Thursday, 30 January 2014

Pemimpin atasan DAP tidak hormat undang-undang?


Pemimpin atasan DAP disifatkan sebagai tidak menghormati undang-undang apabila menganjurkan satu majlis makan malam Tahun Baharu Cina pada 9Februari depan dengan menggunakan nama DAP Kedah.

Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik berkata, beberapa sepanduk mengenai majlis itu telah digantung di sekitar bandar raya ini dan pihaknya kesal kerana nama DAP Kedah telah disalahgunakan.

"Setahu saya Pendaftar Pertubuhan (ROS) hanya mengiktiraf saya selaku Pengerusi DAP Kedah yang sah dah DAP Kedah hanya ada satu, bukan dua.

"Majlis makan malam Tahun Baharu Cina pada 9 Februari ini juga boleh dikira sebagai haram kerana majlis tidak dianjurkan oleh kami.

"Ada pemimpin DAP pusat yang degil dan angkuh serta tidak mahu menghormati undang-undang apabila tidak mahu mendengar nasihat daripada ROS," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat DAP Kedah di sini hari ini.

Kepemimpinan DAP masih gagal memberikan laporan lengkap kepada ROS berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Barisan CEC DAP, walaupun sudah dua kali mengadakan pemilihan, masih tidak diiktiraf oleh ROS ekoran aduan para ahli. Para penyandang CEC kini berstatus hantu dan haram.


Menurut Guan Aik, pihaknya juga telah membuat satu laporan polis hari ini berhubung perkara tersebut kerana tidak mahu ahli DAP serta orang ramai keliru mengenai majlis tersebut.

Katanya, penganjuran majlis makan malam Tahun Baharu Cina dengan menyalahgunakan nama DAP Kedah merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab serta tidak beretika.

"Kami juga difahamkan ada kupon bernilai RM40 dijual untuk majlis tersebut yang ditulis bayaran untuk derma.

"Sepanjang saya menjadi Pengerusi DAP Kedah dan menganjurkan majlis Tahun Baharu Cina, ini bukan amalan yang kami buat.

"Saya juga ingin maklumkan kepada ahli DAP serta orang ramai bahawa kami akan menganjurkan satu majlis rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina pada 4 Februari ini dan majlis itu adalah percuma," jelasnya.

Tambah Guan Aik, beliau akan menghantar satu surat, gambar sepanduk tersebut serta laporan polis yang dibuat hari ini kepada pihak ROS selepas sambutan Tahun Baharu Cina.

"Kami minta pihak berkuasa membuat siasatan kerana majlis ini melibatkan kutipan wang dan kami menyeru agar wang ini dipulangkan kepada orang ramai," katanya.

Sila baca di sini.

Tora Malaya..

No comments:

Post a Comment