihadapi sekarang.
“Saya tidak akan bertolak ansur lagi dan akan mendedahkan sesuatu jika ada pihak yang terus mendesak saya untuk melepaskan jawatan tanpa alasan yang konkrit,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Leong San yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong turut menegaskan, beliau tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan penyelewengan berkaitan dengan dana parti itu.
“Saya bersedia membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika pemimpin Pusat parti gagal menyelesaikan masalah yang dihadapi,” ujarnya.
DAP negeri itu didakwa berpecah kepada dua kumpulan apabila ada beberapa ADUN tidak menghormati Pengerusi negeri dan Jawatankuasa Perhubungan parti selain tiada usaha pucuk pimpinan untuk memulihkannya.
Dalam pada itu, Leong San turut menjawab kritikan yang dilemparkan rakannya yang juga ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong dan ADUN Kota Laksamana, Lai Keun Ban.
Beliau dikritik hebat oleh kedua-dua ADUN tersebut ekoran kenyataannya memuji pentadbiran Ketua Menteri, Datuk Idris Haron dalam sidang DUN kelmarin.
Tora Malaya..
Saturday, 5 October 2013
Zairil Perlu Berdiri Flatform Sendiri – Roselina Khir?
Seorang pembaca bernama Roselina Khir yang mendakwa dirinya anak kandung Allahyarham Tan Sri Mohd Khir Johari mahu Zairil Khir Johari berdiri di atas flatform sendiri dan tidak perlu menggunakan populariti Allahyarham untuk meraih kepentingan politik.
“Benar, dia (Zairil) sepatutnya berdiri di atas platform sendiri, dengan tidak perlu menggunakan nama Pak Khir. Kami tidak pun mengenalinya, sebab ibunya Christine Lim adalah mak tiri yang sejahat ibu tiri ‘Snowwhite’,”katanya ketika memberi komen artikel bertajuk “Zairil Bukan Anak Khir Johari.”
Allahyarham Pak Khir mempunyai tujuh anak hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya, Puan Sri Kalsom Abdul Rahman iaitu Rosita, Amir Sharifuddin, Roselina, Juanita, Nazli, Mazita dan Haizan.
Selepas Puan Sri Kalsom meninggal dunia pada 1994, Allahyarham Pak Khir mengahwini Puan Sri Christine Lim pada Februari 1996 yang sudah mempunyai dua orang anak iaitu Zairil dan Yusri.
Menurut Roselina, selepas bapanya mengahwini Christine, dia dan enam orang adik beradiknya yang lain tidak dibenarkan berjumpa dengan bapanya lagi.
“Pada ketika itu kami mohon UMNO bantu kami menyelesaikan masalah wanita itu, tapi tak ada bantuan. Dia telah merampas segalanya dari kami.
Pak Khir masa hidup kita tak dapat berjumpa, habis wang EPF dikeluarkan untuk membeli condominium di KL Sentral dan Seri Kembangan atas nama anak-anak Christine,”katanya.
Roselina juga tidak kisah siapa bapa kandung Zairil yang sebenarnya, dan dalam masa sama berbangga kerana bapanya telah mendidik Zairil sebagai seorang Muslim yang baik.
“Sebagai anak pak Khir, saya ingin memberi sedikit komen, tak kisah lah Zairil tu anak siapa sebenarnya,. Yang penting Pak Khir telah membelanya menjadi seorang muslim yang baik, telah khatam Quran, dan telah pun dibawa pergi haji. Alhamdulilah.
“Membela dia sehingga dia teringin menjadi seorang politik. Walhal tak seorang dari kami yang lain tidak teringin politik.
“Biarlah roh aruah Pak Khir bersemadi dengan tenang. Tuhan ada. Janganlah politik isu ini,”katanya.
Allahyarham Pak Khir yang berusia 83 tahun menghembuskan nafas terakhir sewaktu sedang bersarapan pagi bersama isterinya, Christine Abdullah di kediaman mereka di Kondominium Suasana Central, Brickfields Kuala Lumpur pada 20 November 2006.
Allahyarham pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam politik termasuk menjadi Setiausaha Agung UMNO.
Beliau dilantik menganggotai Kabinet kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Menteri Pelajaran pertama negara pada tahun 1956.
Selain Allahyarham , Kabinet pertama Tunku turut dianggotai oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, mendiang Tun H. S. Lee, Allahyarham Sulaiman Abdul Rahman, mendiang Tun V.T. Sambanthan, Allahyarham Tun Sardon Jubir, mendiang Tun Tan Siew Sin, Allahyarham Abdul Aziz Ishak, Allahyarham Tan Sri Bahaman Samsudin, Allahyarham Datuk Abdul Rahman Talib dan Tun Omar Ong Yoke Lin.
Tora Malaya..
‘Zairil Khir Johari ‘ Dicabar Buat Ujian DNA?
“Zairil yang mengaku Melayu itu hendaklah membuat ujian DNA untuk membuktikan beliau anak Howard Lim atau anak Mohd. Khir Johari!,” cabar blog cinakawkaw.
Menurut blog itu, sehingga ke hari ini Zairil masih tidak mengaku bahawa beliau adalah seorang anak Cina tulen dan kemasukannya dalam DAP serta kemenangannya dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) digembar-gemburkan sebagai mewakili Melayu.
“Lim Guan Eng juga berusaha menipu Hadi Awang, menipu Nik Aziz, menipu semua orang Islam bahawa ada Melayu Islam dalam CEC DAP.
“Setujukah anda Zairil melakukan DNA untuk menjawab kebodohan kita yang diperbodoh-bodohkan oleh Lim Guan Eng kononnya dia anak Melayu?.
“Apakah Kewarganegaraan Howard Lim bapa sebenar Zairil? Jika bapanya Howard ahli PAP, maka segala Rahsia negara mudah disalurkan kepada negara luar?,” soal blog itu lagi.
Spin Malaysiakini itu cuba memberi maksud ‘memang benar Zairil bukan ‘Melayu Asli’ kerana hanya ibunya berbangsa Cina tetapi bapanya Allahyarham Tan Sri Mohamed Khir Johari.
Sekaligus menyembunyikan fakta sebenar bahawa kedua ibu bapa Zairil adalah berbangsa Cina dan diambil sebagai anak angkat oleh Khir Johari setelah beliau berkahwin dengan ibu Zairil.
“Hanya empat bulan selepas menyertai DAP, Zairil telah dilonjatkan untuk menjadi setpol Lim Guan Eng. Kalau Zairil seorang berbangsa India katakan — walau sehebat manapun dia dari segi bakat dan kelayakan — adakah bintangnya akan menyinar dengan begitu terang di cakerawala DAP? Pasti tidak.
“Dan sekiranya Guan Eng melantik seorang setpol yang berbangsa Cina, adakah berita ini akan diheboh-hebohkan serta pegawai tersebut diperkenalkan kepada khalayak ramai dengan iringan kompang dan bunga manggar sekali?
“Cuma DAP yang mahu mendagangkan nama Melayu Zairil riuh sekampung,”katanya.
Menurut Helen penonjolan identiti ‘Melayu’ Zairil bertentangan dengan prinsip DAP yang kononnya menentang budaya rasis.
“DAP galak mencanangkan politik baru ‘buta warna’ tetapi kenapa pula hendak ditekankan Zairil Melayu? Bukankah DAP yang selalu mendendangkan lagu yang mereka tidak memandang kepada warna kulit seseorang itu?
“Sekiranya ada yang mengaku Melayu, umpamanya Muhyiddin Yassin atau A. Kadir Jasin, maka DAP dan penyokong-penyokong tegarnya akan sepantas kilat menggertak dan mencemuh individu itu sebagai ‘rasis’.
“Namun siapakah yang menjemput para wartawan untuk membuat liputan pelantikan setpol yang ditegaskan DAP atas keMelayuannya ini? (Baca ‘KM Pulau Pinang lantik setiausaha politik Melayu‘ — Malaysiakini.)
“Bukankan Hannah Yeoh dan Ng Wei Aik (seorang lagi setpol Lim Guan Eng) berkeras enggan mengaku diri mereka Cina? Ya-lah, haram jika mengenal diri sebagai Cina, mesti sebut diri Anak Malaysia,” katanya lagi!- AIDC
Tora Malaya..
Friday, 4 October 2013
Status ‘Zairil Khir Johari’ : JPN Didesak Beri Penjelasan?
Pengunjung laman ini yang bernama ‘anak tiri’ mendesak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil memberi penjelasan berkenaan status ‘Zairil Khir Johari’.
Menurutnya, banyak kekeliruan daripada penggunaan nama ‘Zairil Khir Johari’ yang seolah-olah merujuk kepada anak kandung Allahyarham Tan Sri Mohamed Khir Johari.
“Zairil anak tiri Khir Johari. Ibu bapa dia berbangsa China. Bila emak dia kahwin dengan Khir Johari dia guna nama Zairil Khir Johari bin Abdullah tetapi telah ditukar kepada Zairil Khir Johari saja dalam kad pengenalan dia.
“Bagaimana ini boleh berlaku? Adakah nama dia dalam surat beranak dia pun sudah ditukar? JPN mesti beri penjelasan?
“Nama dalam surat beranak mesti sama dengan nama dalam kad pengenalan,”katanya ketika mengulas artikel “Status Zairil Terus Dipertikai”.
Status Zairil
Seorang lagi pengunjung yang bernama ‘bunga’ kerkata nama Zairil diberikan oleh Tan Sri Khir Johari apabila beliau berkahwin dengan Rose Christine Lim (Setiausaha Tan Sri Khir) pada tahun 1996.
“Zairil dilahirkan pada 17.10.1982 di Hawaii. Bapa beliau Howard Lim. Zairil berusia 13 tahun semasa ibunya berkahwin dengan Tan Sri Khir Johari.
“Zairil pemegang Kad Pengenalan No 821017-71-5183 (kod 71 menunjukkan dia bukan dilahirkan di dalam Malaysia). Nama asal dia Christopher Ross Lim,”katanya.
Menurutnya, penjelasan lanjut tentang latar belakang Zairil boleh dibaca di tunkuaisha.blogspot.com.
Biologi Cina
Menurut blog itu Zairil bukan seorang Melayu seperti didakwa sama ada dari segi biologi ataupun jiwa.
“Pada dasarnya, orang Melayu akan menerima mana-mana kaum sebagai seorang Melayu jika mereka mempunyai jiwa Melayu, selain daripada menjadi seorang Muslim.
“Melayu, terutama yang berasal dari Alor Setar, termasuk diri saya sendiri, tahu tentang keluarga Tan Sri Khir Johari yang tinggal di tempat yang sama.
“Beliau telah berkahwin dengan Puan Sri Kalsom Abdul Rahman (Che Tom) pada tahun 1943 dan mempunyai 7 orang anak. Selepas Che Tom meninggal dunia pada 20 September 1994, Tan Sri Khir kemudian berkahwin dengan Puan Seri Christine Lim pada Februari 1998.
“Puan Seri Christine adalah seorang janda dan beliau mempunyai dua orang anak daripada perkahwinannya sebelum ini dengan seorang Cina. Salah seorang daripada anaknya diberi nama Zairil Khir Johari, nama Islam, mengambil nama suami barunya.
“Zairil berusia 13 apabila ibunya berkahwin dengan Tan Sri Khir. Ini memberitahu kita bahawa Zairi adalah seratus peratus Cina. Tan Sri Khir meninggal dunia pada tahun 2006 apabila Zairil berusia 23 tahun, ketika sedang belajar di luar negara,” dedah blog tunkuaisha.
Pertikaian mahkamah
Menurut blog itu lagi, kes salasilah keturunan itu terbongkar apabila Tan Sri Khir yang berada bersama Puan Seri Christine telah mengemukakan saman pemula pada tahun 2001 memohon satu perisytiharan mahkamah bahawa beliau adalah pemilik sah hartanah di Bukit Damansara yang menjadi pertikaian dengan enam anaknya serta Pusaka Puan Sri Kalsom Abdul Rahman.
Tan Sri Khir menamakan 7 anak kandungnya, Rosita, Profesor Amir Sharifuddin, Roselina, Juanita, Nazli, Mazita, dan Haizan serta Pusaka Puan Sri Kalsom @ Che’Tom Abdul Rahman sebagai defendan.
Bagaimanapun, permohonan Md Khir itu dibantah oleh defendan dengan alasan Mahkamah Tinggi Sivil tidak mempunyai bidang kuasa mengikut Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.
Bantahan defendan yang disokong dengan afidavit Amir; Juanita; Nazli; Mazita dan Haizan, mendakwa mereka beragama Islam dan hartanah terbabit adalah harta sepencarian di Wilayah Persekutuan yang terikat dengan hukum syarak.
Sehubungan itu, defendan berkata, hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes pertikaian hartanah berkenaan.
Defendan juga mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman pemula itu dengan alasan ia menyalahgunakan proses mahkamah.- AIDC
Tora Malaya..
MP’s ‘Umno dogs’ FB posting draws flak?
DAP's PJ Utara parliamentarian Tony Pua gets a ticking off from BN's Reezal Merican for a FB posting on Sept 29, calling the ROS and Malay daily Utusan 'Umno dogs'!
Kepala Batas BN MP Reezal Merican hit out at Tony Pua over the DAP MP’s Sept 29 Facebook posting labelling the Registrar of Societies (ROS) and Malay daily, Utusan Umno’s running dogs.
Reezal, in his own Facebook posting this morning, slammed Tony for being an immature and mediocre politician by calling the ROS and the Umno-owned newspaper as ‘Umno dogs.’
“I’m dumbfounded by the rudeness of DAP’s Tony Pua. He has reduced himself to a mediocre person by name calling, in this case referring to Utusan Malaysia and ROS, as Umno’s dogs,” said Reezal.
Pua’s FB postings were allegedly done on the night of Sept 29 after the results of DAP’s Central Executive Committee (CEC) re-elections were known.
Reezal cut and pasted Pua’s postings on his own Facebook page and launched a seething attack on the DAP MP, who was elected to the CEC in the Sunday polls.
In Pua’s first posting at 8.56pm, which was put up on Reezal’s FB wall, Pua stated: “I’d like to congratulate the wisdom and maturity of DAP national delegates for voting in the same 20 Central Executive Members proving that there was no element of wrongdoing in the last election. The Registrar of Societies can go **** himself.”
Pua told to apologise
“The CEC has also unanimously elected the exact same office-bearers led by national chairman Karpal Singh and secretary-general Lim Guan Eng. Umno and its dogs, Utusan and ROS can go…!”
Reezal said DAP’s election fiasco was self-inflicted. He said the party’s own disgruntled members lodged reports with ROS complaining about inconsistencies, malpractices and manipulation in the CEC elections in Penang on Dec 15, 2012.
He said that many grassroots leaders and members voiced out their frustrations with the DAP leadership and even applied for an injunction to halt the re-election.
He cautioned Tony and other DAP leaders not to divert, manipulate and continue to incite anger and hatred against the ROS for carrying out his tasks based on the reports received from DAP members.
“It is my hope that the DAP leadership take stern action by reprimanding Tony Pua and urge for an immediate retraction, apology over the postings on his FB immediately,” said Reezal.
When contacted, Tony Pua laughed off Reezal’s criticisms and confirmed that he was responsible for the postings.
“I don’t delete my FB postings,” said Pua, adding that he was surprised that Reezal was perplexed by his postings. “I’m dumbfounded as well that Reezal Merican was so honest and naïve,” said Tony Pua.
WTF to you Pua DAPig..!!!
Tora Malaya..
Subscribe to:
Posts (Atom)














