Sunday 22 December 2013

Gobind kena cermin diri dulu - Zulkifli Noordin?


Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo perlu terlebih dahulu mencermin diri sendiri sebelum mempersoalkan kewibawaan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, Gobind bernasib baik menduduki tempat kedua pada pemilihan DAP Selangor baru-baru ini kerana 522 perwakilan tidak hadir.

Katanya, daripada 1,221 perwakilan DAP Selangor yang layak mengundi, hanya 699 sahaja hadir dan jumlah tidak hadir itu hakikatnya mengatasi undi diterima Gobind iaitu hanya 491.

"Jadi, Gobind wajib mencabar sekretariat DAP Selangor dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ke mana pergi 522 perwakilan ini? Mengapa hampir 43 peratus perwakilan tidak hadir dan mengundi?


"Saya mengingatkan Gobind supaya tidak bersikap dwistandard sebagaimana bapa beliau, Karpal Singh dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Zulkifli di blognya, zul4kulim.blogspot.com hari ini.

Menurut Zulkifli yang juga bekas peguam bela Anwar, Karpal pada 22 Oktober 1997 pernah membuat kenyataan di Dewan Rakyat bahawa Ketua Pembangkang itu terlibat dalam kes liwat dan mengaku ada bukti.

Namun begitu, tambah beliau, apabila timbul kes liwat terbaharu pada 2008 membabitkan Anwar dan Saiful Bukhari Azlan, Karpal membuat pusingan 'U' dengan menjadi peguam bela kepada Ketua Pembangkang tersebut.

"Jelas ini satu sikap hipokrit. Jadi Gobind perlu ingat, sebelum persoal pendirian ROS yang tidak mengiktiraf pemilihan CEC (Jawatankuasa Eksekutif Pusat), beliau perlu persoal sikap Guan Eng terlebih dahulu," katanya.

Mungkin Gobind terlupa tentang perkara ini?

Tora Malaya..

Saturday 21 December 2013

Gobind tidak layak persoal kewibawaan Pendaftar Pertubuhan?


Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo tidak layak mempersoalkan kewibawaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sekiranya beliau masih gagal menyelesaikan kemelut pentabdiran dalam parti DAP.

Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ampang, Amizan Man berkata, tindak tanduk Gobind dilihat bercanggah dengan percakapannya malah beliau sering mengamalkan 'double standard'.

Berikut adalah kenyataan penuh Amizan;

1. Memang wajar dan tepat apabila Gobind diberi gelaran 'Anak Badut' oleh Bendahari Agung MIC, Datuk R. Ramanan. Tindak tanduknya bercanggah dengan percakapan di mana beliau kerap mengamal 'double standard'.

2. Gobind mahukan jawapan dari ROS tetapi masih beliau sendiri enggan memberi jawapan kepada ahli-ahli DAP apabila mereka mempersoalkan tindak tanduk jawatankuasa kerja pusat (CEC) dalam pemilihan semula.

Mengapa Gobind tidak beri jawapan kepada ahli-ahli DAP mengenai notis 10 minggu dan juga 753 dan 851 perwakilan hilang semasa pemilihan CEC pada 15 Disember 2012 dan 29 September lalu.

3. Mengapa Gobind bersikap hipokrit terhadap penipuan isi kandungan surat ROS bertarikh 17 April 2013 oleh Lim Guan Eng dan juga penipuan tentang konon wujudnya 500 surat yang ditandatangani ahli-ahli DAP oleh Anthony Loke pada 19 Ogos 2013.

Gobind tidak layak mempersoalkan ROS jika beliau masih gagal menyelesaikan masalah pentadbiran dalaman parti.

Kita minta Gobind menunjukkan laporan tiga helai kertas oleh Anthony Loke bertarikh 6 Disember 2013 kepada ROS.

Ini sememangnya telah jadi bahan ketawa orang ramai.

Tora Malaya..

Friday 20 December 2013

Orang Cina mahu hak mengundi mereka dihormati...!!! Tetapi kalau tak sedar diri, kuat menipu dan sakitkan hati 'rakan' bagaimana pula?


Akhbar Nanyang Siangpau bertarikh 12 Disember 2013 memaparkan tulisan Li Liang Shi berkenaan apa orang Cina mahu melalui ruangan Pendapat YuanLun.

Selepas tamatnya Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, aktivis kaum mula mengeluarkan kenyataan yang fanatik terhadap masyarakat Cina kerana tidak menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN). Ini termasuk mengatakan orang Cina tidak tahu berterima kasih, apakah sebenarnya yang orang Cina mahukan dan sebagainya.

Sejak zaman Dinasti Song sudah ada orang Cina berhijrah ke Selatan untuk mencari kehidupan baharu dan pada pertengahan Dinasti Ching bermulanya orang Cina berhijrah beramai-ramai ke Selatan menjadi rakyat Malaya.

Dari situ sehingga selepas peperangan dunia kedua mereka hidup dan mati di bumi ini, menganggap di sinilah kampung halaman mereka terutama sekali generasi kedua, ketiga dan keempat, kampung halaman mereka adalah Malaysia. Mereka mempunyai saudara-mara dan sudah biasa dengan keadaan dan suasana tinggal di sini. Negara China yang jauh itu dianggap sebagai kampung asal tradisi dan kebudayaan di sana bagi mereka tidak biasa dan tidak mesra dengan China.


Negara kita telah separuh abad merdeka, sistem politik kita mengikut susur galur dari sistem politik British, kita juga telah mengharungi 13 kali PRU tetapi masih ada ramai orang yang tidak capai kualiti demokrasi. Sebuah masyarakat demokrasi dan bebas selain berhak mengundi, kita juga ada hak untuk memilih mana-mana calon dan mana mana parti, kita perlu menghormati pilihan setiap orang.

Hari ini kebanyakan orang Cina berubah kepada mengundi parti pembangkang, BN sebagai kerajaan yang memerintah tidak boleh pandang dan bersikap sinis terhadap perkara ini.

Selepas PRU sepatutnya mengambil berat perkara ini, redakan fikiran dan dendam, dengar suara masyarakat Cina dan hentikan perosak-perosak dalam parti yang sering mengeluarkan kenyataan yang merosakkan hubungan antara kaum.

Bawa negara ini ke arah perpaduan dan kemajuan, mengkritik dan bermusuh-musuhan hanya akan membawa padah kepada perpaduan negara. Penulis yakin pemimpin yang bijaksana faham dan mengerti ke mana hala tuju yang akan dibawa.


Orang Cina sebagai keluarga besar di sini, mereka cintakan negara ini, jasa dan usaha yang mereka gembleng banyak dan tidak terbilang besarnya. Jasa masyarakat Cina kepada negara ini pasti tidak kurang daripada kaum lain, orang Cina bersama-sama kaum lain berusaha, yang penting mereka mahu negara ini menuju kepada sebuah masyarakat bersatu padu dan stabil. Hari ini ada orang tanya apakah yang orang Cina mahu?

Orang yang mengeluarkan kenyataan seperti ini perlu tanya pada diri mereka sendiri sama ada kualiti pemikiran mereka dan dada mereka terbuka luas untuk demokrasi ataupun tidak, kata-kata seperti ini bukan sahaja menyakitkan hati ramai orang Cina yang cintakan negara ini, malah merosakkan perhubungan dan perpaduan antara kaum negara ini yang selama ini wujud.

Jika masih ada orang yang bertanyakan apakah yang orang Cina mahu, pasti orang Cina akan bertegang urat berteriak kuat, kami mahukan sebuah masyarakat yang bersatu padu, jika terlaksana keadilan, kebenaran dan ketelusan.


Orang Cina tidak akan menentang negara ini, kerana mereka amat cintakan negara ini, mereka sanjung tinggi demokrasi, mereka juga tidak menentang kerajaan kerana kerajaan tidak semestinya kerajaan BN, mereka mengundi hanya mahu pilih kerajaan.

Secara ikhlas mereka berharap semua pihak lihat keputusan PRU secara rasional, bersama-sama bertungkus lumus untuk negara ini, jangan hancurkan dan koyakkan lagi perpaduan dan hubungan antara kaum.

Persoalannya disini adalah, benarkah orang Cina sebagai keluarga besar di sini, mereka cintakan negara ini? Kalau mereka benar-benar sayang dan cintakan negara ini, apakah sumbangan mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara ini dari ancaman musuh! Ambil contoh pencerobohan di Lahat Datu, Sabah! Kalau meraka sayangkan negara, mengapa mereka sering mempersoalkan aset-aset dan bajet untuk angkatan tentera yang menjadi rahsia kerajaan?


Berapa ramai diantara mereka yang mahu menjadi anggota tentera dan polis? Berapa ramai diantara mereka yang sanggup tinggal anak bini untuk masuk kehutan demi menjaga keselamatan dan keamanan negara? Yang mereka tahu hanyalah mencari duit...duit dan duit...!!! Siapa yang kuat memberi rasuah? Ya, mereka sudah menguasai ekonomi dan sekarang nafsu besar mereka adalah untuk menghapuskan KUASA orang Melayu. Fikir dan renongkanlah!

Tora Malaya..

Tuesday 17 December 2013

'Tarik tali' isu pemilihan CEC DAP?


Pendaftar Pertubuhan (ROS) diminta bertegas terhadap DAP apabila pemimpin parti itu dilihat seolah-olah terus bermain 'tarik tali' dalam isu pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.

Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, sikap berlembut yang ditunjukkan dalam isu tersebut menjadi punca mengapa pemimpin DAP terus mempermainkan ROS.

Katanya, keadaan itu menyebabkan masalah tersebut tiada kesudahannya sedangkan ROS adalah agensi yang berkuasa dalam membuat keputusan sama ada DAP bersalah atau tidak.

"Jika bersalah DAP perlu dikenakan tindakan, tiada alasan untuk ROS takut bertindak terhadap DAP sekiranya parti itu tidak mengikut undang-undang.

"Jangan takut untuk bertindak kerana selagi kes ini berlanjutan, kredibiliti ROS akan terus dipersoal dan dicemuh orang ramai, secara tidak langsung menjejaskan nama baik kerajaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Pengarah ROS, Mohammad Razin Abdullah berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap DAP berhubung pemilihan semula CEC yang diadakan dalam kongres khas parti itu pada 29 September lalu.

