Wednesday, 11 September 2013
Isu CEC: Chan Kit Mun pula desak Guan Eng segera bersumpah?
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didesak untuk mengangkat sumpah jika tiada sebarang unsur manipulasi undi pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Disember lepas.
Naib Pengerusi Jaringan Cina Malaysia (JCM), Chan Kit Mun mencabar Guan Eng untuk segera mengangkat sumpah sekiranya beliau benar-benar penganut Kristian yang tulus.
Guan Eng tidak perlu gentar untuk angkat sumpah kerana beliau sendiri telah beberapa kali tampil menafikan sebarang unsur manipulasi seperti didakwa ahli DAP sendiri.
Jika benar Guan Eng tidak hanya retorik dengan slogan-slogan indahnya, segera tampil mengangkat sumpah terhadap semua dakwaan-dakwaan tersebut, ini juga peluang untuk membersihkan namanya," katanya ketika di hubungi di sini hari ini.
Semalam, Naib Presiden Jaringan Cina Malaysia (JCM), Liang Kak Chean menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang itu untuk mengangkat sumpah di gereja bagi menafikan beliau terlibat dalam penipuan pemilihan CEC.
Kak Chean berkata, tindakan itu perlu bagi membuktikan ketulusan pemimpin tersebut, sekali gus mengembalikan semula keyakinan rakyat terutama masyarakat Cina terhadap kepemimpinan beliau.
Menurutnya, rakyat perlu mengetahui perkara sebenar di sebalik kontroversi pemilihan CEC itu tanpa sebarang pembohongan atau kenyataan berdolak-dalik daripada pemimpin DAP.
Dalam pada itu, Kit Mun menyifatkan tindakan DAP yang tergesa-gesa cuba mengadakan pemilihan semula CEC dalam masa terdekat juga menimbulkan tanda tanya.
Jelasnya, masih terdapat dakwaan bahawa kepemimpinan tertinggi parti itu sengaja memilih bulu dengan hanya menghantar notis kepada calon-calon tertentu sahaja.
Tora Malaya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment