Sunday 13 October 2013

Musim ‘Ubah’ Pemimpin-Pemimpin Negeri Tak Sebulu Dinasti Lim?


Lim Guan Eng sedang cuba menyingkirkan pemimpin-pemimpin DAP negeri yang sah dipilih perwakilan, lalu digantikan mereka dengan kroni-kroni Dinasti Lim.

Setiausaha-agung DAP itu yang tidak memiliki “undi popular” ahli-ahli parti telah secara paksa meletakkan orang kanannya di pucuk pimpinan peringkat negeri.

Kedah

Setiausaha-agung DAP itu yang tidak memiliki “undi popular” ahli-ahli partinya telah menerjunkan Zairil Khir Johari yang juga tiada sokongan akar-umbi untuk terus masuk menjadi pengerusi sementara DAP Kedah sejurus selepas PRU13.

Sebelum ini Zairil telah melayang dari negeri asalnya Selangor ke Pulau Pinang di bawah kepak Sang Impot Melaka.


ATAS: Jawatankuasa DAP Kedah interim yang dibentuk Zairil. Perhatikan bahawa Thomas Su dan Vincent Wu adalah orang kuat Kit Siang.

Zairil mendakwa bahawa perlantikannya adalah sah berdasarkan peruntukan sedia ada dalam perlembagaan DAP.

Penyingkiran pengerusi DAP Kedah Guan Aik adalah bagi tujuan menaikkan Zairil. Ini merupakan satu muslihat politik oleh Guan Eng untuk memancing undi Melayu di negeri tersebut. Baca ‘DAP main wayang umum Zairil pengerusi di Kedah‘ (Berita Harian, 5 Okt 2013)

Melaka

Pengerusi negeri DAP Melaka Goh Leong San ialah seorang lagi mangsa permainan politik kotor Guan Eng.

Kata Leong San beliau sudah semakin hilang sabar dengan pemimpin pusat parti serentak dengan DAP Melaka kini berdepan kemelut perpecahan.

Sila baca ‘Pengerusi DAP Melaka ugut dedah salah laku dalam parti‘ (Utusan, 4 Okt 2013).

Johor

Sementara itu di Johor pula sedang diatur sebuah kempen yang diberi nama KOBAN – Knock Out Boo And Norman. Ia dikhabarkan telah diatur oleh Dinasti Lim agar anak buah mereka Liew Chin Tong (yang telah memenangi kerusi Parlimen Kluang baru-baru ini dalam PRU13) boleh mengambil alih sebagai pengerusi negeri.

Boo merujuk kepada Dr Boo Cheng Hau, pengerusi DAP Johor manakala Norman ialah timbalannya Norman Fernandez.

Kita boleh lihat pemimpin-pemimpin veteran DAP sendiri yang dianiaya angkara Lim Guan Eng kemaruk kuasa.

Kalau rakan seperjuangan parti yang sebangsa pun boleh dilayan sebegitu rupa oleh Guan Eng dan konco-konconya, maka cuba anda bayangkan nasib Melayu andaikata Dinasti Lim beserta puak evangelista berjaya memperolehi kuasa mutlak.

Tora Malaya..

No comments:

Post a Comment