Bagaimanapun, laporan berhubung pemilihan khas CEC yang dihantar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan tidak mengandungi maklumat yang mencukupi serta menyukarkan ROS untuk menyiasat sebarang dakwaan.

Sementara itu, Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, A. David Dass juga mahu ROS bertindak segera terhadap DAP yang jelas tidak mengikut peraturan ditetapkan.

Katanya, semua parti politik perlu mengikut Perlembagaan masing-masing dan tiada yang kebal daripada undang-undang termasuk DAP.

"DAP tidak boleh sesuka hati melanggar peraturan yang ada seolah-olah mereka lebih berkuasa daripada ROS.

"Sebab itu, ROS perlu bertindak segera bagi menjaga kepentingan ahli DAP daripada terus ditipu dan dipergunakan untuk kepentingan politik sesetengah pemimpin parti itu," ujarnya.

Tora Malaya..

Jeff Ooi, Tony Pua terus didesak mohon maaf?

Zamil Ibrahim (dua dari kiri) dan Zainon Ismail (empat dari kanan) bersama orang ramai melancarkan demonstrasi aman di pekarangan Masjid Jamek Seberang Jaya, Bukit Mertajam semalam, bagi mendesak Tony Pua dan Jeff Ooi meminta maaf segera.

Tindakan biadab dua pemimpin DAP iaitu Jeff Ooi dan Tony Pua menghina penjawat awam terus mendapat bantahan orang ramai.

Di pekarangan Masjid Jamek Seberang jaya selepas solat Jumaat, sekumpulan jemaah berhimpun secara aman sambil mengutuk perbuatan tersebut.

Demonstrasi selama hampir 20 minit itu diketuai oleh bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Zamil Ibrahim dan bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail.

Menurut Zamil, Tony Pua yang mengeluarkan kenyataan menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai 'anjing' perlu memohon maaf di pejabat ROS di Putrajaya.

"Jika benarlah dia menyedari mulutnya celupar dan ada maruah selepas melakukan kesilapan, dia perlu segera berbuat demikian kepada ROS.

"Begitu juga dengan Jeff Ooi yang perlu meminta maaf di pejabat Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) selepas menggelar kakitangan pihak berkuasa tempatan itu sebagai kucing kurap, bukan hanya meminta maaf selepas didesak oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh," katanya kepada pemberita selepas menyertai perhimpunan aman itu.

Sebelum ini beberapa pihak mendesak wakil rakyat DAP itu meminta maaf dan menarik balik perkataan 'kucing kurap' yang dibuat Jeff Ooi bagi merujuk kepada kegagalan pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) membuktikan kepadanya terdapat peniaga haram di Pasar Awam Jelutong.

Tony Pua pula dalam laman Facebook sebelum ini menggelar ROS sebagai 'anjing' selepas parti itu diarah menjalankan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) berikutan pelbagai pihak mempertikaikan kewibawaan proses pertama pada 15 Disember lalu.

Sementara itu, Zainol berkata, pucuk pimpinan Pas juga dilihat tidak mengambil berat tindakan biadab kedua-dua pemimpin DAP berkenaan semata-mata mahu menjaga hubungan baik sesama mereka.

"Sepatutnya pemimpin atasan Pas tampil menyatakan sikap sebenar mereka terhadap kenyataan biadab dua pemimpin DAP terbabit kerana menghina kakitangan awam.

"Apakah mereka tidak berani menyatakan pendirian seperti mengutuk tindakan itu atau menyuarakannya supaya kedua ahli DAP terbabit memohon maaf secara jujur sebagai tanda mengakui kesilapan mereka?," soalnya.

Tora Malaya..

Sunday 15 December 2013

CAP bantah draf DAP Pulau Pinang?


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendesak kerajaan DAP Pulau Pinang mengkaji semula Draf Rancangan Kawasan Khas (RRK) Bukit Bendera yang dilancarkan pada 14 November lalu.

Ini kerana beberapa cadangan dikemukakan di dalam draf tersebut bertujuan menggalakkan pelancongan dan memajukan kemudahan di situ, sekali gus akan menggugat ketenteraman dan kedamaian kawasan simpanan semula jadi serta ekologinya.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris berkata, beberapa projek yang dicadangkan RKK, antaranya pembinaan dua hotel dengan kapasiti 100 bilik, zoo mini, taman burung, sistem kereta kabel dan kafe.

"Draf RKK dilancarkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah dipamerkan kepada orang ramai di Stesen Bawah Perbadanan Bukit Bendera dan Kompleks Tun Razak (Komtar) dari 14 November sehingga 11 Disember lalu.

"CAP melihat banyak keburukan terhadap draf RKK itu kerana boleh mendatangkan kesan yang serius terhadap ekologi dan kawasan tadahan air Bukit Bendera," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Tambah beliau, visi RRK yang banyak menyentuh soal pemuliharaan alam dan ekologi dilihat bercanggah kerana draf itu membuka jalan ke arah projek komersial yang mana aktiviti pelancongan menggunakan banyak sumber, sekali gus menghasilkan sisa berlebihan.

Jelasnya, CAP berpendapat perlu ada batasan dari aspek pembangunan dan kehadiran pengunjung kerana statistik kedatangan pelancong ke pusat peranginan itu menunjukkan peningkatan dari setahun ke setahun iaitu 8,000 hingga 10,000 orang sehari pada waktu puncak.

"CAP juga berpendapat pembinaan kereta kabel juga tidak diperlukan di kawasan tersebut kerana kerajaan telah berbelanja hampir RM7.3 juta untuk pembinaan kereta api, selain terdapat laluan jip dari kaki bukit ke puncak.

"Kami membantah cadangan itu kerana akan mengangkut lebih ramai pengunjung dan mengakibatkan berlaku perubahan drastik dalam persekitaran semula jadi bukit tersebut," ujarnya.

Menurutnya, CAP juga meminta agar pertanian organik di kawasan berkenaan dibataskan bagi mengelak berlaku hakisan tanah yang serius.

Tora Malaya..

Saturday 14 December 2013

Pulau Mazhu: Barisan Nasional tunjuk bukti?


Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menampilkan bukti wujud kegiatan menceroboh tanah milik kerajaan DAP Pulau Pinang di Pulau Jerejak yang dijadikan lokasi upacara keagamaan dan kemungkinan pemujaan oleh pihak tertentu.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Ayer Tawar) berkata, lebih malang, perkara berkenaan berlaku disebabkan kelemahan penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Saya tidak membuat tuduhan melulu, sebaliknya mempunyai bukti wujud kegiatan berkenaan berdasarkan siasatan yang dilakukan oleh pihak kami di pulau tersebut pada 10 Disember lalu.

"Ketika kunjungan ke sana, kami berjaya menemuramah individu yang mengusahakan tempat itu. Menurut lelaki terbabit, kawasan tersebut dijadikan lokasi upacara keagamaan dan terdapat aktiviti pemujaan berdasarkan gambar yang dirakam.



"Lelaki berkenaan memberitahu, bangunan terbabit dibina sekitar 1930-an manakala negara mencapai kemerdekaan pada 1957, justeru tapak bangunan itu tiada pemilik. Sesiapa sahaja boleh gunakannya," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Dalam sidang akhbar tersebut, Jahara bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN lain menunjukkan beberapa keping gambar serta rakaman video berlaku aktiviti mencurigakan di pulau tersebut.

Sidang DUN pada Isnin lalu kecoh apabila tindakan Jahara menunjukkan beberapa bukti termasuk gambar pengusaha lokasi pelancongan di Pulau Jerejak yang mempromosikan pulau itu dengan nama Pulau Mazhu bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng sehingga tidak disenangi penyokong kerajaan negeri.

Jahara berkata, lelaki berkenaan mendakwa, sekiranya dia tidak meneruskan kegiatan di situ, PBT perlu menyediakan tapak baharu untuknya.

"Mana boleh begitu, dia yang ceroboh tanah kerajaan negeri dan meminta pula disediakan tapak baharu," tegasnya.

Selanjutnya sila baca di sini.

Tora Malaya..

Pimpinan DAP ibarat Kim Jong-un?

Jenice Lee (duduk, tengah) bersama sebahagian penyokongnya menunjukkan laporan Jawatankuasa DAP Selangor bahawa nama ADUN Teratai itu telah dihilangkan atau tiada dalam rekod laporan jawatankuasa tersebut sidang akhbar khas di Taman Muda, Ampang, Selangor, semalam.

Segelintir pucuk pimpinan DAP didakwa berperilaku seperti pemerintah Korea Utara, Kim Jong-un yang bertindak memadamkan rekod bapa saudaranya selepas dipecat.

Ini berikutan tindakan luar biasa parti itu yang bertindak sesuka hati dengan 'memadamkan' segala rekod berkaitan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee daripada laporan DAP Selangor.

Jenice mendakwa, nama beliau sebagai Setiausaha Publisiti DAP Selangor telah dipadamkan sejak 2010 termasuk senarai kehadiran mesyuarat jawatankuasa dan ucapan penggulungan yang dibuat pada tahun itu.

"Laporan Jawatankuasa DAP Selangor serta minit mesyuarat 2010 telah mula diedarkan sejak Selasa lalu memandangkan konvensyen negeri akan diadakan pada Ahad ini. Saya terkejut apabila mendapati nama saya sebagai Setiausaha Publisiti telah sengaja dipadamkan dari laporan itu.

"Adakah kerana saya telah dipecat daripada parti? Mengapa DAP seolah-olah seperti mengikut amalan Korea Utara yang bertindak memadamkan keseluruhan rekod pemimpin yang dipecat? Adakah DAP sedang mencontohi dan mengikut jejak langkah Jong-un? Saya mahukan penjelasan," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Jong-un telah mengarahkan segala rekod berkaitan bapa saudaranya, Jang Song-thaek yang dipecat dari parti dipadamkan daripada sejarah Korea Utara.

