Tuesday 18 February 2014

Pemuda UMNO pertikai tindakan Tony Pua?


Pergerakan Pemuda UMNO Kedah membidas tindakan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan melarang umat Islam menyambut Hari Kekasih.

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, perbuatan Tony yang bersifat provokatif itu perlu dikecam dan diambil tindakan tegas agar kejadian sama tidak berulang.

"Akhir-akhir ini, ramai pemimpin pembangkang cuba mencetuskan huru-hara dengan membuat kenyataan yang menyentuh sensitiviti umat Islam sedangkan kita lihat jarang pemimpin kerajaan berbuat demikian.

"Ini kerana, kita tidak mahu mencetuskan ketegangan, justeru, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas ke atas Tony demi kestabilan dan keharmonian semua kaum," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Melalui laman sosial Facebook miliknya, Tony baru-baru ini memuat naik satu kenyataan ketika berada di London bersama isterinya.

Kenyataan itu didakwa menyentuh larangan pihak berkuasa agama Islam di negara ini yang mengisytiharkan sambutan Hari Kekasih sebagai haram.


Sehubungan itu, Shaiful Hazizy mendesak kerajaan agar memandang serius perkara tersebut dengan menguatkuasakan satu undang-undang khas bagi membendung sebarang kenyataan yang berbaur hasutan dan tidak menghormati budaya ataupun agama lain.

Ujarnya, ini bagi mengelakkan sebarang kenyataan balas pihak-pihak tertentu yang lebih ekstrem kerana dibimbangi mampu mencetuskan konflik antara satu sama lain.

"Sudah banyak laporan polis, bantahan, soal siasat, dan demonstrasi telah dibuat terhadap isu seperti ini, kita amat bimbang situasi begini akan mencetuskan kejadian-kejadian yang lebih buruk," jelasnya.

Beliau turut mengingatkan Tony bahawa rakyat di negara ini terikat dengan Perkara 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan namun rakyat yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan kepercayaan, bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing.

Bagaimanapun katanya, menjadi kewajipan setiap rakyat menghormati agama Islam termasuklah berhubung isu sambutan Hari Kekasih yang diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai haram diraikan.

Tora Malaya..

No comments:

Post a Comment