Tuesday 5 November 2013

Angkara campur tangan dinasti Lim?


Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau yang berhajat untuk meletakkan jawatan dalam kepemimpinan negeri dalam masa terdekat dipercayai berpunca daripada campur tangan anak-beranak dinasti Lim.

Ini berikutan dakwaan bahawa dinasti Lim bersama 'pengikut-pengikut' tegar mahu berkuasa sepenuhnya dalam parti terutamanya dengan mencantas mana-mana pemimpin negeri yang tidak sehaluan dengan mereka pada pemilihan parti peringkat negeri.

Timbalan Ketua Pemuda MIC Bukit Bintang, Datuk R.Ramanan mendakwa, cantas-mencantas sedang dilakukan dengan agresif bagi memastikan hanya kumpulan yang menyokong puak dinasti Lim kekal.

Jelasnya, kedudukan Cheng Hau juga dikatakan tidak selamat apabila kerap mengkritik Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan penasihat parti, Lim Kit Siang.


Menurut Ramanan, beliau dimaklumkan Cheng Hau merupakan antara pemimpin tertinggi negeri yang tidak sehaluan dengan Kit Siang dan Guan Eng.

Cheng Hau, katanya, beberapa kali secara terbuka telah mengkritik pelbagai kesalahan serta ketidakadilan dalam DAP melalui media.

"Cheng Hau telah banyak berjasa kepada DAP khususnya di Johor beberapa tahun dahulu. Tiada siapa kenal parti itu jika bukan hasil usaha Cheng Hau namun kepemimpinan sudah tidak kisah dengan semua itu. Bagi mereka, beliau hanya akan menyusahkan mereka pada hari-hari yang akan datang," katanya di sini hari ini.

Tora Malaya..

No comments:

Post a Comment