Song-thaek turut dihukum mati atas pelbagai tuduhan seperti cubaan rampasan kuasa serta menggulingkan Presiden, rasuah, pengkhianat dan kaki perempuan berkuat kuasa serta-merta.

Dalam pada itu, Jenice turut melahirkan rasa hairan dengan tindak tanduk DAP sejak akhir-akhir ini, antaranya pengumuman tarikh konvensyen dan pemilihan negeri pada saat-saat akhir.

"Tidak pernah berlaku dalam sejarah DAP, ini kali pertama saya dengar, tarikh serta tempat pemilihan hanya diumumkan kurang daripada lima hari. Calon-calon yang bakal bertanding juga diberikan masa yang sungguh terhad.

"Apakah ini 'taktik' untuk menutup sesuatu? Kewujudan saya juga telah dipadamkan kerana 'arahan' seseorang dan bukan disengajakan. Sekiranya mereka anggap saya telah dipecat, adakah rekod lampau harus dipadamkan juga?

"Rekod bekas DAP seperti Tan Sri Lee Lam Thye atau bekas Presiden Singapura, CV Devan Nair tidak pula dipadamkan?. Mengapa kini DAP sudah berubah haluan dan corak pemerintahan tanpa mengikut Perlembagaan," ujarnya.

Menurut Jenice, beliau tidak faham mengapa DAP masih tergesa-gesa untuk membuat pemilihan negeri memandangkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) belum lagi mengesahkan keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang diadakan dalam kongres khas pada 29 September lalu.

"DAP perlu mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh ROS agar kejadian dahulu tidak berulang. Kita tidak boleh asyik bercakap tentang pemilihan semula atau pembatalan pendaftaran parti sebagai agenda dalam parti. Banyak lagi perkara yang perlu diberi fokus utama," tegasnya.

Tora Malaya..

Guan Eng dicabar kemuka laporan mengenai CEC?


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dicabar mengemukakan isi kandungan laporan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu, yang dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 6 November lalu untuk pengetahuan ahli-ahli DAP.

Bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, laporan tiga muka surat yang disifatkannya sebagai tidak lengkap itu perlu dipamerkan kepada seluruh ahli DAP supaya mereka dapat mengetahui tahap sebenar kewibawaan pemimpin parti itu.

"Bagaimana jika negara jatuh ke tangan mereka? Sanggupkah rakyat menerima pemimpin yang tidak kompeten dan langsung tidak tahu menghormati undang-undang?"

"Saya juga difahamkan pemimpin-pemimpin DAP, pengerusi-pengerusi cawangan dan ahli-ahli CEC sendiri ketawa besar dan turut menghina Setiausaha Organisasi, Anthony Loke kerana sanggup menghantar tiga helai kertas kepada ROS sebagai laporan lengkap," katanya pada sidang akhbar bagi menjelaskan berkenaan sikap Guan Eng dan Anthony berhubung laporan pemilihan semula CEC kepada ROS.

Tuan Tat menyifatkan tindakan Anthony mengemukakan laporan hanya tiga muka surat kepada ROS sebagai tindakan yang amat memalukan.

"Mana mungkin senarai nama 2,576 perwakilan, masalah senarai 851 delegasi yang hilang, bukti tentang 450 pengundi tidak berdaftar dan kemunculan 120 cawangan baharu mampu dimuatkan dalam hanya tiga helai kertas.

"Jika mahu menjadi pak turut pun tak usahlah sampai tahap begitu rendah hingga menjatuhkan maruah sendiri dan juga imej parti," ujarnya.

Tora Malaya..

Thursday 12 December 2013

Peniaga cinabeng dibiarkan berniaga, peniaga Melayu dihalau..!!! Tahniah Pakatan Haramjadah Pulau Pinang?


Di jalan pesisir pantai berhampiran Queensbay Shoping Complex , lebih kurang ler gamaknya dalam 20 peniaga Melayu di ambil tindakan oleh peguatkuasa.Gerai bergerak mereka diarahkan tutup dan dihalau dari kawasan tersebut atas alasan menghalang lalulintas .Mereka sudah berniaga di lokasi tersebut sejak 3 tahun yang lepas. Pihak MPPP telah merampas pelbagai peralatan gerai gerai dari van makanan peniaga Melayu.


Para peniaga melayu di Queensbay membantah atas tindakan MPPP kerana langsung tidak diberi notis, sebaliknya tindakan diambil terhadap peniaga peniaga Melayu. Hurmm bila pekara ini berlaku depan mata memang tragis betul! Kita tengok peniaga yang siap dukung anak kecil tu yang buat mata ni jap2 macam masuk pasir pantai tu.. SADIS.. cari rezeki HALAL, bukan menyundal tepi pantai!!

Tora Malaya..

Sunday 8 December 2013

Lim Guan Eng terkedu...!!! Guan Aik sah Pengerusi DAP Kedah?

Lee Guan Aik (duduk, tengah) menunjukkan surat ROS yang membuktikan dirinya masih sah Pengerusi DAP negeri ketika sidang akhbar di Alor Setar, Kedah, semalam.

ALOR SETAR  - Bekas Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik mendakwa bahawa beliau adalah Pengerusi DAP negeri yang sah berdasarkan surat daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) semalam.

Beliau berkata, menurut surat tersebut, pihak ROS telah menjalankan siasatan dengan mengambil kira Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP belum diiktiraf sebagai sah oleh ROS dan disebabkan itu, beliau adalah Pengerusi DAP yang sah mengikut perlembagaan parti.

Katanya, disebabkan itu, CEC DAP tidak mempunyai kuasa untuk melantik Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari sebagai Pengerusi Interim DAP Kedah dan kesemua cawangan baharu yang diwujudkan oleh pihak Ahli Jawatankuasa Interim pimpinan Zairil sebelum ini adalah haram.

Menurutnya, dia telah banyak kali menghantar surat kepada ROS dan setelah enam bulan, akhirnya dijawab oleh agensi tersebut.

''Saya telah pergi ke ROS di Putrajaya semalam dan terima sendiri surat yang menyatakan CEC DAP belum diputus dan diiktirafkan sah oleh pendaftar tersebut.

"CEC DAP sebenarnya langsung tidak ada kuasa untuk memberi arahan kepada sesiapa atau mencampuri urusan parti mengikut suka hati mereka dan kini semua ahli DAP Kedah rasa amat kesal dan malu dengan penerimaan surat ROS ini," katanya kepada pemberita di Pejabat DAP Kedah di Taman Kristal, di sini hari ini.

Konflik DAP Kedah dan pemimpin pusatnya bermula apabila Zairil dilantik sebagai Pengerusi sementara DAP Kedah oleh parti itu yang kemudian dianggap Guan Aik sebagai tidak sah kerana didakwa tidak mematuhi prosedur perlembagaan parti.

Menurut Guan Aik, untuk mengelakkan DAP Kedah menjadi bahan ketawa dan mengelirukan orang ramai serta ahli parti, dia meminta pejabat baharu DAP di Jalan Putra yang telah dirasmikan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ditutup serta-merta kerana ROS tidak mengiktiraf Ahli Jawatankuasa Interim pimpinan Zairil.

"Sekiranya perkara tersebut tidak dilaksanakan, bererti pimpinan atasan DAP telah menghina perlembagaan sendiri serta undang-undang negara dan ini adalah kesalahan yang besar.

"Sebagai pengerusi sah, saya menegaskan segala aktiviti parti yang berlaku atau akan dijalankan selepas ini tidak boleh dipakai dan perlu berhenti serta-merta,'' ujarnya.

Tora Malaya..

Sunday 1 December 2013

Zairil dilantik naib pengerusi DAP Pulau Pinang?


Zairil Khir Johari dan Jagdeep Singh Deo (anak Karpal) dilantik menjadi naib pengerusi DAP Pulau Pinang. Lim Hui Ying (adik Guan Eng) dilantik sebagai Setiausaha. Ng Wei Aik tersingkir.

Shocking results at Penang DAP polls

Penang DAP polls today produced shocking results when incumbent state secretary Ng Wei Aik and national deputy secretary-general Chong Eng failed to get elected into the 15-person state committee.

Tanjung MP Ng, also the Chief Minister Lim Guan Eng’s political secretary, could only garner 267 votes from the 675 delegates who cast their ballots at the party state ordinary convention held at George Town City hotel.

Pakatan Rakyat government executive councillor and Padang Lalang state representative Chong Eng only got 202 votes.
Seri Delima assemblyman and incumbent committee member RSN Rayer also failed to make the cut, getting only 289 votes in another surprise result.


Jelutong MP Jeff Ooi Chuan Aun, who made headlines recently with his infamous “kucing kurap” remark, could only secure 120 votes.
Penang DAP chairman Chow Kon Yeow proved to be most popular leader among the delegates when he come tops with 621 votes, 146 more than runners-up Jagdeep Singh, who got 475 votes.

Chow, as usual showing humility and composure, was moved by the strong support from the delegates.
But he also knew that the delegates have given him a mandate to lead the party to greater heights in Penang.

“I’m humbled by the overwhelming support.

“But with greater mandate comes greater responsibility to lead the party to victory,” Chow told newsmen after the polls results were announced.


Incumbent vice-chairman Lim Hock Seng finished third with 372 votes, followed by Guan Eng’s blue-eyed boy and Bukit Bendera MP Zairil Khir Johari (362), Lim Hui Ying (361), Teh Yee Cheu (358), Phee Boon Poh and Yeoh Soon Hin (both 336).

Deputy Chief Minister II and party national deputy secretary-general P Ramasamy secured 331 votes to finish ninth, ahead of Koay Teng Hai (330), Wong Hon Wai (323), Gooi Seong Kin (314), Harvindar Singh (314), A Tanasekharan (306) and Teh Lai Heng (297).
A total 675 votes cast, with 661 valid votes and 14 spoilt.

Tora Malaya..

Monday 25 November 2013

Kenapa rakyat perlu menolak DAP?


