Peter Liew Fui Ken
Kemelut perpecahan dalam parti DAP Sabah terus kronik, kini tiba giliran Naib Pengerusinya, Peter Liew Fui Ken bertindak keluar parti termasuk melepaskan semua jawatan yang disandangnya dan tidak lagi menjadi ahli seumur hidup parti berkenaan.
Keputusan Fui Ken, 68, meletak jawatan adalah kira-kira seminggu selepas Timbalan Pengerusi DAP negeri, Fred Fung dan Ketua Wanita Bahagian Kota Kinabalu, Candy Wong mengumumkan keluar parti setelah tidak berpuas hati dan tidak tahan untuk terus berurusan dengan pimpinan sekarang yang tidak menghargai mereka selaku pemimpin kanan dalam DAP negeri.
"Saya telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap barisan kepimpinan DAP serta sangat berasa hati terhadap layanan diterima daripada individu yang kini mengawal barisan kepimpinan negeri," katanya di sini hari ini.
Dakwa beliau, berlaku perkara salah yang sangat serius dengan DAP Sabah, sekali gus menyaksikan ramai ahli yang setia turut mengumumkan pengunduran meskipun parti berkenaan mencatat keputusan cemerlang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, iaitu menawan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen.
Tambah Fui Ken, detik perpecahan sudah mula dapat dilihat apabila ADUN Api Api, Hiew King Cheu memutuskan keluar parti pada tahun lalu dan menjadi penyokong bebas Barisan Nasional (BN).
Selain DAP, rakan sekutu parti itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah turut bergolak apabila menyaksikan pengunduran beramai-ramai ahli parti itu yang diketuai oleh ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan dan ADUN Kadamaian, Jeremy Majalad.
Tora Malaya..
No comments:
Post a Comment