Thursday 19 September 2013

Kalau Bukan Dalang, Kenapa Kit Siang Ditahan ISA 18 Mei 1969 ?


Kalau bukan dalang 13 Mei, kenapa Lim Kit Siang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) enam hari selepas tragedi berdarah rusuhan kaum 1969 itu ?

Kit Siang ditahan pada 18 Mei 1969 yang ditempatkan di pusat tahanan Muar dan dibebaskan pada 1 Oktober 1970.

Bermakna penahanannya selama satu tahun tiga bulan, satu jangka masa yang lama dan tidak adil jika Kit Siang ditahan tanpa ada kaitan dengan tragedi rusuhan kaum 13 Mei.

Namun, hingga kini, selepas 44 tahun masa berlalu, Kit Siang tidak pernah menyaman kerajaan terhadap penahanannya itu, sekaligus mengesahkan penahanannya selepas enam hari tragedi berdarah itu adalah tepat dan tidak mampu disangkal lagi.

Kit Siang sepatutnya membersihkan namanya terlebih dahulu dan bukannya menuntut perkara mustahil seperti mahu kerajaan laksanakan Suruhajaya Diraja untuk siasat 13 Mei kerana perkara itu telah dilaksanakan oleh Majlis Gerakan Negara (Mageran) serta telah diwartakan dalam bentuk laporan kertas putih pada Oktober 1969.

Ekoran tragedi berdarah itu, pada malam 16 Mei 1969, kerajaan telah mengisytiharkan darurat. Parlimen digantung. Negara diperintah oleh Yang DiPertuan Agong di bawah undang-undang tentera. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri daripada mengetuai Mageran, tempat beliau digantikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak.


Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang lagi. Antara tindakan yang diambil termasuk membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang Perlembagaan negara.

Turut dilancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.

Itu merupakan langkah-langkah yang dilakukan kerajaan untuk memulihkan negara, jadi bagaimana pula dengan langkah Kit Siang untuk membersihkan namanya daripada terus dituduh sebagai pencetus insiden tersebut ?

Tidak cukup sekadar berceramah kepada para penyokongnya atau menerbitkan buku-buku penafian melalui partinya kerana ia hanya satu sumber daripada individu yang dituduh itu sendiri.

Bukan sekadar menepis dalam bentuk propaganda murahan, perlu dilakukan dengan langkah pantas maju ke hadapan yang lebih konkrit, membersihkan namanya di mahkamah, mendakwa penahanan terhadapnya pada 18 Mei 1969 adalah tidak sah, dia serta partinya bukan dalang ke arah tercetusnya tragedi berdarah itu.

Selanjutnya sila baca di sini.

Tora Malaya..

No comments:

Post a Comment