1. DAP Parti Nepotisme di Malaysia

DAP sering melancarkan serangan terhadap dakwaan nepotisme yang dikatakan berlaku dalam Barisan Nasional (BN) Namun begitu, nepotisme yang berlaku dalam DAP dan Pakatan Rakyat adalah jauh lebih parah berbanding dengan BN. Sekiranya kita melihat ranking CEC DAP, maka kita akan mengetahui Lim Kit Siang berada dalam kedudukan kedua manakala anaknya kedudukan kelima.

Selain itu, Karpal Singh berada dalam kedudukan ketiga manakala anaknya pada kedudukan keempat. Empat daripada lima kedudukan tertinggi DAP dikuasai oleh politik bapa dan anak.

Berbeza dalam BN, anak-anak kepada mana-mana pemimpin hanya berkuasa dalam parti setelah bapa atau saudara mereka bersara daripada politik. Rakan DAP iaitu PKR juga tidak kurang hebatnya amalan nepotisme mereka apabila seluruh parti itu diketuai oleh keluarga terdiri daripada bapa, isteri dan anak. Parti politik mana dalam sejarah Malaysia yang memiliki sistem nepotisme sebegini teruk?

Sudah enam Perdana Menteri Malaysia bertukar namun Kit Siang yang sudah berada dalam arena politik sejak zaman Perdana Menteri pertama masih tidak lagi sanggup melepaskan kuasa. DAP selalu menyelar Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang yang gila kuasa namun sudah satu dekad beliau bersara dalam politik apabila tidak lagi bertanding dalam pilihan raya sejak 2003 selain melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri. Namun Kit Siang masih lagi beria-ria bertanding dalam pemilihan DAP selain bertanding dalam pilihan raya umum serta masih memegang jawatan sebagai penasihat DAP.

2. Mengapa Anwar Tidak persoalkan DAP ?

MELALUI keputusan CEC maka kita akan mengetahui hakikatnya Lim Guan Eng tidak mendapat undi tertinggi dalam pemilihan DAP yang terbaharu namun masih tetap menjadi Setiausaha Agung DAP kebangsaan.


Sekiranya kita hendak mengambil teori demokrasi iaitu undi popular yang dipopularkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim maka Guan Eng sudah tidak layak lagi menjadi Setiausaha Agung DAP. Oleh itu apakah pandangan Anwar mengenai isu undi popular dalam sistem demokrasi di Malaysia ? Sekiranya Anwar merasakan undi popular adalah kayu ukur kepada lambang demokrasi maka Anwar secara langsung telah menghina sistem demokrasi DAP dan juga kedudukan Guan Eng dalam parti tersebut. Sekiranya Anwar merasakan undi popular perlu berlandaskan kepada sistem demokrasi tertentu maka Anwar hanya mengiktiraf BN adalah pihak dan kerajaan sah yang menang dalam pilihan raya umum terbaharu.

3. Kebangkitan Melayu Menentang Dinasti Lim

BEKAS Naib Pengerusi DAP kebangsaan, Tunku Abdul Aziz telah lama meninggalkan perjuangan DAP dan beliau mengatakan DAP bukanlah sebuah parti politik multiracial seperti diperjuangkan oleh mereka. Seorang lagi bekas Naib Pengerusi DAP iaitu Zulkifli Mohd Noor juga telah bangkit mengatakan bahawa kaum Melayu hanya bernilai 50 sen dalam parti itu. Kenyataan Zulkifli jelas menunjukkan betapa rendah nilai kaum Melayu yang dilayan dalam DAP.

Kenyataan ini juga dapat dibuktikan apabila tiada seorang Melayu berjaya menembusi pemilihan CEC DAP yang terbaharu selain Christopher Zairil yang dipertikaikan pihak tertentu sebagai setengah Melayu dan setengah Cina.

Naib Pengerusi 1 Interim DAP Kedah, Syed Araniri Syed Ahmad juga meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti, termasuk Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Syed Araniri mendedahkan sikap parti itu yang double standard terhadap orang Melayu, apabila permohonan lebih 70 ahli Melayu dari pelbagai cawangan di negeri itu tidak diproses. Aspan Alias yang menyertai DAP tahun lalu juga mendakwa Setiausaha Agung DAP, Guan Eng dan bapanya Kit Siang sebagai pemimpin autokratik. Beliau mendakwa DAP hanya mementingkan agenda kedua beranak itu sahaja.

Veteran Melayu DAP, Ahmad Ton yang sudah lama berada dalam perjuangan DAP tidak diangkat dalam kepimpinan DAP dan Christopher Zairil yang baharu sahaja memasuki DAP telah diberi kuasa dalam jangka masa yang begitu singkat. Adakah ia berlaku hanya kerana Christopher Zairil merupakan Setiausaha Politik Guan Eng?

4. Kebangkitan Kaum India Menentang Dinasti Lim

MENURUT Pendaftar Pertubuhan (ROS), majoriti daripada 753 ahli DAP yang melaporkan pemilihan parti kepada ROS adalah kaum India.

Bekas setiausaha publisiti DAP Taman Nesa, A. K. Murugan bertekad memulakan gerakan untuk memastikan lebih ramai anggota parti itu daripada kaum India meninggalkan parti pembangkang berkenaan. Menurut beliau, ramai di kalangan kaum India yang menyertai DAP mula sedar tentang layanan berat sebelah Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau terhadap kaum India. Kedua-dua pemimpin DAP India dari Johor, Murugan A. Kaliappan dan Thulasi Das Visuvalingam dari Taman Nesa, Skudai juga telah dipecat hanya kerana mereka mengamalkan demokrasi yang diperjuangkan oleh DAP iaitu demokrasi demonstrasi. Sikap hipokrit DAP amat jelas apabila mereka yang paling lantang menjerit tentang soal demonstrasi dalam demokrasi dan apabila pihak Kementerian Dalam Negeri menahan penyokong yang menyertai demokrasi maka BN akan dituduh sebagai anti demokrasi. Namun apabila pemimpin mereka sendiri melancarkan demonstrasi, mereka pula dipecat. Sejak PRU13, DAP telah memecat seramai 38 ahli hanya kerana mereka tidak sehaluan dengan pemimpin tertentu dalam DAP.

5. Rakyat Perlu Bangkit Menentang Dinasti Lim

SEKIRANYA begitu ramai pemimpin tertinggi dan kaum yang berbeza dalam DAP sendiri bangkit menentang parti itu, maka sudah tiba masanya rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan jantina membuka mata dan sedar akan wajah dan topeng DAP sebenar. Sesungguhnya berlakunya penentangan dalaman dengan jelas menunjukkan DAP adalah sebuah parti yang mengamalkan nepotisme , kronisme , rasisme dan anti demokrasi yang ditentang oleh pemimpin dan ahli mereka sendiri.

Rakyat kini perlu mencari jalan untuk keluar daripada cengkaman penjajahan minda dan persepsi oleh DAP. Sudah tiba masanya kita sehati sejiwa bangkit menentang sebuah parti politik yang jelas bermuka-muka dan hanya memperbodohkan rakyat melalui pemimpin dan ahli-ahli mereka.

Tora Malaya..

Sunday 24 November 2013

Kerana tak sayang mulut, Jeff Ooi 'diserang' kakitangan MPPP?

Haram jadah punya mangkok hayon!

Lawatan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun ke pasar awam Jelutong di sini pagi semalam bertukar kecoh apabila 'diserang' seorang kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Ia gara-gara rasa tidak puas hati lelaki berkenaan terhadap kenyataan Jeff Ooi sebelum ini yang menghina kakitangan MPPP dengan gelaran kucing kurap (small fry).

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, Jeff Ooi yang sedang memberi taklimat kepada beberapa wartawan yang mengikuti lawatannya mengenai masalah peniaga tanpa lesen sebelum didatangi kakitangan MPPP itu bersama isterinya.

Mohd Rofi Osman bersama isterinya, Aminah Abdullah pada mulanya hanya mendengar taklimat yang disampaikan Jeff Ooi namun apabila wartawan memintanya mengulas isu gelaran kucing kurap secara tiba-tiba Mohd Rofi 'naik angin' dan mendesak supaya ahli parlimen itu menarik balik kenyataannya itu.

Jeff Ooi dan beberapa pengikutnya kemudian terus meninggalkan kumpulan wartawan dan beredar dari pasar berkenaan.

Mohd Rofi yang berkhidmat di Bahagian Kesihatan Vektor MPPP berkata, Jeff Ooi tidak sepatutnya mengherdik kakitangan MPPP dengan memberi gambaran dan gelaran sedemikian.

Beliau berkata, gelaran kucing kurap adalah keterlaluan dan menjatuhkan maruah penjawat awam sekali gus menonjolkan sifat sebenar ahli parlimen berkenaan yang kurang ajar.

"Kita mahu Jeff Ooi tarik balik kenyataan itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka melalui semua media di negara ini. Siapa dia untuk memberi gambaran sedemikian terhadap penjawat awam?

"Lupakah dia bahawa ada dalam kalangan 'kucing kurap' ini yang membantu memenuhi impiannya untuk menjadi ahli parlimen,"katanya ketika ditemui media di sini hari ini.

Pada 20 November lalu, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Jeff Ooi membidas tindakan MPPP yang bertindak menghantar pegawai berpangkat rendah untuk satu sidang akhbar bersamanya di Pasar Jelutong.

Akhbar itu juga melaporkan, Jeff Ooi turut menggambarkan pegawai yang hadir itu sebagai kucing kurap kerana tidak bersedia dan tidak menyediakan perangkaan mengenai aduan penjaja di pasar itu.

Mohd Rofi berkata, akan terus menjejaki Jeff Ooi ke mana sahaja programnya di sekitar kawasan ini bagi menuntutnya menarik balik kenyataan itu.

"Sepatutnya sebagai ahli parlimen, dia bertindak lebih profesional. Cuba bayangkan kalau sehari tiada pekerja MPPP, bolehkan dia tidur dengan lena?

"Baru menjadi ahli parlimen sudah berani menghina penjawat awam, bagaimana pula agaknya nanti selepas mereka berjaya menawan Putrajaya?" katanya.

Sementara itu, Aminah menggesa Yang Dipertua MPPP, Datuk Patahiyah Ismail supaya tampil mempertahankan maruah kakitangannya.

