Wednesday, 30 October 2013

Kenapa Cina Malaysia mahu jadikan Malaysia seperti Singapura?


1.Penindasan dan penafian peluang kepada etnik Melayu Singapura dan warga India berleluasa terang-terangan dan memalukan. Ia amat jelas bahawa Kerajaan Singapura juga umumnya dikenali sebagai Pemerintah Keluarga Lee terdiri daripada bapa (Lee Kuan Yew) dan anaknya, yang telah memerintah Singapura sejak tahun 1959, selama mana Castro Brothers memerintah Cuba dan Lee Kuan Yew masih mahu meneruskan polisi yang memalukan ini.

2.Singapura adalah sebuah pulau kecil dimana hari ini mempunyai 5 juta orang tetapi jika anda kira betul betul berapa warga asli Singapura yang dilahirkan, ia akan menjadi tidak lebih daripada 2.5 juta atau kurang. Ia juga sama seperti ruang tanah yang paling sesak di dunia seperti Gaza wilayah yang diduduki Israel.

3.Pemerintah Keluarga Lee, bapa dan anaknya, tidak menghormati undang-undang. Walaupun Perlembagaan menuntut peluang sama rata kepada semua, mereka hanya mengabaikannya. Pulau ini tidak mempunyai undang-undang hubungan antara kaum dan jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta adalah bebas untuk melibatkan diri dalam diskriminasi kaum sesuka hati.

4.20 tahun yang lalu, pulau ini mempunyai hanya 50% daripada penduduk kaum Cina. Hari ini komponen etnik Cina adalah kira-kira 77% dan terus meningkat. 20 tahun yang lalu, orang Melayu dan India membentuk kira-kira 50% daripada penduduk pulau itu. Hari ini orang Melayu tidak lebih daripada 13% dan India hanya 8%, dan berkurangan.

5.Peningkatan yang besar dalam nombor Cina bukan kerana mereka melahirkan ramai anak Cina. Malah ia adalah sebaliknya. Jika dilihat kadar kelahiran cina adalah paling rendah di pulau itu dan merupakan kadar kelahiran paling rendah di dunia, hanya 1% atau lebih. Jika polisi perkauman ini ditinggalkan, kaum Cina adalah kaum pertama akan hilang dari pulau ini. Polisi mengutamakan Warga Asing didalam Singapuralah salah satu penyebab punca etnik melayu dan india terus berkurangan.

6.Dan dengan ini mari kita bertanya apa lagi punca lain kaum Cina terus meningkat di Singapura? Jawapannya adalah kerana Lee Kuan Yew dan anaknya dari bangsa cina, telah membentuk satu sistem hanya Keluarga Lee layak memerintah dan mereka ini hanya suka kepada kaum mereka sendiri, dengan mengutamakan Cina.

7.Mereka paling benci orang Melayu kerana mereka anggap diri mereka lebih tinggi dari orang Melayu dan mereka tidak suka kaum India kerana mereka anggap India adalah sebagai bangsa pengacau yang suka buat huru hara didalam Singapura ini. Di Singapura hasil sistem dan polisi Lee Kuan Yew, kaum Cina Singapura mempunyai kecenderungan untuk mengikuti serta mentaati kepada pemimpin Cina mereka, seperti yang mereka lakukan di negara Komunis, China.

8.Oleh itu, ia tidak menghairankan bahawa, walaupun Perlembagaan menuntut layanan yang sama daripada semua kaum yang berbeza, Lee Kuan Yew menggunakan lebih sedekad yang lalu untuk tekad usaha meningkatkan penduduk Cina di pulau itu melalui rompakan kewarganegaraan percuma.

9.Ini yang mereka telah lakukan dan terus lakukan untuk hari ini dengan membawa masuk ramai orang Cina dari negara China untuk menetap di Singapura dan memberikan mereka kewarganegaraan percuma dan ini menjelaskan mengapa Singapura kini terdapat 77% kaum Cina di negara itu dan kesannya membuatkan Melayu sebagai penduduk asal telah dikurangkan kepada hanya 13% dan kaum India hanya 8%.

