Sunday 29 September 2013

Siapa yang sepatutnya beri amaran kepada siapa...!!! ROS atau Dinasti Lim?


Karpal, Guan Eng beri amaran ROS supaya tidak bertindak luar batas undang-undang!

Dua pemimpin tertinggi DAP hari ini menggunakan Kongres Khas 2013 untuk memberi amaran kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya tidak bertindak di luar batas undang-undang.

Pengerusinya, Karpal Singh dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng dalam ucapan masing-masing mengecam tindakan ROS berhubung kontroversi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu tahun lalu yang didakwa berlaku manipulasi kertas undi membabitkan 547 perwakilan.

Persoalannya siapa yang bertindak diluar batas undang-undang? Dinasti Lim kena tanya pada diri sendiri berapa lama lagi mereka mahu 'menipu' ahli-ahli mereka sendiri semata-mata mahu mengekalkan kuasa Dinasti Lim? Mereka boleh menipu ramai ahli-ahli mereka, tetapi mereka tidak boleh menipu diri sendiri? Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah juga!

Sementara itu Karpal dengan angkuh berkata, 'saya tak bersara selagi pembangkang tidak memerintah'?

Pengerusi DAP, Karpal Singh dengan angkuhnya menegaskan bahawa beliau tidak akan berundur daripada arena politik selagi pakatan pembangkang belum berjaya membentuk kerajaan Persekutuan.

Karpal yang merupakan Ahli Parlimen Gelugor berkata, beliau percaya setiap orang pasti akan bersara tetapi memberitahu belum bercadang untuk melakukannya dalam masa terdekat ini.

Beliau juga membayangkan kemungkinan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum yang akan datang sekiranya dicalonkan oleh parti.

Tora Malaya..

No comments:

Post a Comment