Saturday, 5 October 2013

‘Zairil Khir Johari ‘ Dicabar Buat Ujian DNA?


“Zairil yang mengaku Melayu itu hendaklah membuat ujian DNA untuk membuktikan beliau anak Howard Lim atau anak Mohd. Khir Johari!,” cabar blog cinakawkaw.

Menurut blog itu, sehingga ke hari ini Zairil masih tidak mengaku bahawa beliau adalah seorang anak Cina tulen dan kemasukannya dalam DAP serta kemenangannya dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) digembar-gemburkan sebagai mewakili Melayu.

“Lim Guan Eng juga berusaha menipu Hadi Awang, menipu Nik Aziz, menipu semua orang Islam bahawa ada Melayu Islam dalam CEC DAP.


“Setujukah anda Zairil melakukan DNA untuk menjawab kebodohan kita yang diperbodoh-bodohkan oleh Lim Guan Eng kononnya dia anak Melayu?.

“Apakah Kewarganegaraan Howard Lim bapa sebenar Zairil? Jika bapanya Howard ahli PAP, maka segala Rahsia negara mudah disalurkan kepada negara luar?,” soal blog itu lagi.


Kenyataan Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak dispinkan Malaysiakini dengan melaporkan Zairil bukan “Melayu Asli” kerana mempunyai darah Cina daripada sebelah ibunya.

Spin Malaysiakini itu cuba memberi maksud ‘memang benar Zairil bukan ‘Melayu Asli’ kerana hanya ibunya berbangsa Cina tetapi bapanya Allahyarham Tan Sri Mohamed Khir Johari.

Sekaligus menyembunyikan fakta sebenar bahawa kedua ibu bapa Zairil adalah berbangsa Cina dan diambil sebagai anak angkat oleh Khir Johari setelah beliau berkahwin dengan ibu Zairil.


Helen Ang mempertikaikan tindakan Lim Guan Eng mengembar-gemburkan pelantikan Zairil sebagai ‘Setiausaha Politik (SETPOL) Melayu’ pada Februari 2011.

“Hanya empat bulan selepas menyertai DAP, Zairil telah dilonjatkan untuk menjadi setpol Lim Guan Eng. Kalau Zairil seorang berbangsa India katakan — walau sehebat manapun dia dari segi bakat dan kelayakan — adakah bintangnya akan menyinar dengan begitu terang di cakerawala DAP? Pasti tidak.

“Dan sekiranya Guan Eng melantik seorang setpol yang berbangsa Cina, adakah berita ini akan diheboh-hebohkan serta pegawai tersebut diperkenalkan kepada khalayak ramai dengan iringan kompang dan bunga manggar sekali?

“Cuma DAP yang mahu mendagangkan nama Melayu Zairil riuh sekampung,”katanya.

Menurut Helen penonjolan identiti ‘Melayu’ Zairil bertentangan dengan prinsip DAP yang kononnya menentang budaya rasis.

“DAP galak mencanangkan politik baru ‘buta warna’ tetapi kenapa pula hendak ditekankan Zairil Melayu? Bukankah DAP yang selalu mendendangkan lagu yang mereka tidak memandang kepada warna kulit seseorang itu?

“Sekiranya ada yang mengaku Melayu, umpamanya Muhyiddin Yassin atau A. Kadir Jasin, maka DAP dan penyokong-penyokong tegarnya akan sepantas kilat menggertak dan mencemuh individu itu sebagai ‘rasis’.

“Namun siapakah yang menjemput para wartawan untuk membuat liputan pelantikan setpol yang ditegaskan DAP atas keMelayuannya ini? (Baca ‘KM Pulau Pinang lantik setiausaha politik Melayu‘ — Malaysiakini.)


“Bukankan Hannah Yeoh dan Ng Wei Aik (seorang lagi setpol Lim Guan Eng) berkeras enggan mengaku diri mereka Cina? Ya-lah, haram jika mengenal diri sebagai Cina, mesti sebut diri Anak Malaysia,” katanya lagi!- AIDC

Tora Malaya..

No comments:

Post a Comment