10.Sudah tentu apa yang Lee Kuan Yew lakukan adalah benar-benar menyalahi undang-undang dan melanggar Perlembagaan. Tetapi Melayu dan India tidak dapat berbuat apa-apa mahupun mengadu kepada Lee Kuan Yew sendiri kerana mereka tidak mempedulikan Perlembagaan yang telah mereka cipta. Mengapa ini terjadi? Ini kerana Lee Kuan Yew mempunyai Polis Singapura sebagai penguatkuasa undang-undang atau anjing khas polis untuk menangkap anda jika Melayu atau India membuat masalah dan badan kehakiman akan taat setia kepada Lee Kuan Yew, seterusnya mahkamah boleh melakukan apa sahaja yang dia mahu, termasuk menekan sistem undang undang itu sendiri. Anda bayangkanlah, jika Melayu itu tidak bersalah, tetapi dengan hanya 1 arahan dari Lee Kuan Yew, mahkamah akan terus menukar keputusan kepada bersalah terhadap mana-mana Melayu.

11.Jadi tidak ada kedaulatan undang-undang yang anda boleh meminta seperti negara Malaysia yang makmur, adil dan saksama. Pada kadar ini pengimportan besar-besaran pendatang kaum Cina dari China dan penduduk Melayu dan India akan berkurangan dengan cepat, tidak lama lagi hanya akan ada kaum Cina di Singapura diiringi oleh beberapa orang putih yang akan menguruskan bank-bank Singapura bagi menjaga wang haram dibawah pemerintahan Lee Kuan Yew.

12.Hari ini orang Melayu dan India dinafikan pekerjaan kerana majikan Cina enggan untuk mengambil mereka bekerja. Setiap kekosongan jawatan yang disenaraikan di pulau itu membawa notasi "Hanya orang Cina perlu memohon" atau "Pengetahuan Mandarin diperlukan" ini sama sepertimana Melayu di Malaysia sedang mengalami. Kaum Melayu Singapura menyedari masalah ini dan mereka telah bersedia dengan belajar penuh bahasa Mandarin tetapi selepas meminta pekerjaan itu, Melayu Singapura masih tidak mendapat kerja. Alasan diberikan bahawa pelanggan Cina tidak menghargai orang yang bukan datang dari kaum Cina didalam dunia korporat. Sudah tentu Melayu tidak mungkin untuk menukar warna kulit dari coklat ke kuning walaupun pembedahan plastik untuk membuat puntung hidungnya dan saiz matanya yang sepet seperti Fu Manchu adalah mustahil.

13.Kadang-kadang kerajaan akan memberikan beberapa peluang pekerjaan kepada kaum Melayu dan India tetapi dalam bilangan yang sangat sedikit, jarang dan luar biasa. Melayu dan India itu perlu mempunyai 'cable' yang sangat kuat dengan orang penting dalam syarikat barulah mereka senang mendapat pekerjaan, itu pun pekerjaan sebagai kuli didalam syarikat.

14.Bagi kerja-kerja kasar, mesin basuh pinggan mangkuk, anggota polis berpangkat rendah, pemandu dan tukang sapu jalan, terdapat pekerjaan yang mencukupi bagi orang Melayu dan India. Pelan Lee Kuan Yew adalah untuk membuang hakikat bahawa mereka telah kalah sebenarnya dalam populasi kaum di Singapura.

15.Walaupun ketidakadilan ini dan dasar diskriminasi kaum adalah haram, jika anda mengadu tentangnya juga tidak dapat berbuat apa apa. Di Singapura ia adalah undang-undang untuk mendiskriminasikan kaum kerana tidak ada undang-undang yang khas tentang hubungan antara kaum. Undang-undang gaji minimum telah betul betul dibiarkan dan tidak ada syarikat cina di Singapura mengamalkan undang undang gaji minimum itu. Undang-undang itu hanya sekadar ada untuk ditunjukkan kepada dunia dan jiran negara mereka Malaysia, tetapi tidak pernah dipraktikkan.

16.Tanpa membela hak orang Melayu dan India, ia menjadi semakin biasa bagi kaum Melayu dan India untuk melepaskan kekecewaan mereka melalui keganasan. Anda boleh melihat kaum Melayu yang tidak puas hati kerana telah ditolak untuk mendapat hak perumahan kerajaan tetapi kerajaan Lee Kuan Yew telah memberi satu pukulan yang sangat dasyat di jiwa orang Melayu. Anda juga boleh melihat kaum India yang baru sahaja didenda semaksimum harga kerana memandu laju dan apabila Cina dikehendaki untuk membayar hanya beberapa dolar.