Aminah yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan Insan Mulia berkata,sebagai ketua kepada semua kakitangan MPPP, Patahiyah perlu segera tampil mempertahankan maruah kakitangannya dan bukan berdiam diri apabila kredibiliti warga MPPP dipijak oleh orang lain.

"Kita juga mahu Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengambil tindakan ke atas Jeff Ooi kerana jika berdiam diri, ia seolah-olah menunjukkan Setiausaha Agung DAP itu senada dengan Ahli Parlimen Jelutong ini," katanya.

Tora Malaya..

Saturday 23 November 2013

Jenice umum akan bertanding?

Jenice Lee bersama ahli DAP Pandan yang dipecat mengadakan sidang akhbar mengumumkan hasratnya untuk bertanding dalam pemilihan DAP Selangor di Taman Muda Ampang, dekat Kuala Lumpur, semalam.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee Ying Ha mengumumkan akan bertanding sebagai ahli jawatankuasa dalam pemilihan parti peringkat negeri Selangor yang akan diadakan 15 Disember depan.

Menurutnya, beliau boleh bertanding dalam pemilihan itu berikutan masih lagi ahli parti berkenaan ekoran kes pemecatannya dalam proses rayuan.

"Kes pemecatan saya daripada parti DAP masih dalam rayuan, maknanya saya masih lagi ahli DAP yang sah, perkhidmatan saya tidak boleh dihentikan serta-merta. Saya juga telah menghantar surat dua minggu lalu menyatakan hasrat untuk bertanding supaya tidak dihalang.

"Jika mereka masih lagi melarang, kami akan bertindak membuat aduan kepada pihak berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Jenice berkata, beliau bersama bekas ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Dorothy Cheong akan bertanding dalam pemilihan DAP Selangor terbabit.

Jelasnya, pemecatan keahliannya dan Dorothy tidak sah kerana Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai mempunyai percanggahan kepentingan dan mengamalkan standard yang tidak sama dengan ahli-ahli parti lain.

Menurut beliau, laporan Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock menyatakan ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah sebelum ini telah meluluskan peruntukan kerajaan negeri kepada sebuah syarikat berkaitan yang dimiliki oleh bapa saudara ADUN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong iaitu Lee Wye Wing bagi menganjurkan program mesra rakyat di kawasan tersebut.

"Malah, Kee Hiong juga mengakui bahawa beliau pada masa itu memegang jawatan bergaji di syarikat bapa saudaranya dan terlibat secara langsung dalam menyelaras dan melaksanakan program berkenaan.

"Perbuatan mereka sama ada boleh dilabelkan sebagai kronisme, nepotisme dan percanggahan kepentingan. Jadi, Kok Wai perlu tampil jelaskan apakah parti tersebut membenarkan perbuatan sedemikian berlaku. Mengapa tiada tindakan disiplin diambil ke atas kedua-dua ADUN itu sedangkan kes saya dipandang serius oleh mereka?" katanya.

Dalam pada itu, Jenice turut mendesak Kok Wai menerima surat saman daripada peguamnya berkaitan dakwaan memfitnah sehingga menyebabkan peluang beliau untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) terjejas.

Tegas beliau, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengiklankan surat saman tentang dakwaan terhadap Kok Wai dan perbelanjaannya akan dimasukkan ke dalam kos peguam sekiranya beliau masih enggan menerimanya.

Tora Malaya..

Friday 22 November 2013

Alvin, Vivian gagal ketepi pertuduhan?

Alvin Tan (depan) dan Vivian Lee (kanan) bersama peguambela mereka di Mahkamah Tinggi Jenayah 2, Kuala Lumpur, semalam.

Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee gagal dalam permohonan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk membatalkan pertuduhan bahawa mereka menyebabkan timbulnya perasaan permusuhan dalam kalangan masyarakat berlainan agama.

Hakim Kamardin Hashim memutuskan demikian setelah mendapati tiada merit dalam permohonan Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, dan Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan adalah terpakai untuk semua penganut agama lain.

"Sepintas lalu membaca peruntukan berkenaan amat jelas sejelas gelas kristal bahawa peruntukan tersebut langsung tidak menyebut secara khusus bahawa peruntukan itu dituju khas kepada penganut beragama Islam.

"Perkataan-perkataan yang digunakan professing the same or different religions (menganut agama yang sama atau berlainan) menunjukkan peruntukan itu terpakai bukan sahaja kepada penganut agama Islam malahan terpakai kepada penganut agama-agama atau kepercayaan yang lain juga,'' kata beliau.

Kata hakim berkenaan lagi, seksyen tersebut adalah undang-undang yang baik (good law) dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta tidak wajar dibatalkan di bawah Perkara 4(1) perlembagaan itu.

"Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan itu adalah terpakai, sah dan berkuat kuasa secara sejagat tanpa mengira bangsa, keturunan ataupun agama yang dianuti oleh seseorang dan terpakai terhadap pemohon-pemohon ini (Alvin dan Vivian),'' katanya.


Pada 21 Ogos lalu, pasangan itu memfailkan permohonan untuk membatalkan satu daripada tiga pertuduhan yang dihadapi mereka kerana mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan.

Mereka memohon perintah deklarasi bahawa Seksyen 298A Kanun Keseksaan tidak konsisten dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta tidak boleh dikuatkuasakan terhadap mereka, dengan alasan sekiranya pertuduhan itu sah di sisi undang-undang, ia hanya terpakai ke atas orang Islam.

Mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, Alvin dan Vivian didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Syed Restoran, Jalan Dang Wangi di sini pada pukul 10.48 malam, 7 Julai lalu.

Pendakwaan diwakili oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Hafizza Jemali manakala pasangan itu diwakili peguam, Chong Joo Tian.

Sementara itu di luar mahkamah, Alvin yang ditemani Vivian membuat permohonan maaf sekali lagi terhadap perbuatan mereka itu selain rasa kesal terhadap perbuatan tersebut dan tidak berniat untuk menyakiti hati mana-mana pihak.

"Kami ingin memohon maaf sekali lagi dan kami pasti tidak akan melakukan lagi perbuatan itu,'' katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Joo Tian memberitahu akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu dan akan mengemukakan surat representasi kepada Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan berkenaan.

Pasangan penulis blog itu turut menghadapi pertuduhan menerbitkan penerbitan sama yang didakwa menghasut dalam Facebook di 568-14-18, Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini antara pukul 9 malam, 6 Julai dan 2 pagi, 7 Julai lalu.

Selain itu, mereka didakwa mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di laman web www.alviviswingers.tumblr.com pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Perbicaraan terhadap pasangan itu telah ditetapkan pada 5 dan 6 Disember ini di Mahkamah Sesyen di sini di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Tora Malaya

Thursday 21 November 2013

DAP pecat ADUN Pujut kerana tidak bayar sumbangan bulanan?


DAP telah memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut di Sarawak iaitu Fong Pau Teck (gambar), demikian diumumkan oleh Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.

Kok Wai yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada tindakan Fong yang banyak kali mengingkari arahan parti.

"Kegagalan Pau Teck untuk membayar sumbangan bulanan yang mandatori kepada parti dan juga kegagalan menyelesaikan tunggakan hasil kenaikan dalam elaun bagi anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak, merupakan satu tindakan membelakangkan arahan parti," katanya.

Dengan itu, Kok Wai berkata, jawatankuasa itu mendapati Pau Teck adalah contoh tidak baik bagi parti dan tidak boleh dimaafkan dan dengan itu jawatankuasa disiplin sebulat suara memutuskan untuk memecat beliau daripada parti.

Pau Teck diberi 14 hari untuk merayu secara rasmi terhadap keputusan parti itu.

Jika rayuannya ditolak, bilangan wakil DAP di Dewan Undangan Negeri itu akan berkurang daripada 12 kepada 11. DAP juga memenangi enam kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sebelum itu, pada September, ADUN DAP bagi Luyang di Sabah, Hiew King Cheu meninggalkan parti dan meneruskan sebagai wakil bebas kerana tidak sebulu dengan pemimpin-pemimpin lain DAP di negeri itu.

Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, pemecatan Pau Teck perlu dilakukan bagi membuktikan parti itu tegas dalam soal disiplin ahlinya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching berkata, kegagalan Pau Teck membayar sumbangan bulanan kepada parti merupakan perkara serius yang tidak pernah berlaku dalam sejarah DAP.

Dalam pada itu, usaha untuk mendapatkan komen Pau Teck gagal apabila beliau menerusi khidmat pesanan ringkas hanya membalas 'no comment'. - BERNAMA

Tora Malaya..

CEC Hantu?


Seorang pemimpin DAP mahu mengambil tindakan mahkamah terhadap media tertentu berhubung isu berkaitan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Seperti biasa DAP menggunakan mahkamah sebagai senjata untuk menekan media.

Ternyata parti itu tidak menghormati hak dan kebebasan media melaporkan sesuatu atas kepentingan awam. Kerana tidak yakin atau mungkin gagal dalam menggunakan pendekatan memberi penjelasan dalam isu-isu kritikal, DAP memilih saman media sebagai jalan keluar.

Lalu mahkamah negara ini diheret kepada saman fitnah remeh, yang kalau di negara lain, tidak dilayan sama sekali oleh mahkamah.

Kita melihat isu ini lebih kepada budaya pemimpin tertentu DAP yang tidak boleh ditegur. Bukan sahaja ke atas media, kalau ahli parti menegur mereka, juga menjadi mangsa.

Apa pun, menarik nanti jika kes saman berkaitan isu CEC dibawa ke mahkamah. Ramai pemimpin DAP boleh disapina. Ia akan menjadi ‘analisis terbuka’ tentang kemelut pemilihan yang tidak berkesudahan.

Aneh, tindakan saman diambil sedangkan CEC itu sendiri belum sah dan diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) ekoran aduan serius ahli-ahli.

Setakat ini, mereka yang menang CEC masih berstatus penyandang ‘hantu’. Anehnya lagi, dua kali pemilihan CEC, kedua-duanya bermasalah besar.

