Sunday 23 February 2014

Laman penyokong RBA ditutup?


Laman utama Facebook Red Bean Army(RBA) iaitu We Fully Support PKR-DAP, telah dimansuhkan oleh Facebook. Adakah rakyat Malaysia masih ingat bagaimana parti pembangkang menggunakan khidmat cybertroopers mereka iaitu RBA dalam fitnah terhadap banyak rakyat Malaysia yang tidak berdosa?

Cara operasi sedemikian adalah sama ketika era Mao Zedong yang menggunakan khidmat Red Guard untuk melakukan segala kekejaman terhadap sesiapa yang menentang ideologi dan perjuangan beliau.

Generasi muda hari ini mungkin tidak lagi menikmati perpaduan dan keharmonian antara kaum seperti suatu ketika dahulu. Segala-galanya telah berubah berikutan kemunculan RBA demi mencapai kepentingan politik mereka dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk memainkan isu-isu perkauman.

Cara operasi RBA juga sama dengan ketua umum mereka iaitu di hadapan masyarakat kelompok berbeza mereka akan memainkan isu yang berbeza.

Baru-baru ini pada 16 Februari lepas, Anwar Ibrahim menyerang UMNO dalam isu Kalimah Allah di Gereja Holy Family di Kajang. Namun begitu, pada keesokan harinya di hadapan masyarakat Melayu di kediaman ADUN Penanti, Anwar Ibrahim mengumunkan beliau hendak mengembangkan Islam di Kajang. Adakah penganut Kristian dan Islam di negara ini perlu percaya kepada Anwar lagi?

Walaupun laman utama RBA telah dimansuhkan, namun ahli-ahli mereka masih berleluasa dan mutakhir ini anggota RBA semakin bertambah. Pihak BN pula masih lagi kekurangan bakat, strategi dan tentera siber yang mampu untuk berhadapan dengan RBA. Lambakan ahli, blogger dan laman tentera siber BN tanpa ‘jeneral’ dan strategis berbakat mengetuai mereka, menyukarkan usaha memenangkan BN dalam perang dunia siber.

Natijahnya, dalam agama Buddha dan Hindu mereka mempercayai hukum Karma, iaitu balasan setimpal dengan perbuatan seseorang individu atau entiti. Dalam agama Kristian pula mereka mempercayai Reap What You Sow iaitu kita akan mendapat hasil daripada tanaman yang diusahakan. Dalam isu ini RBA senantiasa menanam racun tetapi akhirnya ia memakan diri mereka sendiri.

Dalam peribahasa Melayu pula kita diingatkan tentang - ‘buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali’. Segala kejahatan dan kekejaman mereka telah mendapat balasan akhirnya.

Namun begitu, laman mereka yang terbaharu iaitu https://www.facebook.com/wfsu123 perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa sebelum racun mereka yang merosakkan tersebar lebih luas .

Dalam pada itu, isu yang berkaitan dengan kedaulatan, keselamatan dan imej negara turut senantiasa diancam oleh RBA. Isu ‘Bangla’ dan blackout palsu disebar dengan meluas sehingga menghantar petisyen kepada White House untuk campur tangan dalam urusan negara kita. Isu pahlawan negara yang mempertahankan negara di Lahad Datu dijadikan sebagai mangsa jenaka ‘mati katak’ oleh mereka.

Sekiranya perjuangan sekejam RBA dan parti pembangkang masih dibenarkan tanpa sebarang kawalan dan pengajaran maka akhirnya rakyat sengsara dan negara tergadai. RBA seharusnya menjadi musuh negara kerana mereka merupakan satu entiti yang paling beracun, kejam, jahat dan tidak berperikemanusiaan di negara ini.

Tora Malaya..

Tuesday 18 February 2014

Pemuda UMNO pertikai tindakan Tony Pua?


Pergerakan Pemuda UMNO Kedah membidas tindakan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan melarang umat Islam menyambut Hari Kekasih.