17.Ini adalah jenis keganasan bermotifkan perkauman yang meningkat diluar jangkaan. Malaysia mempunyai undang-undang yang kuat di bawah pemerintahan orang Melayu untuk sesiapa yang merasakan tidak bersalah akan dibela, rata-rata rakyat Malaysia juga berpuas hati dalam pembelaan diri mereka kepada undang-undang yang mereka boleh bergantung pada amanah mahkahmah. Tetapi di mahkamah Singapura, kerana tidak ada undang-undang untuk melindungi terhadap ketidakadilan kaum dan di tempat di mana kerajaan itu sendiri terlibat dalam dasar rasmi diskriminasi kaum. Pengajaran dari ini dapatkah anda melihat apakah keinginan keseluruhan rakyat cina di Malaysia dimana 97% memihak kepada DAP?

Tora Malaya..

(CEC) DAP 'Seperti anjing menyalak bukit'?


Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP disifatkan seperti 'anjing menyalak bukit' kerana mereka hanya merupakan sebuah 'kumpulan mesyuarat' yang langsung tidak mempunyai kuasa bagi membentuk dan bertindak dalam merangka sebarang polisi parti.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd. Noor berkata, ini kerana kesemua ahli CEC parti itu belum diiktiraf oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) biarpun telah dua kali mengadakan pemilihan.

"Bermula dengan pemilihan CEC Disember tahun lalu sehingga ke pemilihan semula bulan lalu, kedudukan mereka belum diiktiraf mengikut undang-undang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang masih menjadi ahli DAP berkata, kemunculan pemimpin-pemimpin muda dalam parti itu selepas tsunami politik pada 2008 lalu juga dilihat lebih menjurus kepada kepentingan peribadi berbanding memperjuangkan ideologi parti.


"Pemimpin muda itu tidak merasai kesusahan dan keperitan berjuang sewaktu DAP menjadi pembangkang, malah mereka juga belum diuji dalam keadaan darurat,'' ujarnya.

Beliau turut menyelar tindakan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyindir dengan mengatakan terdapat ahli dan pemimpin parti itu yang memakai lambang roket tetapi hati bersama Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

"Ini merupakan sindiran yang menempelak diri sendiri kerana Guan Eng sebenarnya seorang pemimpin DAP yang bertopengkan sosial demokrat tetapi berjiwa kapitalis," tegasnya.

Sementara itu, Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) yang juga bekas ahli DAP, Rahmad Isahak mencabar ahli CEC parti tersebut agar memberanikan diri mengadakan kongres khas bagi mengusulkan pemecatan Guan Eng yang secara terang telah mendatangkan malapetaka kepada parti itu.

"Kepemimpinan DAP perlu menuding jari kepada diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyalahkan pihak lain," katanya.

Tora Malaya..

Tuesday, 29 October 2013

Pertikai Kenyataan Tun Mahathir - Cina Lupa Daratan Nak Tegakkan Benang Yang Basah?


Akhbar China Press bertarikh 20 Oktober 2013 menyiarkan artikel bagi mengulas kenyataan Dr. Mahathir baru-baru ini bahawa kaum Cina tidak tahu berterima kasih.

Artikel yang ditulis oleh penulis yang menggunakan nama samaran Liang Yuan bertajuk ‘Konsep model berterima kasih kepada UMNO adakah adil?’ disiarkan dalam ruangan Kedai Kopi Orang Ramai halaman C15.

Baru-baru ini, Dr. Mahathir yang mahu menarik sokongan puak konservatif kepada anaknya yang bertanding jawatan naib presiden UMNO telah mengeluarkan kenyataan bahawa orang Cina telah lupa daratan dan tidak tahu berterima kasih.

Bekas Perdana Menteri itu memberikan contoh bagi membuktikan kenyataannya itu dengan menyatakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Najib cuba berbuat baik terhadap orang Cina dengan memberikan mereka pelbagai insentif tetapi kaum itu tidak menyokong BN.

Adakah orang Cina lupa daratan? Diharap Dr. Mahathir janganlah lupa pada satu ketika dahulu pernah berlaku apabila orang Melayu sendiri tidak menyokongnya dan beliau hanya mengharapkan sokongan orang Cina sepenuhnya.

Ketika itu dengan sokongan kaum Cina, Dr. Mahathir dengan mudah dapat meneruskan pemerintahan dan kekal menjadi Perdana Menteri.

Jika beliau yakin apa yang disebutnya itu benar, diharap Dr. Mahathir dapat memperjelaskan satu persatu dengan terang mengenai bab mana yang dikatakannya orang Cina telah lupa daratan?

Jika dibandingkan dengan orang Melayu, sila sebutkan dengan jelas di mana yang dikatakan pemimpin Melayu telah berjasa kepada orang Cina?

