Friday 13 September 2013

DAPig Guan Eng diselar kerana tidak faham perlembagaan?


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diselar kerana tidak memahami Perlembagaan parti berikutan mahu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 29 September ini.

Bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, sikap Guan Eng yang tidak mahu menerima pandangan ahli menyebabkan akar umbi tidak lagi menghormati beliau dan parti.

"Di mana letaknya air muka Guan Eng, Perlembagaan parti sendiri pun tidak faham inikan pula hendak memerintah negara, adakah beliau langsung tidak berasa malu dengan keadaan ini," katanya di sini semalam.

Tuan Tat mengulas kenyataan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai, Jenice Lee Ying Haa bahawa pemilihan semula CEC hanya boleh diadakan dalam kongres kebangsaan parti, bukan kongres khas seperti dimaklumkan sebelum ini.

Menurut beliau, jika DAP tidak mematuhi perkara yang termaktub dalam Perlembagaan parti, tidak mustahil Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan terus mempersoalkan pemilihan terbaharu itu.

Tuan Tat yang menyokong kenyataan Jenice, turut mengecam tindakan Guan Eng kerana disifatkan mahu meraih simpati sekali lagi daripada kaum Cina seterusnya menuding jari kepada ROS.

"Jika sebelum ini, Guan Eng menuduh ROS sebagai penyebab kenapa pemilihan CEC itu terbatal maka tidak hairanlah kalau sekali lagi ia dibatalkan.

"Inilah masalahnya, jika dulu imej DAP amat disegani dan dihormati tetapi sikap pemimpin DAP sendiri yang tidak faham Perlembagaan parti bakal menghancurkan parti itu sendiri," katanya.

Tora Malaya..

No comments:

Post a Comment