Friday 3 January 2014

Lagi Pemimpin DAP Sabah Keluar Parti?


Selepas bekas pengerusi DAP Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Hiew King Cheu keluar parti, kini menyusul pula dua lagi pemimpin kanan parti peringkat negeri mengikuti jejak langkahnya.

Fred Fung Kong Win telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi DAP negeri dan pengerusi DAP cawangan Luyang, lapor theborneopost.com.

Fung, yang telah berkhidmat untuk DAP Sabah sejak tahun 1986, juga mengumumkan untuk keluar parti itu.

Turut dilaporkan, seramai 20 ahli Wanita DAP Bahagian Kota Kinabalu yang diketuai oleh Candy Wong Sui Kyun juga turut meletak jawatan dan keluar DAP secara beramai-ramai.

Ketika mengumumkan hasrat keluar parti, Fung dilaporkan The Star berkata beliau tidak boleh lagi bekerja dengan pemimpin yang ‘tidak menghargai’ dalam DAP sekarang.

“Saya telah memberikan perkhidmatan kepada parti lebih daripada 20 tahun tetapi dengan keadaan sekarang, saya tidak fikir bahawa saya mempunyai pilihan lain kecuali meninggalkan.

“Ia merupakan satu keputusan yang menyakitkan untuk meninggalkan parti,” katanya sambil menambah bahawa peletakan jawatannya akan berkuat kuasa serta-merta bermula 31 Disember 2013.

Fung pernah menjadi calon DAP untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api dan Luyang pada tahun 2004 dan 2008, dan telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP Sabah sejak tahun 2009.

Apabila ditanya apa rancangan selanjutnya, beliau berkata untuk masa terdekat, beliau akan berehat buat sementara waktu.

Tora Malaya..

No comments:

Post a Comment