Bukankah orang Cina hidup dalam suasana dan keadaan tidak adil? Bukankah orang Cina sentiasa meronta-ronta, mengharungi kepahitan dan bertungkus lumus untuk hidup? Segala hasil usaha sendiri telah dianugerahkan kepada kaum lain.

Begitu tebal muka Dr. Mahathir. Walaupun menyedari akan hakikat itu, beliau masih boleh bertahan lama sebagai Perdana Menteri dan mendakwa melayan semua kaum dengan adil.

Sebenarnya bukan Dr. Mahathir seorang sahaja yang bersikap sedemikian. Ramai pemimpin UMNO lain yang mempunyai sikap dan pemikiran seperti bekas Perdana Menteri itu.

Tidak semena-mena mereka memaksa dan mahu orang bukan Melayu mengucapkan terima kasih dan mendengar cakap mereka. Jika tidak, mereka akan hambat.

Anak Dr. Mahathir sendiri iaitu Mukhriz pernah menyatakan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Kedah jangan mengharapkan akan mendapat bantuan dari kerajaan negeri.

Mohd. Ali yang pernah menerajui Melaka juga marahkan orang Cina kerana tidak tahu mengenang budi sehingga menyebabkan beliau tewas dalam PRU-13. Sebenarnya semua orang tahu di kawasan beliau bertanding itu, majoriti pengundi adalah orang Melayu.

Pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) juga sering mengeluarkan kenyataan yang lantang dan bersifat menghasut.

Pengetua Melayu di sekolah menengah pula lantang menyuruh anak-anak Cina balik ke China dan anak orang India berambus balik ke India.

Yang paling menyedihkan adalah politikus yang memegang belantan ini tidak pernah dihadapkan ke muka pengadilan. Sebaliknya mereka ini mendapat jawatan tinggi.

Adakah orang bukan Melayu mahu berterima kasih kepada pemimpin seperti ini dan mengikut model konsep berterima kasih cara UMNO yang dikatakan adil?

Tora Malaya..

Monday, 28 October 2013

Hatinya masih lagi kepada DAP...!!! Jenice Lee tarik balik saman?


Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee hari ini menarik balik saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini terhadap DAP bagi memohon perisytiharan agar keahliannya dalam parti itu dikembalikan.

Peguam Harjit Sandhu yang mewakili Jenice memberitahu, saman tersebut ditarik balik ekoran DAP mengeluarkan surat bertarikh 7 Oktober lalu yang mengarahkan anak guamnya mengemukakan tunjuk sebab kenapa keanggotaan beliau tidak boleh dilucutkan.

''Dengan perkembangan tersebut, anak guam kami menganggap beliau masih lagi ahli DAP,'' katanya kepada pemberita selepas prosiding di kamar hakim.

Pengeluaran surat tersebut oleh DAP kepada ahli politik wanita itu disahkan oleh peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili parti tersebut.


Menurut Harjit, Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membenarkan Jenice menarik balik saman tersebut tanpa sebarang perintah mengenai kos.

Pada 20 April lalu, Jenice yang ketika itu merupakan Setiausaha Publisiti Selangor telah dimaklumkan melalui pihak media bahawa keahliannya telah dilucutkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Pada masa sama, Pendaftar Pertubuhan (ROS) turut mendapati, pemilihan CEC itu tidak dijalankan mengikut perlembagaan parti.

Berikutan itu, Jenice atau nama sebenarnya Lee Ying Ha pada 5 Jun lalu telah memfailkan saman terhadap DAP dengan menamakan parti itu sebagai defendan melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Beliau selaku plaintif menuntut agar keahliannya dalam parti itu dikembalikan serta-merta selain kos dan relif lain yang sesuai.

Tora Malaya..

Saturday, 26 October 2013

Gabungan Anak Muda Jerai bantah Tony PuaKA?

SEBAHAGIAN penduduk DUN Sungai Limau dan Gabungan Anak Muda Jerai mengadakan bantahan terhadap Tony Pua yang menggelar kakitangan Pertubuhan Pendaftar sebagai anjing di hadapan Masjid Dulang Kechil, dekat Jerai, Kedah, semalam. 

JERAI  - Sekumpulan 40 orang pemuda yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Anak Muda Jerai hari ini berkumpul bagi mengecam kebiadaban Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang mengatakan kakitangan Pertubuhan Pendaftar (ROS) sebagai anjing baru-baru ini.

Ketuanya, Mohd. Hazim Barhanuddin berkata, mereka sebagai orang Islam tanpa mengira fahaman politik sangat marah dengan kenyataan tersebut yang menunjukkan keangkuhan DAP.