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, perbuatan Tony yang bersifat provokatif itu perlu dikecam dan diambil tindakan tegas agar kejadian sama tidak berulang.

"Akhir-akhir ini, ramai pemimpin pembangkang cuba mencetuskan huru-hara dengan membuat kenyataan yang menyentuh sensitiviti umat Islam sedangkan kita lihat jarang pemimpin kerajaan berbuat demikian.

"Ini kerana, kita tidak mahu mencetuskan ketegangan, justeru, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas ke atas Tony demi kestabilan dan keharmonian semua kaum," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Melalui laman sosial Facebook miliknya, Tony baru-baru ini memuat naik satu kenyataan ketika berada di London bersama isterinya.

Kenyataan itu didakwa menyentuh larangan pihak berkuasa agama Islam di negara ini yang mengisytiharkan sambutan Hari Kekasih sebagai haram.


Sehubungan itu, Shaiful Hazizy mendesak kerajaan agar memandang serius perkara tersebut dengan menguatkuasakan satu undang-undang khas bagi membendung sebarang kenyataan yang berbaur hasutan dan tidak menghormati budaya ataupun agama lain.

Ujarnya, ini bagi mengelakkan sebarang kenyataan balas pihak-pihak tertentu yang lebih ekstrem kerana dibimbangi mampu mencetuskan konflik antara satu sama lain.

"Sudah banyak laporan polis, bantahan, soal siasat, dan demonstrasi telah dibuat terhadap isu seperti ini, kita amat bimbang situasi begini akan mencetuskan kejadian-kejadian yang lebih buruk," jelasnya.

Beliau turut mengingatkan Tony bahawa rakyat di negara ini terikat dengan Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan namun rakyat yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan kepercayaan, bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing.

Bagaimanapun katanya, menjadi kewajipan setiap rakyat menghormati agama Islam termasuklah berhubung isu sambutan Hari Kekasih yang diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai haram diraikan.

Tora Malaya..

Sunday 16 February 2014

Kelantangan andartu Teresa jatuhkan imej DAP?


Kelantangan dan kedegilan andartu Teresa Kok yang sehingga kini masih enggan memohon maaf serta mengaku bersalah atas penerbitan video kontroversi Tahun Baharu Cina baru-baru ini sebenarnya menjatuhkan imej parti DAP.

Presiden Sensible and Ethical Malaysians United Troopers (SEMUT), Datuk Huan Cheng Guan berkata, sikap Teresa tersebut menjelaskan lagi bahawa perjuangan hakiki parti cauvinis Cina itu kini bersifat perkauman dan mempromosikan prasangka terhadap integrasi kaum.

"Teresa merupakan ahli DAP yang sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan kuasa dan sokongan rakyat tanpa memikirkan isu sensitiviti antara kaum.

"Hal ini bukan sahaja memalukan anggota DAP lain yang lebih 50 peratusnya adalah orang Cina, malah seluruh masyarakat Tionghua di seluruh negara," katanya di sini hari ini.

Cheng Guan berkata, kedegilan yang ditunjukkan Teresa itu juga mencerminkan dirinya seorang yang tidak bertamadun.

"Jika dia (Teresa) seorang manusia yang bertamadun, dia tidak akan menghasilkan video tersebut dan sekiranya sudah buat salah, cepat-cepat minta maaf.

"Tunjukkan diri anda sebagai Ahli Parlimen, bukannya pelakon komedi yang terdesak untuk mencari publisiti," ujarnya.

Ahli Parlimen Seputeh itu terus didesak memohon maaf ekoran penerbitan video 'ONEderful Malaysia CNY 2014' di laman sosial Youtube yang menyindir pemimpin negara termasuk isu keselamatan di Sabah, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung, Persatuan Cina Muslim (Macma), Ann Wan Seng berkata, sebagai pemimpin, Teresa seharusnya mempromosikan isu membentuk perpaduan dan kesejahteraan, bukan mewujudkan provokasi melalui kenyataan tidak berasas untuk kepentingan politik.

