Monday, 16 September 2013

Penipuan pembangkang didedah?

Ong Kian Ming

Tembelang penipuan pembangkang kononnya wujud pengundi hantu Bangladesh dan berlaku gangguan bekalan elektrik semasa pengiraan undi pada pilihan raya umum lalu terbongkar apabila perkara itu diakui sendiri tidak benar oleh pemimpin DAP dan Pas.

Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming dalam temu bual bersama portal Free Malaysia Today dilaporkan berkata, beliau tidak mengetahui apa-apa mengenai kewujudan pengundi hantu warga Bangladesh atau pun insiden gangguan bekalan elektrik sebagaimana didakwa.

Justeru beliau yang juga Ahli Parlimen Serdang bersetuju dengan penafian Pemantau Pilihan Raya (Pemantau) iaitu tidak wujud pengundi hantu warga Bangladesh atau insiden gangguan bekalan elektrik dan mengakui Parlimen Serdang juga bebas daripada dakwaan sedemikian.

Bagaimanapun beliau memberitahu, DAP belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.

"Setakat yang saya tahu, tidak ada pengundi asing (warga Bangladesh) atau gangguan bekalan elektrik. Jadi saya bersetuju dengan pandangan mereka (Pemantau)," katanya sebagaimana dipetik dari Free Malaysia Today, hari ini.

Sementara itu, seorang pemimpin Pas yang enggan namanya disiarkan memberitahu portal yang sama bahawa berlaku penipuan pada pilihan raya umum lalu, tetapi bukan dalam bentuk pengundi hantu warga asing atau pun kejadian gangguan elektrik di pusat penjumlahan undi.

"Terlalu sukar untuk menipu menggunakan pengundi warga asing atau gangguan bekalan elektrik. Mereka menipu menggunakan kaedah lain seperti daftar pemilih yang tidak bersih," katanya sambil enggan mengulas lanjut kepada Free Malaysia Today.

Sebelum ini, Pemantau menjelaskan tiada sebarang bukti berlaku penyelewengan pilihan raya seperti insiden gangguan bekalan elektrik atau kewujudan pengundi hantu warga Bangladesh di 87 kerusi Parlimen yang dipantau badan tersebut sebagaimana didakwa pembangkang.

Kenyataan itu selari dengan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa beberapa keping gambar 'gangguan bekalan elektrik' yang kononnya berlaku semasa pengiraan undi sebenarnya dirakam sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 lagi bertujuan melemparkan fitnah.

Malah, pada 27 Mei lalu, seorang lagi wakil rakyat DAP, Lee Chin Chen yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ketari, menafikan berlakunya insiden gangguan bekalan elektrik di pusat penjumlahan undi Dewan Sultan Ahmad Shah, Bentong. Baca di sini.

Beliau dilaporkan sebagai berkata: "Dakwaan berlaku gangguan elektrik ketika proses pengiraan undi (di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah) adalah tidak benar. Saya ada di sana sejak pukul 8.30 malam sampai awal pagi, mana ada gangguan bekalan elektrik pun?

"Ramai orang ada di sana...Wartawan ada, jurugambar ada, wakil calon bertanding pun ada. Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pegawai dan anggota polis pun ada di sana. Kalau betul berlaku (gangguan elektrik), mesti semua yang ada di sana boleh sahkan," kata Chin Chen.

Tora Malaya..

Hasrat Chin Peng untuk mati di Setiawan, Perak tidak kesampaian?


Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng mati di sebuah hospital di Bangkok, pada pukul 6.20 pagi Isnin. Dia berusia 90 tahun.

Menurut laporan Bangkok Post, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua mati akibat sakit tua. Laporan itu juga menyebut saudara-mara akan mengadakan upacara pengebumian pada Jumaat.

Chin Peng yang lahir pada 20 Oktober 1923 mempunyai seorang anak lelaki di Malaysia sementara anak perempuaanya kini menetap di Australia.

Berdasarkan laporan berita, Chin Peng mempunyai empat orang abang. Seorang daripadanya merupakan bekas guru besar di Ipoh sementara seorang lagi merupakan ahli perniagaan di Pulau Pinang. Manakala dua yang lain bekerja sebagai jurutera di New Zealand.


