Tuesday 17 September 2013

Kenyataan melampau DAPig Kit Siang boleh timbulkan ketegangan kaum?


Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan, Datuk A. Chandrakumanan membidas, Penasihat DAP, Lim Kit Siang kerana mempertikaikan agenda nasional menerusi Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

Katanya, tindakan Kit Siang itu dilihat seolah-olah cuba mengajak pengikutnya menolak agenda memperkasa masyarakat bumiputera sekali gus boleh menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat.

"Ketika kerajaan sibuk membawa pembangunan, menyatupadukan serta mensejahterakan rakyat, pembangkang pula dilihat cuba memecahbelahkan perpaduan kaum dengan kenyataan sedemikian.

"Selama ini, apa yang dilakukan DAP untuk menyatukan rakyat? Masalah dalaman parti pun gagal diselesaikan, tetapi Kit Siang masih mahu mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Portal berita propembangkang, The Malaysian Insider hari ini memetik kenyataan Kit Siang yang mempertikai agenda nasional tersebut yang disifatkan beliau meminggirkan Model Ekonomi Baharu (MEB).

Sedangkan, menurut Kit Siang, MEB sebelum ini bermatlamat mengeluarkan rakyat Malaysia daripada perangkap ekonomi kelas pertengahan.

Menurut Chandrakumanan, pada dasarnya kerajaan tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum dalam aspek pengembangan ekonomi malah turut menyediakan pinjaman kepada masyarakat bukan bumiputera bagi memulakan perniagaan menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat menilai sikap Kit Siang tersebut dan menolak usaha pembangkang yang cuba memecah-belah perpaduan masyarakat demi kepentingan agenda politik mereka.

Tora Malaya..

No comments:

Post a Comment