Selama ini, DAP berdegar-degar tohmah pihak lain tidak cekap dan tidak bersih. Hakikatnya parti itu sendiri kelihatan kotor dan tidak tahu mengurus pemilihan.

Bagai ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumang najis.

Tora Malaya..

Monday 18 November 2013

Rakyat Perlu Bangkit Menentang Dinasti Lim?


1. Kebangkitan DAP Melaka Terhadap Sistem Dinasti Lim

Ketua Pembangkang DAP Melaka, Goh Leng San telah meletak jawatan sebagai Ketua DAP Negeri pada 8 Oktober yang lalu. Tindakan ini telah membuka pekung bahawa bukan setiap pemimpin dalam DAP sehaluan dengan Maharaja Lim. DAP adalah parti anti demokrasi yang paling teruk di Malaysia dan merupakan parti pertama di Malaysia yang melancarkan gag order untuk melarang pemimpin dan ahli mereka bersuara.

Leng San meletak jawatan kerana pemimpin DAP memberi tekanan dalaman kepada beliau hanya kerana memuji kepimpinan Ketua Menteri Melaka yang baharu. Apakah memuji pihak lawan juga merupakan satu dosa besar dalam DAP ? Dalam isu ini Lim Jak Wong iaitu salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri DAP di Melaka turut meletak jawatannya sebagai Ketua Whip Pembangkang negeri Melaka.

2. Kebangkitan DAP Johor Terhadap Sistem Dinasti Lim

Pengerusi DAP dan Timbalan Pengerusi DAP Johor iaitu Dr. Boo Cheng Hau bersama Norman Fernandez yang telah lama berbakti dalam perjuangan DAP di Johor telah mengumumkan hasrat mereka untuk tidak bertanding dalam pemilihan DAP akan datang. DAP merupakan umpama kacang lupakan kulit apabila mereka berkuasa dan dengan sesuka hati membawa masuk Liew Chin Tong daripada Pulau Pinang ke Johor untuk mengurangkan kuasa pemimpin DAP yang sudah lama berjasa di Johor.


Chin Tong hanya berada dalam DAP Johor tidak kurang daripada enam bulan dan sudah ada suara yang hendak beliau menjadi Pengerusi DAP Johor untuk menggantikan seseorang pemimpin DAP Johor yang sudah berdekad-dekad lamanya berkhidmat. Namun begitu, pemimpin DAP Johor, Ong Kow Meng menentang kepimpinan Cheng Hau kerana dikatakan mengamalkan kronisme. Cheng Hau pula tidak gembira dengan kronisme kepimpinan DAP pusat. Sehubungan itu , bukankah keadaan ini hanya membuktikan DAP sebenarnya sebuah parti yang juga banyak isu kronisme yang berleluasa?

3. Kebangkitan DAP Kedah Terhadap Sistem Dinasti Lim

Pengerusi DAP Kedah iaitu Lee Guan Aik telah membangkitkan ketidakpuasan beliau terhadap kepimpinan Guan Eng dalam DAP apabila dikatakan menggunakan kuasa autokratik dan diktatornya untuk melantik Christopher Zairil menjadi pengerusi DAP negeri. DAP merupakan parti demokrasi yang paling diktator di dunia ini apabila menolak Guan Aik, pengerusi DAP Kedah yang menang melalui pemilihan negeri manakala Zairil dipilih hanya berdasarkan atas faktor lantikan CEC DAP.

Sistem demokrasi DAP adalah berbeza dengan MCA iaitu dalam MCA pemimpin negeri sememangnya tertakluk dengan perlembagaan parti dan atas bidang kuasa Presiden Parti untuk melantik kepimpinan negeri. DAP pula berdasarkan kepada pemilihan negeri dan CEC DAP sendiri sanggup membelakangkan perlembagaan dan demokrasi parti dalam isu lantikan Zairil selaku Pengerusi DAP Kedah. Sebenarnya keseluruhan CEC DAP hanya dihadapkan kepada lembaga disiplin DAP apabila mereka jelas menentang perlembagaan dan demokrasi parti mereka.

Oleh itu, perjuangan Buku Jingga dan dasar DAP bersama Pakatan Rakyat yang mengatakan mereka akan menghormati dan menjunjung Perlembagaan negara harus dipertikaikan. Ini kerana perlembagaan parti sendiri pun tidak mampu dijunjung apatah lagi Perlembagaan negara sekiranya mereka menang ?

4. Kebangkitan DAP Sabah Terhadap Sistem Dinasti Lim

Penasihat DAP Sabah iaitu Dr. Hiew King Cheu telah meletak jawatannya dan keluar daripada parti DAP. Hanya kerana pilihan Ketua Pembangkang parti DAP adalah Datuk Wilfred Bumburing manakala Dr. Hiew King Cheu secara peribadi menyokong Datuk Lajim Ukin sebagai Ketua Pembangkang Sabah.


Bagaimanapun pemimpin DAP mahu menghadapkan King Cheu dalam lembaga disiplin DAP. Parti politik demokratik mana di dunia ini yang akan melaksanakan tindakan disiplin dalaman terhadap pemimpin mereka hanya kerana pemimpin tersebut menyokong calon ketua pembangkang yang berbeza?.

Apakah maksud demokrasi sekiranya pemimpin DAP sendiri tidak diberi pilihan dan demokrasi mereka untuk menyokong mana-mana calon yang mereka suka?

5. Kebangkitan DAP Selangor Terhadap Dinasti Lim

Jenice Lee pada pemilihan sebelum ini dan sebelum beliau dipecat merupakan pemimpin DAP negeri Selangor yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan DAP Selangor. Namun begitu kebangkitan Jenice Lee di Selangor dipercayai akan mengancam kuasa pemimpin tertentu di negeri tersebut dan telah dipecat serta tidak diletak sebagai calon DAP dalam pemilihan parti yang terbaharu.

Di manakah logik dan rasional sekiranya seorang pemimpin DAP negeri yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan negeri parti tidak diletak sebagai calon dalam pilihan raya dan akhirnya dipecat? Menurut Jenice Lee, keseluruhan DAP dikuasai oleh Kit Siang bersama anaknya iaitu Guan Eng selain Karpal Singh dan Tan Kok Wai.

Keseluruhan parti DAP dikuasai dan diketuai oleh empat pemimpin. Oleh itu, Jenice Lee kini mengambil tindakan mendakwa Timbalan Pengerusi DAP, Kok Wai yang dikatakan telah memfitnah beliau.

Tora Malaya..

Sunday 17 November 2013

Pemilihan semula CEC: ROS siasat DAP?


Pendaftar Pertubuhan (ROS) sedang menjalankan siasatan terhadap DAP berhubung pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang diadakan dalam Kongres Khas parti itu pada 29 September lalu.

Ketua Pengarah ROS, Mohammad Razin Abdullah berkata, siasatan tersebut dibuat setelah menerima laporan DAP tentang pemilihan semula CEC yang diadakan dalam Kongres Khas berkenaan.

"Siasatan sedang dijalankan ekoran beberapa aduan yang diterima ROS daripada ahli parti itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Seminar Kebangsaan Tentang Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2013, di sini hari ini.

Sebelum ini, Ahli Seumur Hidup DAP Cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Sepang, Goh Swee Huat menghantar surat aduan kepada ROS supaya menyiasat pemilihan CEC baharu DAP kerana dipercayai tidak mengikut perlembagaan parti.

Swee Huat berkata, aduan tersebut dibuat selepas ramai ahli DAP tidak berpuas hati dengan CEC baharu kerana pemilihan semula hanya boleh diadakan dalam Kongres Kebangsaan parti, bukan Kongres Khas.

Pemilihan semula CEC dibuat setelah pemilihan CEC tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi dalam pemilihan tersebut.

Dalam perkembangan lain, Mohammad Razin berkata, ROS tidak pernah meluluskan pertubuhan Syiah dan mana-mana pertubuhan menjalankan aktiviti fahaman tersebut dikira sebagai pertubuhan haram.

Jelasnya, setakat ini tiada lagi organisasi didapati menjalankan kegiatan itu.

Tora Malaya...

Friday 15 November 2013

Jenice Lee saman Kok Wai?


Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Teratai, Jenice Lee Ying Ha menyaman Timbalan Presiden DAP, Tan Kok Wai kerana memfitnahnya berhubung dakwaan salah laku, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Fail saman

Ying Ha memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, semalam, melalui Tetuan Michael Wong Chamber, dengan menamakan Kok Wai yang juga Pengerusi Jawatan Kuasa Disiplin DAP sebagai defendan.


Dalam pernyataan tuntutannya, Jenice berkata, pada 23 April lalu iaitu pada hari ketiga kempen bagi Pilihan Raya Umum Ke-13, Kok Wai mengadakan sidang akhbar di pasar pagi, Taman Muda, Ampang dan mengedarkan kepada media salinan keputusan serta penemuan Jawatankuasa Disiplin DAP mengenai dakwaan salah laku olehnya.

Plaintif berkata, keputusan dan penemuan itu adalah salinan tidak rasmi kerana dokumen itu tidak dicetak menggunakan kepala surat rasmi DAP dan tidak ditandatangani oleh defendan.

Pengaruhi pengundi

Jenice berkata, sidang akhbar itu kemudian disiarkan di lima akhbar Cina tempatan yang menyebabkan kepercayaan dan keyakinan pengundi terhadapnya terjejas.

Katanya, kenyataan Kok Wai juga menjejaskan peluangnya untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya itu.
Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan daripada defendan.

Tora Malaya..

Wednesday 13 November 2013

Ahli DAP negeri perlu berani 'tegur' Guan Eng?


Pengerusi DAP di setiap negeri diminta lebih berani untuk 'menegur' Setiausaha Agung, Lim Guan Eng demi hak mereka dan kelangsungan parti berkenaan.

Ketua DAP Cawangan Bagan Luar, G. Asoghan berkata, mereka perlu bertegas dan memaksa Guan Eng mengemukakan laporan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) kepada Pertubuhan Pendaftar (ROS) secepat mungkin.

Menurutnya, perkara berkenaan penting dan harus dilakukan segera kerana ia melibatkan peruntukan undang-undang seterusnya akan menentukan nasib dan hala tuju parti itu.

"Ahli CEC yang baharu dipilih semula perlu dinilai oleh ROS untuk diiktiraf sebagai sebuah badan yang sah.

"Guan Eng perlu tahu, ini merupakan kehendak ahli peringkat akar umbi yang risau dengan nasib parti selepas berlaku pelbagai masalah.

"Di bawah Akta Pertubuhan 1966, ROS boleh mengarahkan sesebuah parti politik untuk mengadakan pemilihan semula jika mendapati parti melakukan pemilihan secara haram," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Asoghan memberitahu, tindakan berdiam diri Guan Eng dalam hal berkenaan telah menimbulkan persoalan sama ada Ketua Menteri itu cuba menyembunyikan sesuatu.

"Sudah hampir dua bulan pemilihan semula CEC berlalu dan tiada perkembangan baharu. Kenapa Guan Eng takut hendak mengemukakan laporan kepada ROS?" soalnya.

Dalam pada itu, Asoghan turut mempertikaikan tindakan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti, Tan Kok Wai yang menghantar notis pemecatannya kali kedua daripada parti berkenaan.

"Tindakan Kok Wai menunjukkan beliau tidak menghormati mahkamah kerana kes ini masih berlangsung," tegasnya.

"Bagaimana mereka boleh membuat keputusan untuk menghukum saya sekarang dan mendahului keputusan mahkamah?" soalnya lagi.

Tora Malaya..

Tuesday 12 November 2013

Kenapa Guan Eng kebal?


GEORGETOWN – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disoal berhubung kekebalan atau imuniti yang dimiliki Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang terus berkeras dengan pendirian parti itu berhubung isu kalimah ALLAH.

Penyelaras Jaringan Muslim Pulau Pinang (JMPP), Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, polis dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan didesak selepas ini sekiranya tidak mengambil tindakan terhadap individu yang ingkar dengan perintah mahkamah.

“Sebelum ini ada pemimpin yang menyebut mahu membakar kitab Bible dan beliau diminta untuk memberi keterangan di Bukit Aman, tetapi kenapa Guan Eng yang sering berdegil untuk menggunakan kalimah suci ALLAH tidak dipanggil?

“Apa imuniti yang dia (Guan Eng) ada? Kenapa dia begitu kebal dalam isu ini sedangkan isu ini sangat sensitif. Dia berani mempersendakan kalimah suci ALLAH dan dengan bangga mengatakan pendirian partinya sedangkan mahkamah dah buat keputusan,” katanya kepada media selepas demonstrasi di Masjid Simpang Enam, baru-baru ini.

Pihaknya juga memberi amaran kepada Guan Eng dan DAP supaya tidak terus berdegil dengan pendirian mereka itu sekiranya tidak mahu negeri ini dalam keadaan kritikal.


Terdahulu, kira-kira 50 badan bukan kerajaan (NGO) Islam Pulau Pinang mengadakan demonstrasi secara aman di Masjid Simpang Enam dan berarak ke Komtar untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kenyataan Guan Eng sebelum ini.

Demonstrasi melibatkan Perkasa, Persatuan Anak Jati Malaysia (Pajim), Persatuan Muka Buku dan Gerakan Pelajar Semenanjung (GPMS) itu, sedikit kecoh apabila dihalang anggota polis ketika menyerbu ke tingkat 3 Komtar.

Walaupun dihalang polis, mereka terus bergegas ke tingkat 3, Komtar dan menyerbu masuk ke pekarangan pejabat serta menghala ke arah lif bangunan itu.Bagaimanapun dengan usaha polis, mereka akur dengan arahan dan beredar.

Mohamed Hafiz berkata, pihaknya menyokong usaha polis dalam menjalankan tugas namun kecewa apabila Guan Eng langsung tidak diambil tindakan walaupun banyak laporan ke atasnya dibuat.

Sebelum ini, Guan Eng menyatakan pendirian DAP yang bertegas menggunakan kalimah ALLAH yang mana parti itu tetap mempertahankan dan tidak akan berganjak daripada pendirian mereka.

Guan Eng berkata, walaupun Mahkamah Rayuan memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan akhbar mingguannya The Herald, DAP tetap dengan pendirian seperti sebelum ini dan pendirian itu jelas.

Tora Malaya..

Monday 11 November 2013

NGO minta MPKj bersikap adil?

Mohd. Ridzuan Abdullah (depan, tiga dari kiri) bersama wakil-wakil NGO dan peniaga Melayu di Kajang mengadakan bantahan terhadap tindakan MPKj di kawasan gerai yang didakwa menyalahi peraturan di Kajang, Selangor kelmarin. 

KAJANG - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) meminta Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bersikap adil terhadap peniaga di kawasan pentadbirannya dan tidak memilih bulu dalam mengambil tindakan.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, tindakan pihak berkuasa tempatan itu (PBT) yang didakwanya dilihat hanya diambil terhadap peniaga Melayu tidak boleh dibiar berterusan.

Menurutnya, operasi pihak berkuasa tempatan itu banyak menyasarkan gerai peniaga Melayu kebelakangan ini, namun peniaga kaum lain dan warga asing dilihat bebas untuk meraih untung tanpa gangguan.

"Hari ini kami meninjau gerai buah-buahan di Jalan Wan Siew, Taman Sepakat Indah yang dipercayai ada antaranya beroperasi tanpa permit yang sah dan melakukan sambungan haram termasuk memasang kanopi, membina tandas dan meletakkan peti ais.

"Sekiranya MPKj tegas merobohkan struktur tambahan terhadap kios peniaga Melayu yang jarak kurang lima kilometer dari sini, mengapa gerai peniaga kaum lain di sini dibiarkan.

"Sedangkan secara terang-terangan mereka melakukan kesalahan yang serupa di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 seperti dinyatakan MPKj," katanya kepada pemberita semalam.

Antara wakil NGO lain yang hadir adalah Persatuan Penjaja dan Peniaga Negeri Selangor (PPPNS) Cawangan Kajang, Pertubuhan Pengusaha Kios Melayu Daerah Hulu Langat (PPKMHL), Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM).

Pada akhir bulan lalu, MPKj merobohkan struktur tambahan membabitkan 13 kios peniaga Melayu di Taman Mesra, malah beberapa tindakan sama turut diambil membabitkan peniaga di Taman Sepakat Indah pada 23 Oktober dan Sungai Jelok, sebelum Ramadan lalu.

Tambah Mohd. Ridzuan, pihaknya juga telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu bagi membolehkan siasatan dibuat sekiranya terdapat unsur-unsur tidak sihat berlaku.

"Malah, kami juga akan membuat tangkapan awam membabitkan peniaga warga asing sekiranya pihak berkaitan tidak bertindak mengatasi masalah itu dengan segera," katanya.

Terdahulu, beliau mengetuai wakil NGO tersebut mengadakan bantahan secara aman di hadapan gerai buah-buahan itu sambil membawa beberapa sepanduk yang mempersoalkan tindakan MPKj.

Tora Malaya..

DAP Johor minta Lim Guan Eng diganti?


Pengerusi DAP Negeri, Johor Dr Boo Cheng Hau mahu anggota Parlimen Kluang, Liew Chin Tong menggantikan Lim Guan Eng sebagai setiausaha agung parti itu pada penggal depan.

Menurutnya, Liew yang juga merupakan strategis DAP amat sesuai untuk menggantikan Ketua Menteri Pulau Pinang itu berikutan undi tertinggi yang diterimanya pada pemilihan Jawatankuasa Pusat parti itu baru-baru ini.

Guan Eng kata beliau, perlu mengundur diri pada 2017 apabila penggalnya tamat dan digantikan dengan Liew yang baru sahaja berusia 35 tahun.

"Beliau (Liew) amat dihormati oleh anggota parti berikutan prestasi DAP di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13. Dia juga sentiasa bekerja keras untuk parti, apatah lagi DAP kini perlu mengenalpasti pemimpin-pemimpin muda untuk diketengahkan," katanya selepas melawat Taman Melawati di sini.


Liew yang mengepalai serangan DAP terhadap kubu kuat BN di Johor berjaya memperolehi undi tertinggi di dalam pemilihan CEC dengan 1,438 undi, hanya dua undi mengatasi Penasihat DAP Lim Kit Siang yang juga anggota parlimen Gelang Patah.

Pada pemilihan CEC tahun lepas sebelum ia dibatalkan, Liew hanya menduduki tangga ke-15 dengan Guan Eng dan Kit Siang menduduki dua tempat teratas.

Pemilihan semalam melihatkan Kit Siang di tangga kedua, Guan Eng di tangga kelima, manakala Dr Boo yang diketahui tidak mempunyai hubungan yang baik dengan kedua-dua beranak itu menduduki tempat ke-18 dengan 961 undi.

Dr Boo yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai juga mahukan pindaan dilakukan terhadap pemilihan parti.

Banyak masa dan tenaga telah terbuang oleh DAP berikutan perselisihan fahamnya dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tentang pemilihan CEC yang lepas, katanya.

"Pemimpin-pemimpin parti perlu lebih telus terutamanya berkenaan pemilihan parti untuk mengelak masalah dan serangan-serangan politik yang datang daripada ahli-ahli parti. Perkara ini juga perlu diterapkan oleh kesemua parti yang bernaung di bawah pakatan rakyat, di mana pemimpinnya perlu menjauhkan diri daripada amalan pilih kasih dan kronisme," kata Dr Boo.

Tora Malaya..

Sunday 10 November 2013

DAP Parti songlap 30 Persen?


Pengarah Syarikat Banner King, Chan Boon Tong mendakwa DAP telah meminta komisen sebanyak 30 persen daripada syarikatnya untuk membuat sepanduk kempen pilihanraya umum pada tahun 2008.

Menurutnya, wakil DAP yang berunding dengannya telah meminta komisen dinaikkan sebanyak 30% untuk mendapatkan kontrak tersebut.

“Saya menolak tawaran tersebut dan ekoran itu, syarikat saya dimalukan oleh mereka beberapa kali,” kata Chan dalam satu kenyataan media.

Chan yang mendapat kontrak Majlis Perbandaran Pulau Pinang turut mendakwa bahawa peluang perniagaan pengiklanan semakin berkurangan kerana peluang pengiklanan itu telah dimonopoli oleh pihak tertentu dari DAP.

“Sebagaimana anda tahu, sekarang ini syarikat pengiklanan baru di bawah kontrol DAP dan mereka mengambil perniagaan kecil seperti syarikat saya.

“Seluruh pekerja syarikat dan saya adalah penyokong dan pengundi DAP semasa Pilihanraya Umum kerana kami yakin dan percaya kepada DAP,”katanya.


Setiausaha DAP Pulau Pinang Ng Wei Aik dilaporkan FMT hari ini menafikan dakwaan Chan itu dan turut menuduh syarikat tersebut tiada kaitan dengan DAP sebaliknya mempunyai hubungan rapat dengan Barisan Nasional (BN).

Selain itu, Ng menjelaskan sepanduk – sepanduk buatan Banner King terpaksa diturunkan oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai kerana dinaikkan tanpa permit.

“Banner King hanya memohon permit-permit pada 4 November 2013 lebih kurang jam 11.30 pagi bagi sepanduk-sepanduk yang mempromosikan aktiviti yang akan dianjurkan pada 6 November 2013.

“Mengapa permit-permit tersebut perlu dipohon pada saat-saat akhir dan bukannya pada 1 November 2013 atau lebih awal daripadanya?” katanya.

Ng menambah bahawa pihak MPPP telah menyenaraihitamkan syarikat Banner King kerana banyak kali memasang sepanduk tanpa permit.

Tora Malaya..

Friday 8 November 2013

Penghinaan yang tiada penghujung?


Sejak dahulu memang wujud dalam kalangan warga Malaysia yang membenci bangsa atau agama lain tetapi bilangannya kecil dan mereka tidak berani meluahkan isi hati kepada umum kerana 'takut' kepada pihak berkuasa.

Namun, sejak kebelakangan ini situasi seolah-olah sudah di luar kawalan apabila semakin ramai berani meluah rasa di dalam media sosial menghina dan mengutuk bangsa mahupun agama orang lain tanpa sebab yang jelas.

Paling nyata menjadi mangsa penghinaan dalam media-media sosial kini adalah institusi Melayu dan agama Islam, terbaru melibatkan dua anak muda berbangsa Cina, seorang India serta seorang Melayu yang menghina agama Islam.

Sudah tentu perbuatan dangkal mereka ini tidak mewakili sentimen keseluruhan bangsa ataupun penganut agama mereka tetapi kesannya amat besar dan boleh membawa kepada tindak balas drastik daripada orang Melayu dan Islam khususnya golongan muda berdarah panas.


Persoalan utama di sini, apakah punca yang menyebabkan anak-anak muda ini begitu membenci bangsa Melayu mahupun agama Islam? Mungkin politik kebencian yang dipupuk sesetengah pihak telah melimpah ke dalam sistem sosioekonomi masyarakat setempat, umpama retak menanti belah sahaja.

Walaupun pemimpin bukan Melayu dan bukan Islam gagal atau tidak mahu menegur anak bangsa atau penganut sendiri yang menghina Melayu dan Islam, sekurang-kurangnya tetap lantang demi maruah masyarakat sendiri. Kenapa pula suara pemimpin Melayu Islam begitu lemah bila agama dan bangsa sendiri dihina?

Pemantauan media sosial gagal kerana hanya menunggu laporan baru mahu menyiasat, polis pula hanya boleh bertindak jika ada yang membuat laporan, proses perundangan juga boleh dilengah-lengahkan, maka apa lagi pilihan yang ada bagi masyarakat Melayu dan Islam negara ini mempertahankan bangsa dan agama mereka?

Felo Penyelidik Utama Institut Alam & Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Teo Kok Seng bersetuju dengan pandangan masalah tersebut berpunca daripada kebencian dan permusuhan politik yang nyata selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).


"Tak dapat disangkal permusuhan politik telah menyerap ke bidang-bidang lain (sosioekonomi) di samping perasaan tidak puas hati di kalangan bukan Melayu.

"Rasa tidak puas hati terutama orang Cina kepada kerajaan 'Melayu', mereka lihat ada diskriminasi dan wujud ketidakadilan sosial walaupun selepas gagasan 1Malaysia diperkenalkan, mereka tetap perlekeh sebab masih nampak pengagihan kekayaan tidak adil," katanya.

Menurut beliau, persepsi 'zero sum game' iaitu melihat kelebihan pada kelompok lain sebagai satu kerugian untuk kelompok sendiri turut menyumbang kepada kebencian terhadap orang Melayu dan Islam.

Jelasnya lagi, persepsi itu menyebabkan bukan Melayu khususnya orang Cina melihat agenda ekonomi bumiputera merugikan mereka malahan usaha menambah masa pendidikan bahasa Melayu di sekolah vernakular dilihat merugikan bahasa Mandarin dan dikhuatiri membawa kepada penutupan sekolah tersebut.

"Ini berkaitan dengan pemimpin bukan Melayu khususnya pemimpin Cina yang boleh dikatakan tidak pernah mahu jelaskan kepada ahli komuniti mereka perkara seperti agenda ekonomi bumiputera itu demi kebaikan semua. Mereka takut kerjaya politik hancur sebab 'bersekutu' dengan orang Melayu.


"Saya sendiri yang pertahan bahasa Melayu pun dikatakan pengkhianat. Pemimpin mereka hanya buat kenyataan umum atau samar-samar sahaja, termasuk dalam kes penghinaan Melayu dan Islam kerana takut 'membunuh' kerjaya politik sendiri," ujarnya.

Beliau juga berasa sedih melihat ada pemimpin dalam MCA menyelar agenda negara sedangkan DAP pun tidak melenting begitu, semata-mata mahu dilihat berani melawan orang Melayu demi nyawa politik dan sokongan bangsa sendiri.

Beliau khuatir jika pemimpin komuniti bukan Melayu dan bukan Islam terus berdiam diri, kejadian menghina orang Melayu dan Islam di media sosial akan meletup seperti masa peristiwa hitam pada 13 Mei 1969.

"Pemimpin bukan Melayu khususnya yang dalam politik perlu lebih bertanggungjawab, perlu lebih berani tegur perbuatan yang pastinya merugikan bangsa sendiri sahaja. Kalau berlaku rusuhan semua rugi tetapi yang paling parah pastinya bangsa mereka sendiri, bukan orang Melayu.

"Saya yakin mereka pun tahu kesannya jika berlaku rusuhan. Sekarang bukan lagi masa untuk cakap tentang hal kekayaan, untung, duit dan ekonomi sahaja, kena juga cakap tentang isu nasional, jati diri dan sayangkan negara sendiri," tegasnya.

Mungkin menyamar menggunakan nama orang Melayu dan akaun palsu FB?

Pensyarah Undang-Undang dan Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abd. Aziz juga memahami kekecewaan orang Melayu dan Islam berikutan kelemahan penguatkuasaan dalam isu menghina bangsa dan agama dalam media sosial.

"Betul kalau kita katakan seolah-olah ada kekecewaan besar dan serius di kalangan masyarakat Melayu dan Islam berkaitan isu ini. Kita perlu beri pandangan baharu dalam keadaan begini, tidak boleh harapkan pendakwaraya sahaja.

"Mungkin jika boleh kita bangunkan perundangan yang berkembang luas di negara luar, Litigasi Kepentingan Awam yang memberi locus standi (hak) untuk individu atau kumpulan menuduh, contohnya terhadap pihak yang mencerca Melayu dan institusi Islam," jelasnya.

Beliau memaklumkan sistem tersebut tidak begitu berkembang di negara ini dengan kes difailkan individu tidak begitu diberi perhatian kerana kawalan pertuduhan di pihak Peguam Negara.

Tambahnya, Pejabat Peguam Negara bagaimanapun boleh melantik orang luar atas kehendak sendiri atau atas permohonan seperti dalam pelantikan Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah dalam rayuan pendakwa raya untuk kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebahagian ahli Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) menunjukkan laporan polis serta bukti yang diambil dari laman sosial Facebook berhubung isu penghinaan nama Allah dan Nabi Muhammad di laman sosial itu selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pemilik akaun itu didakwa memaparkan gambar babi panggang dengan tertera nama Allah dan Nabi Muhammad serta logo halal Jakim pada 3 September lepas.

"Untuk kes penghinaan orang Melayu dan Islam juga boleh lantik sesiapa yang layak untuk buat pertuduhan, atau satu cara lagi Litigasi Kepentingan Awam, membenarkan seseorang menjadi peguam menjaga kepentingan satu-satu kelompok contohnya benarkan orang Islam buat pertuduhan sendiri orang yang hina agamanya.

"Dengan itu, kumpulan atau NGO Islam tidak perlu tunggu Pejabat Peguam Negara atau polis lakukan siasatan. Mereka sendiri cari bukti dan bawa ke mahkamah," ujarnya.

Shamrahayu bagaimanapun memaklumkan belum ada kes pendakwaan sedemikian di Malaysia dan saranan perlu dibuat dahulu agar Pejabat Peguam Negara memberi kebenaran orang Melayu atau Islam mendakwa sendiri pihak terbabit.

Beliau melihat jika dapat dilaksanakan, ramai peguam yang berkemampuan dalam NGO Islam mampu melakukan pendakwaan di bawah seliaan Pejabat Peguam Negara.

"Undang-undang kita tiada kekurangan, penguatkuasaan sahaja. Pihak Pejabat Peguam Negara perlu lebih proaktif, sudah terlalu banyak kes penghinaan dan hasutan begini, perlu ada pendakwaan.

"Kita ambil mekanisme holistik. Toleransi, dialog dan pendidikan perlu untuk pencegahan masa hadapan tetapi untuk kes yang sudah berlaku, masalah berlaku sekarang ini, perlu ada pendakwaan. Semuanya perlu bergerak selari untuk mencegah dan menangani," tegasnya.

Tora Malaya..