"Gambaran beliau tentang keadaan negara melalui video itu perlu diperbetulkan kerana ia tidak sedikitpun mencerminkan keadaan sebenar yang pada hakikatnya, negara kita aman damai.

"Disebabkan itu, imej negara sekelip mata telah tercemar ekoran kesilapan fakta yang ditonjolkan dalam video itu. Video itu boleh disaksikan seluruh masyarakat dunia kerana ia ditayangkan secara terbuka di laman Youtube," katanya.

Mengulas isu sama, Presiden, Pertubuhan Hak Belia, Sheen Yee Aun berkata, tindakan Teresa adalah tidak adil kepada masyarakat negara ini khususnya kaum Cina.

"Pendapat saya, Teresa seolah-olah tidak menghormati kaum Cina kerana cuba mewujudkan sentimen kebencian dalam kalangan masyarakat ketika kaum Cina sedang menyambut Tahun Baharu Cina," katanya.

Tambahnya, jika negara dipimpin oleh pemimpin yang berkepentingan politik seperti Teresa, tidak mustahil negara akan menjadi mundur pada masa akan datang.

Tora Malaya..

Saturday 15 February 2014

DAP Insider : Projek RM 1 Bilion Dilulus Guna Nama Teresa Kok?


DAP Insider mendedahkan hanya dengan menggunakan nama Teresa Kok, projek 1 billion diluluskan oleh Yayasan Selangor kepada syarikat Goldsino Investment Development Limited yang berpangkalan di Zhuhai China.

Perkara ini dibangkitkan oleh wakil Goldsino Investment Development Limited dalam mesyuarat bersama dengan Yayasan Selangor pada 14 Disember 2011, di mana ketika itu Teresa Kok adalah Exco Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Kerajaan Negeri Selangor.

“Goldsino memulakan membentangkan kertas kerja mereka berkenaan Projek Loji Kuasa Solar Photovaltaic. Goldsino berulang kali menyebut bahawa mereka mengenali Teresa Kok,” dedah DAP Insider.

Artikel terbaru DAP Insider itu mendedahkan kronologi menyuarat Goldsino -Yayasan Selangor yang hanya mengambil masa 14 hari untuk projek itu diluluskan pada 28 Disember 2011.

“Mereka membuat keputusan itu terlalu cepat dan tidak menjalankan pemeriksaan yang menyeluruh terhadap latar belakang pelabur asing itu dengan Bank Negara,” dedahnya lagi.

Untuk pendedahan seterusnya sila baca di sini.

Tora Malaya..

Monday 10 February 2014

Cubaan DAPig menghasut dan sabotaj CNY di Taiping?


Kandungan Risalah yang diedarkan semasa Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Taiping,
Barisan Nasional/UMNO tidak tahu menjaga hak kebebasan beragama, Masalah bahasa dan Sekolah Rendah Cina masih tidak diselesaikan sampai hari ini. Sudah tiba masanya untuk memilih sebuah kerajaan yang tdk mengotai janji. Kita mesti terus berusaha untuk berjuang ke depan.Ekonomi milik kita, tahun baharu akan bermula,
Biarlah kita menyiapkan diri untuk sedia belayar menuju ke depan,Bersama-sama berjuang untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang boleh menjamin masa depan yang cemerlang! Orang Melayu dalam Pakatan Rakyat senang dibeli.Untuk menang, kami tidak akan mengalah.
Masa depan yang cerah menuggu kita untuk diperjuangkan.
Kepada semua diucapkan semoga berjaya, impian menjadi kenyataan, semua tugasan akan berjaya!Gong Xi Fa Cai!

Risalah seperti ini dijumpai bertaburan di atas jalan berhampiran dengan kawasa sambutan dan beberapa orang ahli Dap didapati berpakaian biasa cumanya pada mereka tak kelihatan pun memegang risalah atau mengedarkan kepada orang ramai, kemungkinan mereka ingin melihat berapa ramai tetamu cina yang mengutip dan membacanya.

Mengenai kurangnya sambutan kaum cina, kemungkinan besar berlaku sabotaj pada kad jemputan. kad jemputan tidak sampai atau sengaja tidak dihantar. Jika kad tidak diterima oleh badan-badan NGO cina , sudah tentu mereka tidak akan hadir kerana tiada kad jemputan...

Beberapa tahun lalu satu majlis minum teh sempenan sambutan kemerdekaan juga disabotaj dan ramai NGO, orang perseorangan tidak mendapat jemputan, sudahnya pihak AJK memanggil sesiapa saja yang lalu di kawasan taman tasik untu turut serta dalam majlis tersebut..!!!

Sumber

Tora Malaya..

Sunday 9 February 2014

Jangan terperangkap politik alih isu pembangkang?


Tindakan biadab Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang menghina pemimpin negara melalui penerbitan klip video Tahun Baharu Cina baru-baru ini turut 'menghangatkan' arena politik negara yang ketika ini sudah 'dipanaskan' dengan wayang politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Perbuatan Teresa yang menganggap penerbitan video itu sekadar satira politik menunjukkan dengan jelas bahawa pemimpin DAP itu tidak berasa bersalah dengan perbuatan biadabnya.

Justeru tidak hairanlah jika setakat ini 243 laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen Seputeh itu. Pada masa yang sama, Teresa juga dikecam melalui laman-laman sosial sehingga mendorong sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mengadakan demonstrasi membantah perbuatan beliau.

Bagaimanapun persoalannya, sejauhmanakah semua tindakan itu akan memberi tekanan politik kepada Teresa, DAP dan sekutunya seperti PKR dan Pas? Setakat ini pemimpin kedua-dua parti itu tidak berkata apa-apa. Mungkin kerana pemimpin negara yang dihina oleh Teresa itu ialah pemimpin-pemimpin UMNO maka mereka menganggap ia tidak salah.



Namun begitu, dalam keghairahan pelbagai pihak membuat bantahan, kita juga harus berhati-hati supaya tidak terperangkap dengan politik alih isu yang sememangnya sudah menjadi 'senjata politik' pakatan pembangkang sejak sekian lama.

Ketika ini, kecaman yang dilemparkan kepada Teresa, sudah dijadikan 'alat' oleh pembangkang untuk menyerang balas UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sedang membuat persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Kajang pada 23 Mac ini.

Mereka mengaitkan semua tindakan dan bantahan yang dilakukan oleh NGO-NGO didalangi oleh UMNO - tidak pasal-pasal UMNO dikaitkan - sedangkan apa yang berlaku kerana rakyat sudah bosan melihat kebiadaban pemimpin-pemimpin pembangkang sejak kebelakangan ini.

Apatah lagi, rentetan politik sebelum ini menunjukkan biarpun beratus-ratus laporan polis dibuat ke atas pemimpin pembangkang namun ia sepi begitu sahaja.

Keadaan inilah memungkinkan sesetengah pihak khususnya NGO terpaksa melakukan tindakan dengan tujuan menarik perhatian pihak berkuasa bahawa mereka mahu langkah tegas diambil sebagai pengajaran.


Kebiadaban Teresa tidak boleh didiamkan. Laporan polis yang dibuat harus disusuli dengan keberanian Jabatan Peguam Negara untuk mengambil tindakan.

Sudah terbukti kini tindakan Teresa telah menimbulkan kemarahan rakyat, oleh itu mereka mahu melihat pemimpin DAP itu 'diajar' untuk menghormati undang-undang.

Jika dikaji, adalah jelas tidak ada keinsafan pada diri Teresa untuk meminta maaf sebaliknya dia kembali menyerang pemimpin-pemimpin UMNO, dalam kata mudah seolah-olah dia sedikit pun tidak takut dengan laporan-laporan polis dibuat.