Chin Peng diberikan pasport orang asing oleh kerajaan Thailand dan hidup dalam buangan selepas mengetuai pemberontakan gerila PKM dan berjuang menentang British dan tentera Komanwel untuk menubuhkan sebuah negara Komunis bebas.

Pemberontakan komunis gagal dan dia hidup dalam buangan di Thailand dan tidak dibenarkan untuk kembali ke Malaysia

Dalam satu temuramah bersama wartawan The Star pada 2009, Chin Peng menaruh harapan untuk mati di tempat kelahirannya, iaitu Setiawan di Perak.

Tetapi dia juga berkata, jika harapannya itu tidak dapat dipenuhi, dia ingin abu mayatnya dibawa balik untuk ditanam di samping kubur bapanya.

Pada 2008, cubaan bekas pemimpin komunis ini untuk mendapatkan perisytiharan dibenarkan masuk dan hidup di Malaysia terhalang selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memintanya mengemukakan dokumen kelahiran dan kewarganegaraan untuk membuktikan dirinya warganegara Malaysia sebelum dia boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia.


Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi tegas sekali menentang sebarang usaha membawa balik mayat Chin Peng ekoran kematian pemimpin Parti Komunis Malaysia itu di Bangkok pagi Isnin.

Mendiang Chin Peng dilahirkan di Sitiawan,Perak.

Dalam satu kenyataan,beliau berkata kematian Chin Peng tidak dapat memadamkan rasa kebencian pada mendiang terutama dikalangan balu-balu polis dan tentera yang terkorban di zaman darurat.

"Tidak mungkin veteran polis dan tentera menerima mayat atau abunya sekalipun untuk dikebumi di Malaysia.Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan sebagaimana didakwa oleh beberapa pihak termasuk parti politik,NGO atau individu tertentu.

"Beliau tetap komunis yang tidak boleh diterima di bumi ini (Malaysia),"tegas Zahid!

Tora Malaya..

Sunday, 15 September 2013

HOT NEWS !!! TAI ZEE KIN MEMBELASAH KAUM CINA KAW-KAW !!! WAJIB BACA !!!


To chauvinistic Chinese first, malaysian second,why don't you apply to migrate to Taiwan or singapore.Easier for all.You get all your mandarin education 8-6, listen to mandarin songs,watch mandarin tv show,read all mandarin news papers,and get to be treated fairly as Chinese. Senangkan.

Well since you can name me Chinese dynasties better than the malaysia history,you know the chin shi wang, tang ming wang,Kang xi,wu ze tian better than sultan Iskandar shah,sultan Mahmoud shah,tunku Ali of Terengganu,the first women sultan in acheh

I think china or Taiwan is more welcoming for you right.Why fight for the chauvinistic system that benefits your race against the other so badly when you can have a better option for you? Even minutes of your own language period also can become an issue.

Do you know what is the national language of malaysia? Malaysian first my xxx.Don't abuse 'Malaysian first' phase You don't even know what it means. There are priorities of all the various identities we have.

Your identity could be national,cultural,religion,ethnicity,locality,preference etc,and how you prioritize them should really depends on how much emphasis you are giving these identity in your thought process,actions,routine,believe etc.

In malaysia, I am malaysian first,Kedahan second,sungai petanite third,Hokkien fourth,then Chinese fifth. I think a whole lot of you are the other way round. Terbalik. Akui je la!

Oleh : Tai Zee Kin

Tora Malaya..

DAPig Lim & Sons Sdn Bhd gagal tadbir parti?


DAP disifatkan sebagai parti yang amat luar biasa dan pelik di dunia memandangkan hanya dikuasai oleh satu 'dinasti' keluarga sahaja walaupun selama ini parti itu melaungkan slogan kononnya memperjuangkan prinsip demokrasi.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, sejak kira-kira 47 tahun lalu, DAP hanya dikuasai oleh keluarga Lim, daripada bapa kepada anak.

"Walaupun sudah berdiri sejak 47 tahun lalu, parti yang kononnya memperjuangkan amalan demokratik hanya dikuasai oleh kaum keluarga Lim yang diterajui Lim Kit Siang sebagai Penasihat dan anaknya, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Zamil mendakwa, DAP juga masih 'gagal' memahami Perlembagaan parti itu sendiri walaupun terdapat ramai peguam dalam kalangan ahlinya.


