Monday 4 November 2013

Kaji tujuan sebenar DAP?


Ahli dan penyokong Pas perlu memikirkan dan menilai dengan mendalam apakah tujuan sebenar DAP membawa poster yang memaparkan gambar pemimpin parti itu dan logo DAP dalam lambang Pas ketika berkempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Penceramah bebas, Mohd. Zain Mohd. Sah berkata, sebagai parti yang sama-sama berada dalam pakatan pembangkang, DAP sewajarnya membawa poster yang turut memaparkan gambar calon bertanding mewakili mereka dalam PRK tersebut.

"Sebab yang bertanding ini bukan DAP tetapi Pas. Persoalannya apakah ahli dan penyokong Pas sedar dengan apa yang berlaku itu?" katanya ketika ditemui di sini malam tadi.

DAP yang mula turun padang berkempen dalam PRK DUN Sungai Limau dengan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah pengundi Cina semalam dilihat membawa poster yang memaparkan gambar Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng serta logo DAP dalam lambang Pas.

Mohd. Zain berharap penyokong dan ahli Pas menilai semula perjuangan parti itu sama ada masih di landasan asal atau sudah tersasar terutama selepas mengadakan tahaluf siyasi bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Apakah perjuangan ini betul atau bersifat sementara? Kalau bersifat sementara, ia mengkhianati penyokong sendiri," katanya.

Tora Malaya..

No comments:

Post a Comment