Thursday 17 October 2013

DAP lancar 'Op Cantas ala Gestapo'?


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dibidas kerana melancarkan 'Op Cantas ala Gestapo' untuk menyingkirkan ahli parti yang disyaki bersimpati dengan Barisan Nasional (BN).

Bekas Ketua Publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat berkata, Guan Eng didakwa berbuat demikian untuk menunjukkan beliau masih lagi berkuasa di dalam parti.

Menurut beliau, Ketua Menteri Pulau Pinang itu didakwa cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP.

"Perbuatan beliau itu agak keterlaluan seolah-olah ingin mengugut dan menakutkan orang lain. Mengapa hendak ambil tindakan terhadap ahli-ahli parti?," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Tuan Tat mengulas kenyataan Guan Eng bahawa DAP bersedia untuk melancarkan 'perang' ke atas media yang pro-Barisan Nasional (BN) dan terhadap ahli-ahlinya yang melakukan perbuatan sabotaj terhadap parti.

Beliau mendakwa, Guan Eng cuba 'mencantas' pihak tertentu di dalam DAP setelah menyedari kesilapan yang dilakukannya selama ini.

"Perumpamaan Inggeris mengatakan truth hurts atau kebenaran itu menyakitkan. Beliau tahu apa yang dilakukannya itu adalah salah," katanya.

Tora Malaya..

No comments:

Post a Comment