Monday, 16 September 2013
Hasrat Chin Peng untuk mati di Setiawan, Perak tidak kesampaian?
Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng mati di sebuah hospital di Bangkok, pada pukul 6.20 pagi Isnin. Dia berusia 90 tahun.
Menurut laporan Bangkok Post, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua mati akibat sakit tua. Laporan itu juga menyebut saudara-mara akan mengadakan upacara pengebumian pada Jumaat.
Chin Peng yang lahir pada 20 Oktober 1923 mempunyai seorang anak lelaki di Malaysia sementara anak perempuaanya kini menetap di Australia.
Berdasarkan laporan berita, Chin Peng mempunyai empat orang abang. Seorang daripadanya merupakan bekas guru besar di Ipoh sementara seorang lagi merupakan ahli perniagaan di Pulau Pinang. Manakala dua yang lain bekerja sebagai jurutera di New Zealand.
Chin Peng diberikan pasport orang asing oleh kerajaan Thailand dan hidup dalam buangan selepas mengetuai pemberontakan gerila PKM dan berjuang menentang British dan tentera Komanwel untuk menubuhkan sebuah negara Komunis bebas.
Pemberontakan komunis gagal dan dia hidup dalam buangan di Thailand dan tidak dibenarkan untuk kembali ke Malaysia
Dalam satu temuramah bersama wartawan The Star pada 2009, Chin Peng menaruh harapan untuk mati di tempat kelahirannya, iaitu Setiawan di Perak.
Tetapi dia juga berkata, jika harapannya itu tidak dapat dipenuhi, dia ingin abu mayatnya dibawa balik untuk ditanam di samping kubur bapanya.
Pada 2008, cubaan bekas pemimpin komunis ini untuk mendapatkan perisytiharan dibenarkan masuk dan hidup di Malaysia terhalang selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memintanya mengemukakan dokumen kelahiran dan kewarganegaraan untuk membuktikan dirinya warganegara Malaysia sebelum dia boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi tegas sekali menentang sebarang usaha membawa balik mayat Chin Peng ekoran kematian pemimpin Parti Komunis Malaysia itu di Bangkok pagi Isnin.
Mendiang Chin Peng dilahirkan di Sitiawan,Perak.
Dalam satu kenyataan,beliau berkata kematian Chin Peng tidak dapat memadamkan rasa kebencian pada mendiang terutama dikalangan balu-balu polis dan tentera yang terkorban di zaman darurat.
"Tidak mungkin veteran polis dan tentera menerima mayat atau abunya sekalipun untuk dikebumi di Malaysia.Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan sebagaimana didakwa oleh beberapa pihak termasuk parti politik,NGO atau individu tertentu.
"Beliau tetap komunis yang tidak boleh diterima di bumi ini (Malaysia),"tegas Zahid!
Tora Malaya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment