Thursday 19 September 2013

Mayat Chin Peng Dibakar Di Bangkok Minggu Depan?


Mayat Chin Peng akan dibakar mengikut upacara agama Buddha di Tokong Wat That Tong, Bangkok minggu depan. Perkara tersebut diberitahu oleh Pembantu bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM), Paul Chin.

Menurut Paul, mayat bekas pemimpin PKM itu akan dibawa ke tokong untuk upacara berjaga malam pada Jumaat dan upacara terakhir dijalankan pada Isnin seterusnya upacara pembakaran pada sebelah malam.

Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada kira-kira 6.20 pagi Isnin lalu kerana sakit tua, sebulan sebelum tarikh ulang tahun ke-89 kelahirannya. Chin Peng dilahirkan pada 21 Oktober, 1924.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayatnya dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian.

"Kita tidak akan benarkan mendiang dikebumikan di Malaysia sebab sejarah hitam yang dia lakukan. Tambahan lagi Chin Peng bukan warganegara Malaysia.

"Dia tidak mahu jadi warganegara Malaysia, jadi kita tidak ada apa-apa ikatan dengannya sama sekali," katanya.

Tora Malaya..

No comments:

Post a Comment