Sunday 16 February 2014

Kelantangan andartu Teresa jatuhkan imej DAP?


Kelantangan dan kedegilan andartu Teresa Kok yang sehingga kini masih enggan memohon maaf serta mengaku bersalah atas penerbitan video kontroversi Tahun Baharu Cina baru-baru ini sebenarnya menjatuhkan imej parti DAP.

Presiden Sensible and Ethical Malaysians United Troopers (SEMUT), Datuk Huan Cheng Guan berkata, sikap Teresa tersebut menjelaskan lagi bahawa perjuangan hakiki parti cauvinis Cina itu kini bersifat perkauman dan mempromosikan prasangka terhadap integrasi kaum.

"Teresa merupakan ahli DAP yang sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan kuasa dan sokongan rakyat tanpa memikirkan isu sensitiviti antara kaum.

"Hal ini bukan sahaja memalukan anggota DAP lain yang lebih 50 peratusnya adalah orang Cina, malah seluruh masyarakat Tionghua di seluruh negara," katanya di sini hari ini.

Cheng Guan berkata, kedegilan yang ditunjukkan Teresa itu juga mencerminkan dirinya seorang yang tidak bertamadun.

"Jika dia (Teresa) seorang manusia yang bertamadun, dia tidak akan menghasilkan video tersebut dan sekiranya sudah buat salah, cepat-cepat minta maaf.

"Tunjukkan diri anda sebagai Ahli Parlimen, bukannya pelakon komedi yang terdesak untuk mencari publisiti," ujarnya.

Ahli Parlimen Seputeh itu terus didesak memohon maaf ekoran penerbitan video 'ONEderful Malaysia CNY 2014' di laman sosial Youtube yang menyindir pemimpin negara termasuk isu keselamatan di Sabah, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung, Persatuan Cina Muslim (Macma), Ann Wan Seng berkata, sebagai pemimpin, Teresa seharusnya mempromosikan isu membentuk perpaduan dan kesejahteraan, bukan mewujudkan provokasi melalui kenyataan tidak berasas untuk kepentingan politik.

"Gambaran beliau tentang keadaan negara melalui video itu perlu diperbetulkan kerana ia tidak sedikitpun mencerminkan keadaan sebenar yang pada hakikatnya, negara kita aman damai.

"Disebabkan itu, imej negara sekelip mata telah tercemar ekoran kesilapan fakta yang ditonjolkan dalam video itu. Video itu boleh disaksikan seluruh masyarakat dunia kerana ia ditayangkan secara terbuka di laman Youtube," katanya.

Mengulas isu sama, Presiden, Pertubuhan Hak Belia, Sheen Yee Aun berkata, tindakan Teresa adalah tidak adil kepada masyarakat negara ini khususnya kaum Cina.

"Pendapat saya, Teresa seolah-olah tidak menghormati kaum Cina kerana cuba mewujudkan sentimen kebencian dalam kalangan masyarakat ketika kaum Cina sedang menyambut Tahun Baharu Cina," katanya.

Tambahnya, jika negara dipimpin oleh pemimpin yang berkepentingan politik seperti Teresa, tidak mustahil negara akan menjadi mundur pada masa akan datang.

Tora Malaya..

No comments:

Post a Comment