Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran didakwa sebagai seorang pemimpin berketurunan India yang sekadar menjadi pemegang ekor kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di dalam parti cauvinis Cina berkenaan.
Aktivis MIC, Datuk R. Ramanan mendakwa, seluruh perjalanan politik Kulasegaran hanya tertakluk kepada telunjuk pemerintahan anak beranak, Guan Eng dan Lim Kit Siang, bukan untuk memperjuangkan kebajikan masyarakat India.
Menurut beliau, perkara tersebut sangat memalukan bagi seorang pemimpin berketurunan India yang secara waras sepatutnya memperjuangkan nasib masyarakat India lebih daripada kepentingan politik peribadi.
Kulasegaran perlu malu dengan dirinya sendiri kerana berada dalam sebuah parti yang jelas mengamalkan cauvinisme Cina. Kalau benar dia seorang pejuang masyarakat India, masuk MIC, berjuang dan naikkan kebajikan kaum India.
Kulasegaran menerusi sebuah portal berita hari ini mempertikaikan kenyataan-kenyataan Ramanan berhubung pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP sambil mendakwa kemungkinan politik MIC kini tidak menarik bagi aktivis MIC berkenaan.
Mengulas lanjut, Ramanan menjelaskan, penglibatan beliau berhubung isu CEC tersebut adalah kerana kewujudan individu seperti Kulasegaran yang tidak memahami Perlembagaan DAP.
Tegasnya, tiada sebab untuk Kulasegaran bercakap tentang MIC kerana pada ketika ini, MIC berada pada tahap yang paling kuat sehingga Presiden parti, Datuk Seri G. Palanivel memperolehi sokongan daripada 97 peratus ahli MIC.
Jangan mengalihkan isu, Kulasegaran tidak patut cakap banyak. Pendek cerita, mana surat salinan asal yang dikatakan ditandatangani para perwakilan parti itu dalam pemilihan CEC DAP Disember tahun lalu?" soalnya.
Tora Malaya..
No comments:
Post a Comment