Dakwanya, perkara itu terbukti apabila Guan Eng tidak memahami Perlembagaan parti berikutan notis 10 minggu bagi kongres pemilihan untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

"Ahli-ahli parti itu juga kurang pandai mengira. Bagaimana kertas undi yang hanya berjumlah 1,823 boleh disilap kira dan mengambil masa selama tiga minggu?" ujar beliau.

Mengulas lanjut, Zamil memberitahu, DAP sering menghentam dan mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya menjalankan pilihan raya secara tidak adil tetapi hakikatnya parti itu sendiri tidak mampu mengurus CEC mereka secara telus.

Katanya, jika benar dakwaan 500 perwakilan tidak hadir maka ini merupakan satu rekod negara kerana mustahil berlaku perwakilan seramai itu gagal menghadirkan diri dalam pemilihan parti.

"Parti yang ditadbir oleh dinasti Lim itu mendakwa terdapat 500 surat pengakuan rasmi daripada perwakilan DAP yang tidak dapat menghadiri pemilihan CEC parti.

"Namun sehingga kini Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum menerima walaupun satu daripada surat pengakuan asal yang didakwa telah ditandatangani perwakilan yang tidak hadir pada pemilihan CEC parti itu 15 Disember lalu," ujarnya.

Tora Malaya..

Saturday, 14 September 2013

Kulasegaran sekadar menjadi ‘pemegang ekor’ Guan Eng?


Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran didakwa sebagai seorang pemimpin berketurunan India yang sekadar menjadi ‘pemegang ekor’ kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di dalam parti cauvinis Cina berkenaan.

Aktivis MIC, Datuk R. Ramanan mendakwa, seluruh perjalanan politik Kulasegaran hanya tertakluk kepada telunjuk pemerintahan anak beranak, Guan Eng dan Lim Kit Siang, bukan untuk memperjuangkan kebajikan masyarakat India.

Menurut beliau, perkara tersebut sangat memalukan bagi seorang pemimpin berketurunan India yang secara waras sepatutnya memperjuangkan nasib masyarakat India lebih daripada kepentingan politik peribadi.

“Kulasegaran perlu malu dengan dirinya sendiri kerana berada dalam sebuah parti yang jelas mengamalkan cauvinisme Cina. Kalau benar dia seorang pejuang masyarakat India, masuk MIC, berjuang dan naikkan kebajikan kaum India.


“Semua ini membuktikan bahawa Kulasegaran bukanlah seorang jaguh bandar mahu pun jaguh kampung tetapi hanya seorang yang memegang ekor Guan Eng. Dengan kaedah itu sahajalah dia boleh naik dalam kerjaya politiknya," katanya di sini hari ini.

Kulasegaran menerusi sebuah portal berita hari ini mempertikaikan kenyataan-kenyataan Ramanan berhubung pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP sambil mendakwa kemungkinan politik MIC kini tidak menarik bagi aktivis MIC berkenaan.

Mengulas lanjut, Ramanan menjelaskan, penglibatan beliau berhubung isu CEC tersebut adalah kerana kewujudan individu seperti Kulasegaran yang tidak memahami Perlembagaan DAP.

Tegasnya, tiada sebab untuk Kulasegaran bercakap tentang MIC kerana pada ketika ini, MIC berada pada tahap yang paling kuat sehingga Presiden parti, Datuk Seri G. Palanivel memperolehi sokongan daripada 97 peratus ahli MIC.

“Jangan mengalihkan isu, Kulasegaran tidak patut cakap banyak. Pendek cerita, mana surat salinan asal yang dikatakan ditandatangani para perwakilan parti itu dalam pemilihan CEC DAP Disember tahun lalu?" soalnya.

Tora Malaya..

Friday, 13 September 2013

DAPig Guan Eng diselar kerana tidak faham perlembagaan?


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diselar kerana tidak memahami Perlembagaan parti berikutan mahu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 29 September ini.

Bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, sikap Guan Eng yang tidak mahu menerima pandangan ahli menyebabkan akar umbi tidak lagi menghormati beliau dan parti.

