Sunday 23 February 2014

Laman penyokong RBA ditutup?


Laman utama Facebook Red Bean Army(RBA) iaitu We Fully Support PKR-DAP, telah dimansuhkan oleh Facebook. Adakah rakyat Malaysia masih ingat bagaimana parti pembangkang menggunakan khidmat cybertroopers mereka iaitu RBA dalam fitnah terhadap banyak rakyat Malaysia yang tidak berdosa?

Cara operasi sedemikian adalah sama ketika era Mao Zedong yang menggunakan khidmat Red Guard untuk melakukan segala kekejaman terhadap sesiapa yang menentang ideologi dan perjuangan beliau.

Generasi muda hari ini mungkin tidak lagi menikmati perpaduan dan keharmonian antara kaum seperti suatu ketika dahulu. Segala-galanya telah berubah berikutan kemunculan RBA demi mencapai kepentingan politik mereka dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk memainkan isu-isu perkauman.

Cara operasi RBA juga sama dengan ketua umum mereka iaitu di hadapan masyarakat kelompok berbeza mereka akan memainkan isu yang berbeza.

Baru-baru ini pada 16 Februari lepas, Anwar Ibrahim menyerang UMNO dalam isu Kalimah Allah di Gereja Holy Family di Kajang. Namun begitu, pada keesokan harinya di hadapan masyarakat Melayu di kediaman ADUN Penanti, Anwar Ibrahim mengumunkan beliau hendak mengembangkan Islam di Kajang. Adakah penganut Kristian dan Islam di negara ini perlu percaya kepada Anwar lagi?

Walaupun laman utama RBA telah dimansuhkan, namun ahli-ahli mereka masih berleluasa dan mutakhir ini anggota RBA semakin bertambah. Pihak BN pula masih lagi kekurangan bakat, strategi dan tentera siber yang mampu untuk berhadapan dengan RBA. Lambakan ahli, blogger dan laman tentera siber BN tanpa ‘jeneral’ dan strategis berbakat mengetuai mereka, menyukarkan usaha memenangkan BN dalam perang dunia siber.

Natijahnya, dalam agama Buddha dan Hindu mereka mempercayai hukum Karma, iaitu balasan setimpal dengan perbuatan seseorang individu atau entiti. Dalam agama Kristian pula mereka mempercayai Reap What You Sow iaitu kita akan mendapat hasil daripada tanaman yang diusahakan. Dalam isu ini RBA senantiasa menanam racun tetapi akhirnya ia memakan diri mereka sendiri.

Dalam peribahasa Melayu pula kita diingatkan tentang - ‘buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali’. Segala kejahatan dan kekejaman mereka telah mendapat balasan akhirnya.

Namun begitu, laman mereka yang terbaharu iaitu https://www.facebook.com/wfsu123 perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa sebelum racun mereka yang merosakkan tersebar lebih luas .

Dalam pada itu, isu yang berkaitan dengan kedaulatan, keselamatan dan imej negara turut senantiasa diancam oleh RBA. Isu ‘Bangla’ dan blackout palsu disebar dengan meluas sehingga menghantar petisyen kepada White House untuk campur tangan dalam urusan negara kita. Isu pahlawan negara yang mempertahankan negara di Lahad Datu dijadikan sebagai mangsa jenaka ‘mati katak’ oleh mereka.

Sekiranya perjuangan sekejam RBA dan parti pembangkang masih dibenarkan tanpa sebarang kawalan dan pengajaran maka akhirnya rakyat sengsara dan negara tergadai. RBA seharusnya menjadi musuh negara kerana mereka merupakan satu entiti yang paling beracun, kejam, jahat dan tidak berperikemanusiaan di negara ini.

Tora Malaya..

No comments:

Post a Comment