Monday, 27 January 2014

Isu Kaum : Apa Agenda Kit Siang Ajak Najib Bersemuka?


Penasihat DAP Lim Kit Siang mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk duduk bersemuka bagi membincangkan masalah yang membabitkan isu perkauman serta agama.

Lim Kit Siang yang juga ahli Parlimen Gelang Patah sekali lagi mengulangi pendirian tersebut, langkah untuk mempertemukan pemimpin dari BN dan Pakatan Rakyat (PR) itu bertujuan untuk menyelamatkan negara daripada pengkhianat tanah air yang bertindak melakukan hasutan kaum serta agama.

“Apa yang mereka (pengkhianat) ini lakukan adalah menimbulkan kebencian, tekanan dan mendapatkan konflik antara kaum serta agama. Ia adalah satu percubaan pengkhianatan yang tertinggi.

“Oleh itu, apa yang PR harapkan daripada BN adalah dapat duduk semeja bagi membincangkan perkara melibatkan sensitiviti kaum kerana saya percaya seluruh rakyat Malaysia mencintai keamanan tanah air dan mahu hidup dalam kesejahteraan,” katanya pada sidang akhbar ketika mengadakan walkabout sekitar Taman Ungku Tun Aminah, semalam.

Sebelum ini, media melaporkan seorang guru mualaf, Choi Yi Shan, 25, diarahkan untuk membuka tudung semasa mengajar di SJKC Nan Ya, Teluk Sengat, Johor turut berlaku kepada seorang penyanyi yang membuat persembahan di Roof Lounge, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.

Marinatasha Isnariah Mustapar, 33, yang sepatutnya menyanyi bersama band Rufus dimalukan dengan diarahkan turun daripada pentas utama ketika majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 iaitu sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Plaza Damas, Sri Hartamas.

Ekoran beberapa isu berkaitan perkauman sejak akhir-akhir ini, Lim Kit Siang sekali lagi mengulangi pendirian mengajak Najib serta pemimpin BN untuk bersama- sama membincangkan permasalah supaya tidak menimbulkan sebarangan kebencian antara satu sama lain.

Persoalannya disini adalah siapakah 'pengkhianat tanah air' yang dimaksudkan oleh Kit Siang? Adakah menuding satu jari, maka empat jari lagi menuding ke diri sendiri! Siapa yang sebenarnya yang memulakan! Adakah Kit Siang sudah terbayang peristiwa berdarah 13 Mei bakal berulang semula? Fikir dan renongkanlah!

Tora Malaya

No comments:

Post a Comment