Thursday 24 October 2013

DAP sengal : Muflis pun boleh mengundi?


Kemelut yang melanda DAP seperti tiada kesudahan apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) menerima satu lagi laporan berhubung kesahihan pemilihan kepemimpinan parti itu kali ini membabitkan Konvensyen Tahunan DAP Selangor pada 2010.

Laporan oleh bekas Juruaudit DAP Cawangan Serdang Baru, Yap Kon Min itu mendedahkan pemilihan tiga tahun lalu tersebut diragui kerana mendakwa terdapat ahli muflis turut dibenarkan mengundi.

Dakwa Kon Min, kes itu pernah dilaporkan kepada pucuk pimpinan DAP, namun sehingga kini tiada tindakan atau siasatan dijalankan.

"Perkara ini melibatkan akauntabiliti dan ketelusan kerana mengikut perlembagaan DAP, mana-mana individu yang didapati muflis tidak layak menjadi ahli apatah lagi diberi kuasa mengundi.

"Dalam pemilihan itu juga terdapat wakil perwakilan lelaki mengundi bagi pihak perwakilan wanita. Perkara ini salah, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan tatatertib diambil Jawatankuasa Disiplin DAP," dakwanya selepas menyerahkan laporan tersebut kepada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Pertubuhan ROS, Desmond Das Michael Das di sini.

Sementara itu Desmond Das memberitahu, DAP mempunyai tempoh antara 30 hingga 60 hari dari tarikh Kongres Khas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) untuk menghantar sebarang dokumen kepada ROS.


Beliau berkata, kerjasama daripada DAP dituntut bagi memudahkan ROS menjalankan siasatan terhadap beberapa aduan yang dibuat ahli dan bekas ahli parti tersebut berhubung CEC baharu.

"Sekarang sudah ada dua aduan dibuat berhubung pemilihan CEC baharu DAP, ROS akan melakukan siasatan secara terperinci terhadap setiap laporan, namun bagi memastikan keadilan DAP perlu menghantar dokumen berkaitan CEC secepat mungkin.

"Jika siasatan dilakukan tanpa mengambil kira apa-apa penjelasan daripada DAP adalah tidak adil, sehubungan itu siasatan ROS akan meliputi semua pihak termasuk meneliti setiap dokumen yang dilampirkan," katanya.

Mengulas aduan terdapat ahli yang dipecat turut mengundi dalam CEC baharu DAP itu, beliau berkata, sebagai jabatan yang bersifat neutral, ROS perlu adil dalam hal tersebut dan menunggu terlebih dahulu dokumen akan dihantar DAP.

"Kita tidak boleh komen mengenai aduan tersebut, buat masa ini hanya siasatan sehala sahaja dilakukan iaitu kepada pengadu, kita kena tunggu penjelasan DAP terlebih dahulu," katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kontroversi yang menyelubungi DAP masih belum berakhir walaupun parti itu sudah selesai mengadakan pemilihan semula CEC dalam Kongres Khas parti 29 September lalu.

Laporan tersebut berdasarkan pengakuan Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass yang mengesahkan beliau sendiri mengundi bagi memilih anggota CEC dalam pemilihan itu sedangkan sudah dipecat serta-merta daripada DAP pada 2 Julai lalu.

Selain David Dass, turut dibenarkan mengundi dalam CEC baharu DAP ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee walaupun telah dipecat pada 22 April lalu.

Tora Malaya..

No comments:

Post a Comment