Saturday 26 October 2013

Gabungan Anak Muda Jerai bantah Tony PuaKA?

SEBAHAGIAN penduduk DUN Sungai Limau dan Gabungan Anak Muda Jerai mengadakan bantahan terhadap Tony Pua yang menggelar kakitangan Pertubuhan Pendaftar sebagai anjing di hadapan Masjid Dulang Kechil, dekat Jerai, Kedah, semalam. 

JERAI  - Sekumpulan 40 orang pemuda yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Anak Muda Jerai hari ini berkumpul bagi mengecam kebiadaban Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang mengatakan kakitangan Pertubuhan Pendaftar (ROS) sebagai anjing baru-baru ini.

Ketuanya, Mohd. Hazim Barhanuddin berkata, mereka sebagai orang Islam tanpa mengira fahaman politik sangat marah dengan kenyataan tersebut yang menunjukkan keangkuhan DAP.

“Ini mereka (DAP) baru menang 38 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu dan apa yang akan terjadi sekiranya mereka menang lebih banyak lagi. “Kami rasa terhina kerana hampir 90 peratus kakitangan ROS adalah orang Islam dan Melayu," katanya.


Bantahan yang diadakan selepas solat Jumaat di luar pekarangan Majlis Dulang Kechil, dekat sini selepas solat Jumaat turut mendapat perhatian orang awam di kawasan berkenaan. Mohd. Hazim berkata, sehingga kini, Tony masih belum memohon maaf di atas keceluparannya.

Menurut Mohd. Hazim, mereka juga ‘menasihatkan’ Tony dan DAP supaya tidak datang ke Sungai Limau dalam kempen pilihan raya kecil yang sedang berlangsung dan mendesak supaya membuat permohonan maaf dengan segera.

“Kepada Pas pula, kami menasihatkan supaya lihat penghinaan yang dilakukan oleh Tony dan DAP terhadap orang Islam dan Melayu dengan konteks yang lebih luas. Kaji semula kerjasama dengan mereka," katanya.

Tora Malaya..

4 comments:

  1. salam perjuangan

    link blog tuan sudah saya pautkan, terima kasih

    ReplyDelete
  2. blog tuan telah dipaut di http://suaralensa.blogspot.com/
    Salam Perjuangan, Salam Brotherhood!

    ReplyDelete
  3. Salam Brotherhood,

    GT telah pautkan link blog ini atas nama perjuangan di http://gerakantimur.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Terima kasih blogger Brotherhood. Salam perjuangan!

    ReplyDelete