Friday, 18 October 2013

Tony PuaKA tidak peka sensitiviti kaum?

Boloh punya olang, undi pun talak tau kila!

Ketua Publisiti DAP, Tony Pua terus dikecam ekoran tindakannya yang tidak peka terhadap sensitiviti kaum apabila menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO'.

Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, tindakan biadab itu telah memarakkan api kemarahan orang Melayu dan dikhuatiri boleh mencetuskan kekecohan di negara ini.

"Kakitangan ROS dan Utusan Malaysia majoriti orang Melayu dan mereka sangat terguris hati dengan gelaran 'anjing' itu.

"Kita risau jika ada lagi kata-kata 'pedas' seumpama ini boleh membuatkan golongan tertentu hilang sabar sekali gus menimbulkan huru-hara dalam negara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Rani Kulup Abdullah 

Tony Pua sebelum ini menggelar ROS dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO' berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selepas parti itu diarah menjalankan pemilihan semula berikutan pelbagai pihak mempertikaikan kewibawaan proses yang pertama pada 15 Disember lalu.

Dalam masa sama, Abdul Rani menegaskan bahawa sentimen seperti itu sepatutnya tidak keluar dari mulut seorang pemimpin.

"Cuba kalau kita gelar sesebuah institusi atau organisasi dengan kata-kata yang kurang enak, sudah tentu mereka akan tidak berdiam diri, sama juga situasi macam ini," katanya.

Sementara itu, Presiden Gagasan Melayu Perak, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, sikap Tony Pua sememangnya sentiasa menentang apa jua usaha kerajaan walaupun langkah tersebut membawa kebaikan kepada negara.

"Dia rasa semua perkara yang kerajaan buat sama sekali tidak betul dan perkara-perkara sebegini memang sudah dapat dijangka.

"Budaya DAP memang seperti itu dan kita dapat tahu melalui pendedahan bekas ahli DAP sendiri yang mengatakan parti itu sebagai anti Melayu dan rasis," katanya.

Tora Malaya..

No comments:

Post a Comment