Apapun, kita mengharapkan semua pihak rasional dalam berhadapan dengan isu Teresa. Ini memandangkan jika mereka bertindak keterlaluan, ia boleh menyebabkan mereka termasuk dalam perangkap pembangkang yang sememangnya sedang cemas dengan isu wayang politik PKR di Kajang.

Tora Malaya..

Thursday 6 February 2014

KETUANAN CINA KUASAI PR PUNCA PEMIMPIN MELAYU MEMBISU PENGHINAAN TERESA KOK !!


Mana orang-orang Melayu di dalam Pakatan Rakyat, terutamanya PKR, yang kononnya anti perkauman apabila Teresa Kok memperlekeh dan mempersendakan orang Melayu dalam video ucapan tahun barunya?

Adakah orang-orang Melayu Pakatan Rakyat memang suka dipijak atau memang merelakan diri mereka diperbodoh-bodohkan oleh bukan Melayu seperti Teresa Kok?

Jika video seperti ini diterbitkan oleh Perkasa, pasti sudah berbondong-bondong penyokong Pakatan Rakyat tak kira Melayu atau bukan turun berdemonstrasi.

Tidak kurang juga yang melaungkan slogan anti perkauman dan melabel Perkasa dan juga Umno sebagai rasis. Apa jua alasan Kok berbuat demikian sememangnya merendahkan martabat ahli parlimen di mata umum.

Sepatutnya Kok menunjukkan teladan yang baik kepada umum, lebih-lebih lagi sewaktu musim perayaan yang sepatutnya dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat. Ini sebaliknya.

Peluang yang ada bagi meredakan ketegangan yang sedia ada disalahgunakan oleh Kok untuk terus melakukan provokasi yang berbau perkauman.

Kok tidak sepatutnya mengambil pendekatan ‘politik kedai kopi’ bagi meraih publisiti murahan.

Apa lagi bila sesetengah isu yang dibangkitkan dalam video tersebut adalah isu sensitif yang bukan sahaja menyentuh kaum Melayu malah rakyat Malaysia keseluruhannya.

Walau Kok menafikan bahawa video tersebut ditujukan untuk orang Melayu namun umum boleh membaca sari kata yang disertakan bersama video tersebut.

Keengganan Kok memohon maaf secara umum juga memperlihatkan personaliti Kok yang tidak ambil pusing tentang sensitiviti masyarakat di Malaysia.

Terus tertipu

Kenyataan siapa makan cili, dia terasa pedasnya hanya memburukkan lagi situasi kerana dengan yang demikian Kok tanpa sedar mengaku bahawa video tersebut dibuat dengan tujuan memperlekeh pemimpin Melayu serta orang Melayu keseluruhannya.

Apa yang Kok lakukan sebenarnya hanya mencemarkan kredibiliti pemimpin bukan Melayu lain di dalam Pakatan Rakyat.

Malah kenyataan setiausaha DAP Lim Guan Eng bahawa DAP akan berdiri bersama Kok menentang apa yang disifatkan Guan Eng sebagai serangan Umno juga bukti bahawa mereka mengamalkan dua standard yang berbeza dalam soal isu perkauman.

Asal DAP semuanya betul dan jika orang lain maka ianya salah dan rasis.

Adakah ‘Ketuanan Cina’ telah mengambil alih Pakatan Rakyat sehingga semua pemimpin Melayu di dalamnya hanya mampu membisu apabila perkara seperti ini berlaku?

Mungkin juga inilah yang mereka mahukan – PKR dan PAS berada di bawah telunjuk DAP dan hanya berbunyi apabila diarah berbuat demikian.

Mungkin sudah tiba masanya Teresa Kok belajar tatacara yang betul dalam pembawaan diri sebagai seorang wakil rakyat kerana keangkuhan hanya akan memakan dirinya.

Bukan semua orang dapat menerima kebiadaban seperti ini, hanya yang rela dan bodoh sombong sahaja yang akan terus tertipu.

Tora Malaya..