“Ini mereka (DAP) baru menang 38 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu dan apa yang akan terjadi sekiranya mereka menang lebih banyak lagi. “Kami rasa terhina kerana hampir 90 peratus kakitangan ROS adalah orang Islam dan Melayu," katanya.


Bantahan yang diadakan selepas solat Jumaat di luar pekarangan Majlis Dulang Kechil, dekat sini selepas solat Jumaat turut mendapat perhatian orang awam di kawasan berkenaan. Mohd. Hazim berkata, sehingga kini, Tony masih belum memohon maaf di atas keceluparannya.

Menurut Mohd. Hazim, mereka juga ‘menasihatkan’ Tony dan DAP supaya tidak datang ke Sungai Limau dalam kempen pilihan raya kecil yang sedang berlangsung dan mendesak supaya membuat permohonan maaf dengan segera.

“Kepada Pas pula, kami menasihatkan supaya lihat penghinaan yang dilakukan oleh Tony dan DAP terhadap orang Islam dan Melayu dengan konteks yang lebih luas. Kaji semula kerjasama dengan mereka," katanya.

Tora Malaya..

Lagi ahli DAP hantar aduan berhubung CEC baharu kepada ROS?


Kontroversi yang melanda DAP seperti masih belum kesudahan apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) menerima satu lagi laporan berhubung pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang diadakan dalam Kongres Khas parti itu pada 29 September lalu.

Kali ini, Ahli Seumur Hidup DAP cawangan Taman Seri Sungai Pelek, Sepang, Goh Swee Huat pula menghantar surat aduan kepada ROS supaya menyiasat pemilihan CEC baharu DAP kerana dipercayai tidak mengikut perlembagaan parti.

Swee Huat berkata, aduan tersebut dibuat selepas ramai ahli DAP tidak berpuas hati dengan CEC baharu kerana pemilihan semula hanya boleh diadakan dalam Kongres Kebangsaan parti, bukan Kongres Khas seperti yang dilaksanakan bulan lalu.

"Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu mengikut perlembagaan parti dan bukannya membuat perlembagaan sendiri, dia kena tahu apa maksud Kongres Kebangsaan, Kongres Khas dan juga Kongres Kebangsaan Khas seperti mana yang ditetapkan.

"Pemilihan CEC perlu dibuat melalui Kongres Kebangsaan dan bukannya melalui Kongres Khas seperti yang dilaksanakan pada 29 September lalu, jadi sudah terang-terangan pemilihan yang baharu tidak dilakukan mengikut perlembagaan parti," katanya ketika ditemui pemberita di lobi ibu pejabat ROS di sini hari ini.

Surat aduan Swee Huat itu diterima oleh Timbalan Ketua Pengarah ROS, Alias Mamat.

Difahamkan mengikut Fasal VIII, Perkara 8 Perlembagaan DAP, Kongres Khas hanya boleh diadakan untuk membincangkan perkara tertentu dan bukan untuk tujuan pemilihan.

Sehubungan itu, Swee Huat menggesa agar ROS bertindak tegas dan menyiasat perkara tersebut kerana ramai ahli DAP dan juga bekas ahli parti itu tidak berpuas hati dengan pemilihan CEC yang baharu.

"Dalam hal ini, ROS tidak perlu takut, mereka adalah satu-satunya badan yang bertanggungjawab melakukan siasatan terhadap mana-mana pertubuhan di negara ini, siasatan yang telus perlu dilakukan demi untuk mencari kebenaran," katanya.

Katanya, aduan tersebut dibuat kerana tidak mahu melihat DAP dibatalkan pendaftarannya hanya kerana beberapa pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan membuat sebarang keputusan untuk kepentingan sendiri.

Sementara itu, Alias berkata, DAP sehingga kini masih belum menghantar sebarang dokumen berkaitan pemilihan CEC yang baharu kepada ROS.

"Sekarang sudah terdapat beberapa aduan diterima berhubung pemilihan CEC, ROS akan melakukan siasatan terperinci terhadap setiap laporan, namun bagi memastikan keadilan DAP perlu menghantar dokumen berkaitan CEC secepat mungkin.

"Jika siasatan dilakukan tanpa mengambil kira apa-apa penjelasan daripada DAP tentulah tidak adil, sehubungan itu siasatan ROS akan meliputi semua pihak termasuk meneliti setiap dokumen yang akan dilampirkan," katanya.

Tora Malaya..

Friday, 25 October 2013