Monday, 28 October 2013
Hatinya masih lagi kepada DAP...!!! Jenice Lee tarik balik saman?
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee hari ini menarik balik saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi di sini terhadap DAP bagi memohon perisytiharan agar keahliannya dalam parti itu dikembalikan.
Peguam Harjit Sandhu yang mewakili Jenice memberitahu, saman tersebut ditarik balik ekoran DAP mengeluarkan surat bertarikh 7 Oktober lalu yang mengarahkan anak guamnya mengemukakan tunjuk sebab kenapa keanggotaan beliau tidak boleh dilucutkan.
''Dengan perkembangan tersebut, anak guam kami menganggap beliau masih lagi ahli DAP,'' katanya kepada pemberita selepas prosiding di kamar hakim.
Pengeluaran surat tersebut oleh DAP kepada ahli politik wanita itu disahkan oleh peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili parti tersebut.
Menurut Harjit, Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membenarkan Jenice menarik balik saman tersebut tanpa sebarang perintah mengenai kos.
Pada 20 April lalu, Jenice yang ketika itu merupakan Setiausaha Publisiti Selangor telah dimaklumkan melalui pihak media bahawa keahliannya telah dilucutkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).
Pada masa sama, Pendaftar Pertubuhan (ROS) turut mendapati, pemilihan CEC itu tidak dijalankan mengikut perlembagaan parti.
Berikutan itu, Jenice atau nama sebenarnya Lee Ying Ha pada 5 Jun lalu telah memfailkan saman terhadap DAP dengan menamakan parti itu sebagai defendan melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.
Beliau selaku plaintif menuntut agar keahliannya dalam parti itu dikembalikan serta-merta selain kos dan relif lain yang sesuai.
Tora Malaya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment