Tuesday 15 October 2013

Tony Pua adalah 'anjing kurap' kepada Pakatan?


Tindakan biadab Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai ‘anjing UMNO’ terus dikecam banyak pihak.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali menyelar sikap tidak profesional dan bodoh sombong pemimpin DAP itu sebagai sifat yang mencerminkan dirinya sendiri dan parti terbabit.

Pada kebiasaannya kata beliau, pihak yang memburukkan atau menggelar pihak lain sebagai ‘anjing’ pada hakikatnya menunjukkan dirinya yang sebenar.

“Sekiranya Tony masih berdegil meminta maaf secara terbuka kepada ROS dan Utusan Malaysia, saya kira dialah ‘anjing gila’ kepada pakatan rakyat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tony sebelum ini menggelar ROS dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO' berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selepas parti itu diarah menjalankan pemilihan semula berikutan pelbagai pihak mempertikaikan kewibawaan proses yang pertama pada 15 Disember tahun lalu.

Menurut Syed Hassan, perumpamaan sedemikian seolah-olah sengaja ditujukan kepada orang Melayu, memandangkan hampir 99 peratus orang Melayu dalam ROS dan Utusan Malaysia.

“Perkara itu memang sengaja ditimbulkannya hanya untuk ditujukan kepada orang Melayu sekali gus menggelar seluruh orang Melayu dalam negara ini sebagai anjing," jelasnya.

Bagaimanapun katanya, perkara itu bukanlah sesuatu yang baharu bagi parti tersebut kerana sebelum ini Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim juga pernah menggelarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai ‘anjing’ kepada kerajaan.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Datuk Dr. Kamarudin Kachar menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap tindakan Tony itu berikutan kenyataan biadabnya yang boleh membawa perselisihan faham pihak lain.

“Apa yang dilakukan itu merupakan satu ancaman yang boleh menimbulkan kemarahan orang Melayu beragama Islam kerana menyamakan mereka dengan anjing," ujarnya.

Tora Malaya..

No comments:

Post a Comment