Wednesday 15 January 2014

Ahli PKR pula cabar Gobind tunjuk 'surat guaman'?


Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PRK) hari ini mencabar Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo mengadakan sidang akhbar dan menunjukkan 'surat guaman' yang kononnya telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 23 Disember lalu.

Ahli PKR Cabang Ampang, Amizan Man berkata, Gobind perlu berbuat demikian bagi membuktikan beliau tidak berbohong agar tidak mencemarkan imej pakatan pembangkang dan institusi Parlimen di negara ini.

Katanya, ahli-ahli parti komponen pakatan pembangkang dari PKR dan Pas juga ingin mengetahui kebenaran 'surat guaman' yang disebutkan oleh Gobind itu.

"Gobind jangan memalukan pakatan pembangkang jika beliau enggan pamerkan surat tersebut. Justeru, kami mahu beliau panggil sidang media dan pamerkan 'surat guaman' yang didakwa telah dihantar kepada ROS.

"Kita tidak mahu rakyat pandang hina terhadap Ahli Parlimen dari pakatan pembangkang atas sebab pembohongan Gobind," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Gobind yang merupakan Pengerusi Biro Undang-undang DAP membuat kenyataan bahawa pihaknya telah menghantar surat guaman bagi menyaman ROS pada 23 Disember lalu berhubung kesahihan keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.

Namun, ROS mendakwa tidak menerima apa-apa surat guaman seperti didakwa oleh DAP, sebaliknya hanya surat memohon penjelasan kesahihan pemilihan CEC yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Tora Malaya..

No comments:

Post a Comment