Wednesday, 6 November 2013

Kenapa Cina DAP tolak kerajaan?


Trend pengundian masyarakat Cina dalam PRU dan PRK yang lepas menunjukkan BN tidak boleh mengharapkan sepenuhnya undi orang Cina. Malah, antara sebab PRU-13 tidak dapat diadakan lebih awal ialah kerana kerajaan BN tidak yakin dengan undi Cina DAP.

Bagi pemimpin BN untuk PRU 13 yg lepas, mendapatkan 20 atau 30 peratus undi Cina DAP pada PRU-13 ini pun sudah memadai. Ada yang langsung tidak meletakkan harapan kepada undi orang Cina. Ada pula menyarankan supaya lupakan saja undi orang Cina. Tumpuan harus diberi kepada pengundi Bumiputra dan India tetapi BN tetap memberi perhatian kepada kawasan majoriti Cina walaupun sedar peluang untuk menang adalah tipis. Dan keputusannya seperti mana kita tahu, 97% undi tetap memilih DAP.

Hari ini Cina DAP menentang kerajaan kerana mereka tidak memerlukan apa-apa bantuan. Mereka yakin boleh hidup di bawah mana-mana kerajaan asalkan mereka boleh berniaga. Penolakan kaum Cina terhadap kerajaan begitu jelas kerana mereka sudah memiliki segala-galanya. Mereka mempunyai rumah dan wang yang banyak. Pada mereka, jika menyokong kerajaan sekali pun, ia tidak membawa kesan terhadap kehidupan.


Sila baca di sini.

Bagi kaum Cina DAP, mereka sudah melepasi tahap selesa dengan menguasai ekonomi, dan sudah tiba masanya untuk ke satu tahap ke hadapan untuk menguasai politik pula, mereka melihat tahap penguasaan orang Cina di dalam BN sudah sampai ke batasanya dan tidak akan mampu melebihi tahap yg ada sekarang, dan oleh itu mereka mengubah untuk memilih DAP yang menjadi tonggak kepada Pakatan Rakyat, walaupon secara pandangan kasar pemimpin Melayu yang menjadi ketua.

Jika BN terus terikut2 dengan trend lawan yang sanggup mengorbankan kepentingan Bumiputra, tidak mustahil, BN akan kehilangan undi Bumiputra disebabkan pengundi Bumiputra telah "merajuk". Dan sebelum itu berlaku kita harus hilangkan "tapak" yang selama ini telah membuatkan Cina DAP berasa selesa dengan mengunakan kuasa yang kita ada iaitu KUASA PEMBELI yang terbesar di Malaysia.

Tora Malaya..

No comments:

Post a Comment