"Di mana letaknya air muka Guan Eng, Perlembagaan parti sendiri pun tidak faham inikan pula hendak memerintah negara, adakah beliau langsung tidak berasa malu dengan keadaan ini," katanya di sini semalam.

Tuan Tat mengulas kenyataan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai, Jenice Lee Ying Haa bahawa pemilihan semula CEC hanya boleh diadakan dalam kongres kebangsaan parti, bukan kongres khas seperti dimaklumkan sebelum ini.

Menurut beliau, jika DAP tidak mematuhi perkara yang termaktub dalam Perlembagaan parti, tidak mustahil Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan terus mempersoalkan pemilihan terbaharu itu.

Tuan Tat yang menyokong kenyataan Jenice, turut mengecam tindakan Guan Eng kerana disifatkan mahu meraih simpati sekali lagi daripada kaum Cina seterusnya menuding jari kepada ROS.

"Jika sebelum ini, Guan Eng menuduh ROS sebagai penyebab kenapa pemilihan CEC itu terbatal maka tidak hairanlah kalau sekali lagi ia dibatalkan.

"Inilah masalahnya, jika dulu imej DAP amat disegani dan dihormati tetapi sikap pemimpin DAP sendiri yang tidak faham Perlembagaan parti bakal menghancurkan parti itu sendiri," katanya.

Tora Malaya..

Wednesday, 11 September 2013

Benar Chin Peng pulang akan 'lukakan hati' rakyat!


Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyifatkan cadangan untuk membenarkan kepulangan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke negara ini hanya akan 'melukakan hati' rakyat.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, pengkhianatan Chin Peng dan kekejaman komunis sehingga menyebabkan rakyat hidup menderita serta ribuan menjadi korban semasa zaman darurat tidak boleh dilupakan.

"Kita berpendapat bahawa tangan Chin Peng ini berlumuran dengan darah rakyat Malaysia, bukan sahaja Melayu, tetapi Cina, India dan lain-lain.

"Banyak hati yang akan terluka sekiranya kita membawa balik atau membenarkan Chin Peng pulang," katanya pada sidang media di sini.



Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini meminta kerajaan supaya membenarkan Chin Peng dan anggota PKM yang dilarang memasuki negara ini untuk pulang ke tanah air dan berkata waris keluarga yang dizalimi pengganas komunis akan memaafkan mereka.

Gesaan Karpal itu dibuat selepas bekas Timbalan Ketua Pengarah Cawangan Khas Tan Sri Yuen Yuet Leng, membuat kenyataan sama seperti dilaporkan media sebelum ini.

Zulkifli berkata sekiranya Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia, bekas pemimpin PKM itu masih perlu dibicarakan atas kesalahan dan pengkhianatannya sebelum ini.

Turut hadir pada sidang media itu Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Menyentuh mengenai isu kenaikan harga petrol dan diesel, Ibrahim berkata kerajaan perlu menimbang untuk membuat potongan gaji pegawai tertinggi kerajaan dari lima sehingga 10 peratus sekiranya ingin mengurangkan perbelanjaan negara.

"Sepatutnya potongan gaji ini dilakukan serentak dengan pengurangan subsidi minyak RON95 sebanyak 20 sen, maka tentu rakyat boleh rasakan inilah tindakan yang betul dan rakyat boleh terima beban yang sedikit ini," katanya.

Beliau juga berkata kerajaan perlu mengemaskini dan mengurangkan perbelanjaan terhadap aktiviti atau perkara yang tidak penting yang melibatkan peruntukan yang tinggi.

Ibrahim bagaimanapun berkata rakyat perlu memberi peluang dan percaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalankan tugas membangunkan negara.

"Pilihan raya baru sahaja selesai, jadi kita perlu beri kerjasama. Dalam pada yang sama kita (Perkasa) memberi kerjasama, kita tetap kekal dengan pendirian akan menjadi kritikal dalam menegur kerajaan," katanya.

Mengulas mengenai kenyataan kontroversi Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi yang menggesa Najib supaya meletak jawatan, Ibrahim berkata Perkasa telah memberi amaran keras kepada beliau.

Ibrahim menegaskan kenyataan Irwan adalah bersifat peribadi dan bukan pendirian yang diambil oleh Perkasa. - Bernama

Tora Malaya..